Percutian kali ini agak menyedihkan.
Mama tak sihat.
Walaupun tak serius tetapi hati ibu tetap bimbang kerana
mama salah seorang
pengidap beberapa jenis penyakit kronik.
Kalau boleh ibu ingin melihat mama sihat dan ceria.
Apapun mama seorang yang sangat kuat dan tabah.
Mama masih mampu tersenyum bila ibu disisinya.
Aduhai hati,
sering menangis bila melihat mama.
Di hati seolah-olah memberontak ingin
terus berada disisi mama selamanya.....
Beberapa hari di kampung,
ibu dikejutkan dengan panggilan kecemasan di malam hari..
Makcik kesayangan yang ibu panggil "ma" tidak sedarkan diri.
Sewaktu kecil, setiap kali cuti sekolah,
di rumah "ma"lah ibu habiskan
cuti bersama-sama sepupu2 ibu.
Mereka sangat rapat dengan ibu sehingga kini.
Sudah beberapa tahun "ma" terlantar sakit.
Paginya ibu bergegas ke sana.
Jarak rumah "ma" tak begitu jauh dari rumah abah.
Keadaan "ma" lesu dan semasa di sana doktor sedang merawat.
OTW pulang dari rumah "ma"
ibu menerima panggilan kecemasan dari atie (adik ibu).
Iman Amsyar diserang sawan dan kejang tiba-tiba.
Ya Allah, berdengup deras jantung ibu.
Berkejar balik rumah abah.
Keadaan Iman membimbangkan ibu.
Terus ibu bergegas membawa Iman ke hospital.
Iman terus diberi rawatan kecemasan.
Berulang alik ibu ke Hospital Lati Pasir Mas.
2 hari 1 malam Iman di sana dan
syukur keadaannya dah makin stabil dan telah discharge.
Malam sebelum bertolak pulang ke Johor,
ibu pergi mengziarahi pakcik yang ibu panggil Pak Muda Haji.
Ibu amat rapat dengan beliau dan
merupakan antara bapa saudara kesayangan ibu.
Dari seorang yang sihat sekarang beliau terlantar dikatil.
Beberapa penggal/tahun lalu beliau menjawat jawatan
sebagai YB/ADUN tetapi sekarang terlantar sakit.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk
Pak Muda Haji kerana usianya masih muda......
Cuma ibu terkilan kerana tidak sempat
mengziarahi seorang lagi makcik ibu yang anak2 ibu panggil"atok mummy".
Beliau pun tidak sihat kerana mengidap sakit jantung.
Ya ALLAH,
Berikanlah kesihatan yang baik pada insan-insan
kesayangan ibu.
Lindungilah mereka Ya Allah,
Berikanlah mereka RahmatMu.
Berikanlah ketenangan pada kami sekeluarga.
Berikanlah kami ketabahan dan kesabaran
melalui ujian dariMu.
Sesungguhnya, setiap ujian dariMu,
adalah limpahan Pahala yang tidak ternilai buat insan kerdil seperti kami.
2 minah ni, Naurah dan Alya mesti pakai baju maching everyday .
Mereka sangat rapat walau jarang berjumpa....
bersedia nak ke hospital jenguk Iman Amsyar....
Iman Amsyar dan Kakak Naurah...
Iman buat muka sedih....
Bila nampak ibu snap gambar, mulalah Iman buat muka macam-macam.
Geram tengokkan......
mula ceria bila Beby a.k.a kak Nana bawakan kucing
yang Iman panggil MILO....
Bila nampak ibu snap gambar, mulalah Iman buat muka macam-macam.
Geram tengokkan......
mula ceria bila Beby a.k.a kak Nana bawakan kucing
yang Iman panggil MILO....
buat muka poyo.....
p/s:
Alhamdulillah, disaat ibu berangkat semula ke Johor,
insan2 kesayangan ibu terutamanya mama dan
Iman Amsyar dah kembali sihat dan ceria.
Lapang dan tenang rasanya hati ini.
Setiap hari ibu menelefon ke kampung dan
setiap kali berbicara dengan Iman ibu jadi sebak:
Iman: Ibu, Iman rindu Ibu....bila ibu nak balik lagi..
Ibu : Ibu pun rindu Iman, Iman makan ubat ye...
Iman: ye....Ibu, raya haji nanti ibu balik ye......
Ibu: Ibu kerja la Iman, nnti cuti ibu balik ye...
Iman: terus meletakkan telefon dan menurut mama Iman,
"dia" berlari menangis dibiliknya dengan juraian airmata.........
