1 November 2011

Bertuahnya Kami

Bila menatap gambar-gambar Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra,
hati ibu benar-benar rasa bangga.
Bangga menjadi rakyat Kelantan di bawah naungan Baginda.
Seorang Sultan yang begitu sederhana dan penuh dengan keimanan.
Baginda memang layak memegang gelaran "Ketua Agama Negeri".......

Dan ibu pernah belajar 1 sekolah dengan baginda Sultan
di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail Collage) di Kota Bharu.
Sebuah sekolah tinggi/elit  di Kelantan.
Sejak zaman persekolahan Baginda seorang
rakan dan murid yang sangat disenangi semua.....

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati
pemerintahan Baginda yang menjadi 
kesayangan dan kebanggan
rakyat Kelantan.
Dan semoga baginda dijadikan contoh dan idola
kepada pemerintah dan pemimpin tertinggi Malaysia.....

Alangkah indahnya jika semua pemimpin tertinggi Malaysia 
boleh menjadi imam solat seperti Baginda Sultan.
Sejuk mata dan hati ibu menatap gambar-gambar ini....

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA, 160211
Penulis adalah bekas mufti Perlis

p/s:
Petang ni ada mesyuarat penandaan kertas pula di Muar.....

32 ulasan:

  1. Memang seronok baca pasal Sultan ni. Very humble person. Dah le bujang .. hehe

    BalasPadam
  2. NzA,ummi pun bangga dengan sultan Kelantan ni, inilah pemimpin contoh..

    BalasPadam
  3. wah seronok ada pemimpin macam ni

    BalasPadam
  4. itulah antara keistimewaan pemimpin di negeri serambi mekah.

    p/s-maaf xsmpat tinggalkan komen sbb terlalu sibuk dgn mcm2 komitmen.
    semoga kembali sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  5. Semoga baginda dirahmati Allah selalu dan negeri Kelantan menjadi negeri yang diberkati.

    BalasPadam
  6. Semoga Allah sentiasa merahmati baginda..

    BalasPadam
  7. izan pun tumpang bangga adanya sultan seperti baginda...

    BalasPadam
  8. to hami
    akak pn rasa sgt2 seronok bila baca n tatap gambar Baginda nie...sejuk mata memandang.....

    BalasPadam
  9. to ummiross
    betul tu ummi..susah nk cari pemimpin seperti Baginda.....

    BalasPadam
  10. to sizuka
    seronok dan amat2 bangga....

    BalasPadam
  11. to AHP
    Mmg tepat dgn gelaran itu dan amat bangga.....

    Xpe, sy faham....

    BalasPadam
  12. to kunang2
    InsyaAllah k.ani..itulah doa dr rakyat jelata yg menyayangi Baginda...

    BalasPadam
  13. to izan
    mmg kita patut bangga....

    BalasPadam
  14. igtkan puisi tu akka yg karang..baru nak puji akk berbakat.hehe..

    tumpang berbangga juga..:)

    BalasPadam
  15. to PK
    akak mana la reti nk cipta bahasa2 yg puitis PK...org yg sibuk dgn angka xkreatif bab2 gaya bahasa nie.....

    semua brbanggakan....

    BalasPadam
  16. memang bangga sangat punya sultan sprti baginda....

    BalasPadam
  17. betul akak, kalaulah semua sultan dan pemimpin Malaysia macam ni...

    BalasPadam
  18. to MP
    kita patut bersyukurkan MP....

    BalasPadam
  19. to nae
    maka wujudlah negara yg islamik!!!!

    BalasPadam
  20. oh Dr Maza Bekas mufti perlis ? bee baru je baca blog beliau , best jugak ..

    BalasPadam
  21. bangga sbb ada darah kelntn..dptlk sultAn mcm nie...sejuk mato

    BalasPadam
  22. to Bee
    nk cari gaklah blog beliau...

    BalasPadam
  23. to n.hezrina
    mmg bangga sgt.....

    BalasPadam
  24. Rakyat Kelantan memang bertuah. Kalau dari Perak kan, masuk Kelantan je rasa sejuk. Kat Perak rasa panas. Tengok la Kelantan di bawah pemerintahan siapa. :)

    BalasPadam
  25. to Yati
    mmg kami brtuah yati...sgt2 brtuah..semoga Allah beri keamanan dan kesejahteraan kpd seluruh rakyat Kelantan...

    BalasPadam
  26. Memang bertuah rakyat kelantan.. Kita pun tumpang bangga..

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.