18 November 2011

Tangisan Kejayaan dan Kegagalan.

Hari ini hari terakhir persekolah bagi murid-murid 
tetapi bukan untuk cikgu-cikgu.
Minggu pertama ada meeting.
Minggu ke 2 dan ke 3 ada kelas tuisyen.
Minggu akhir dah kena hadir ke sekolah..
Bila nak cuti nie?????????

Hari terakhir ditutup dengan Program Latihan Kebakaran.
Alhamdulillah, semua program tahunan selesai
dan cikgu-cikgu perlu menyiapkan laporan
sebelum melangkah ke tahun 2012.

Semalam result UPSR telah diumumkan.
Dan setiap kali pengumuman dibuat,
setiap kali itulah ibu menyaksikan
tangisan kegembiraan dan tangisan kesedihan
dan kekecewaan anak-anak murid.

Ucapan-ucapan terima kasih dari ibu bapa.
Luahan kegembiraan dan kekecewaan....
Ibu dikelilingi anak-anak didik..
masing-masing menanti giliran untuk memeluk cikgunya ni.
Basah lencun tudung ibu dengan airmata mereka.
Hampir lemas dibuatnya....he.he.he.....

Hati mana tidak sedih bila satu persatu anak-anak murid 
datang dan memeluk ibu erat-erat.
Menangis semahu-mahunya.
Teresak-esak didada ibu.
Memeluk seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
Yang cemerlang membisikkan ucapan terima kasih.
Yang kurang berjaya meluahkan perasaan terkilan.
Yang gagal, menangis, menangis dan menangis.....

Menitis juga airmata ibu.
Mereka yang ibu didik sedari masih hingusan.
Membesar di depan mata.
Umpama anak sendiri.
Kata-kata terakhir ibu bisikkan ke telinga mereka:
"Ini bukan tanda kejayaan dan kegagalan awak semua ,
tapi ingat ini penunjuk aras pertama awak untuk melangkah.
Masih jauh lagi perjalan awak untuk capai kejayaan.
Cikgu doakan awak semua berjaya kelak..."

Sedu-sedan makin memuncak.
Habis tudung ibu dibasahi airmata.
Dan dalam esak tangis itu tiba-tiba kedengaran suara
murid lelaki:
"Cikgu, kami pun nak peluk cikgu juga......."
Kami pun anak murid cikgu......"
Dah..dah, jangan nak mengada-ngada..
Dah besar panjang mana boleh peluk cikgu lagi......
Berderai ketawa disebalik tangisan mereka.......

Tahniah kepada yang cemerlang
dan bagi yang kurang cemerlang,
tingkatkan usaha dimasa depan.
Cikgu halalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini.
Kalian semua adalah anak-anak yang CEMERLANG!!!!!

p/s:
Sekarang result peperiksaan boleh disemak oleh ibu bapa
dari rumah dengan menggunakan sistem

14 ulasan:

  1. masa akak amik upsr dulu..x dpt result seperti yg diharapkan...sgt kecewa tp kinis emuanya jd kenangan terindah..gagal sekali bkn beerti gagal selamanya...

    BalasPadam
  2. to TK
    betul tu, skali gagal bukan utk selamanya.....

    BalasPadam
  3. Saya nak cutiiii..lambat lagi cuti saya nak start..huhu..

    BalasPadam
  4. to imanshah
    nama je cuti ttp mcm xcuti....

    BalasPadam
  5. to dinas
    akak pn nk cutiiiiiiiiiiii.....

    BalasPadam
  6. selamat bercuti ibu, semoga ceria selalu. hehe

    BalasPadam
  7. tak dapat bayangkan klu sy kat tempat akk,mesti terharu..hehe

    amboi yg lelaki pun sibuk nak peluk.lawak jer!hehe

    BalasPadam
  8. Terharunya NzA, tahniah pada cikgu2 yang tak jemu2 menabur bakti..

    BalasPadam
  9. wahhhh...untung le cikgu ada anak ramai ni...moga2 bila depa dewasa....cikgu dlm ingatan depa....ahakz

    BalasPadam
  10. to jemarisuri
    thanks, cuti pn kena kerja juga.....

    BalasPadam
  11. to PK
    mmg trharu PK bila dikelilingi oleh mrk disaat itu...sedih, sebak, gembira....

    2lh pasal..jeles punya pasal.....he.he.he...

    BalasPadam
  12. to ummiross
    ummi pn pernah alami saat sebeginikan dulu......mmg rasa trharu...

    BalasPadam
  13. to jebateja
    mudah-mudahan gitulh..mcm kita yg masih xlupa jasa cikgu dulu...mrk ttp dlm kenangan...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.