Terkilan sungguh hati ibu kerana tidak sempat membawa
Iman ke Splash Water seperti yang telah ibu janjikan.
Sesekali akak balik kampung, semua orang nak "bemanja" dengan akak. Alhamdulillah ramai sedara-mara yang akak ziarah.
BalasPadamGeram tengok Iman tu. Gambar dengan Naurah, muka kesian jer. Lepas tu muka "notty" je tau!!! hehe
Assalamualaikum NZA,
BalasPadamSemoga semua orang yang disayangi 'ibu' diberi kesihatan yang baik.
to Hami
BalasPadam2lh, semua tu brlaku serentak n kebetulan masa akak blk brcuti...Apapun puas krn dpt ziarah mrk yg sakit....
Iman tu sering buat org sekelilingi menyayanginya.....
to kunang2
BalasPadamInsyaAllah, itulah doa n hrpan saya kak.....
moga mama ibu diberi kesihatan yg baik... insyaAllah..
BalasPadamsakit budak2 kdg2 kite tak nmpk dgn wajah ceria die.. hehe
to hysman
BalasPadamInsyaAllah...itulh doa n hrpan akak skluarga....
budak2 mmg gitu, demam pn smpai main kejar2...
perancangan allah jua terbaik..sama2 lah doa
BalasPadamto Imanshah
BalasPadambetul tu...Apa yg trjadi ada hikmah disebaliknya....
moga semua insan kesayangan Nza, diberi kesihatan yg baik
BalasPadambila tinggal jauh ni macam tu la kan, sentiasa risau dan ingat pada mereka
kenapa dgn iman tu sebenarnye kak, dia demam kot. su kalo dengar pasal sawan ni cukup phobia. semoga insan2 kesayangan akak diberi kesihatan yg baik, insyaallah
BalasPadamto ibuintan
BalasPadamInsyaAllah dan terima kasih di atas doa akak....
Betul tu kak, jika dngar berita2 camni, hati risau sgt2....
to Mamasyaza
BalasPadamIman mcm "adik" juga Su...kalau demam mesti kena brjaga2 cz senang diserang sawan......
InsyaAllah n terima kasih di atas doa dr su.....
Semoga mama NzA kembali sihat seperti biasa, begitu jugak dengan saudara-mara NzA yang lain tu. Terharu dengar kisah Iman tu,tentu Iman sangat rapat dengan NzA..
BalasPadamto ummiross
BalasPadamTerima kasih ummi di atas doa2 tu...amin...
Iman mmg rapat sgt dgn sy ummi n semua anak2 sdara rapat dgn sy..semua nak sdara panggil sy ibu....
tersentuh hati sy dengar iman nangis lari masuk bilik..kenapa boleh kena sawan?demam panas ker?
BalasPadamsemoga insan2 kesayangan kita sihat2 sellau..:)
begitulah sayang mak terhadap anak dan anak terhadap mak!
BalasPadamPehhhh....sadis tul lah cikgu....Alhamdulillah depa semua dah ok....semoga selalunya sihat walafiat hendaknya....
BalasPadamto PK
BalasPadammmg sedih bila Iman merajuk camtu...rasa trkilan sgt2...
ye PK, Iman demam panas....
to IM
BalasPadamkasih syg yg tiada penghujungnya....
to jebateja
BalasPadammmg sadis bila prcutiaan dikelilingi dgn peristiwa yg menyedihkan...
luluh hati rasanya bila dia nangis mcm tu....
BalasPadamto aziela
BalasPadammmg sedih n sebak sgt2.....
Walau percutian dikelilingi peristiwa menyedihkan, namun rasa bersyukurkan kerana tanpa disangka akak dapat bersama2 mereka melaluinya...
BalasPadamAkak sekeluarga ada di sana.
Semoga semuanya dibawah pemeliharaanNYA
to nae
BalasPadam2lh, rahmat disebalik kejadian, trselit kemanisan dlm kepahitan....
semoga semuanya sihat2 seperti sediakala
BalasPadamto n.hezrina
BalasPadamInsyaAllah...begitulah hndeknya....thanks nurul....
Sedihnya baca, kak Nza. Tak leh tengok budak kena cucuk jarum masuk air, sebab Sulaiman dan Hafizan dulu pernah kena. Huuuu...
BalasPadamto yati
BalasPadammmg sedih dan smpai hari ni akak xboleh lupa bila iman menangis dan merayu2 supaya dibuang jarum tu kt tangan......kesiankan...
byk juge kejadian brlaku srentak yer..dugaan sungguh .. semoga semuanya kmbali sihat
BalasPadam