8 Oktober 2011

Mari Kita Sama-sama Belajar....

Semalam ibu BW dan terjumpa sebuah blog dan 
artikelnya amat menarik minat ibu.
Klik sini.
Isu yang jadi berita terhangat dan sensasi kebelakangan ini
disebabkan kurang ilmu dan kejahilan kita sendiri.
Ibu bukan nak salahkan sesiapa kerana
ibu juga tergolong dalam kalangan yang masih kurang dalam
ilmu agama....

Tapi yang ibu hairan, bila kita ni tak tahu atau
tak pasti tentang sesuatu perkara terutama dalam 
soal hukum hakam agama baik kita berdiam diri
atau mencari jalan untuk belajar.
Itu lebih baik dari kita dapat dosa
"free" diatas kejahilan kita...
Setiap hukum yang datangnya dari Allah
adalah yang sebaik-baiknya.
Tidak ada sedikit pun cacat cela.

Mesti kawan-kawan dah tahu
isu bagaimana artis yang memberi komen
tentang hukum hudud dan yang peliknya
si wartawan (tidak semua) pula bertanya
pada orang yang tidak sepatutnya.
Patutnya pergilah interview ustaz2, ustazah2 atau ahli
bijak pandai agama.....

Amboi panjang pula ceramah ibu.
Meh kita sama-sama baca petikan santai
yang ibu copy paste dari sebuah blog....

POTONG TANGAN SAJA?
"Hudud tak sesuai di Malaysia laa..." komen Cikgu Lee [bukan nama sebenar] dalam bilik guru.
Saya dan Cikgu Aziah [juga bukan nama sebenar] saling berpandangan.
"Mengapa kata begitu, Lee?" Cikgu Aziah bertanya.
"Kalau semua ikut hudud, nanti ramai la yang akan dihukum potong tangan sebab mencuri," Cikgu Lee menyuarakan pendapatnya.

Saya tersenyum, lalu memberi signal kepada Cikgu Aziah untuk terus berhujah.
"Sebenarnya Lee, hudud itu bukan setakat potong tangan, tau. 
Menurut hukum hudud, sebelum dijatuhkan hukuman potong tangan pada pencuri, 
kita kena selidik dulu mengapa dia mencuri. 
Bila dah sah dia tak ada sebab munasabah yang menyebabkan dia mencuri, 
dia curi sebab seronok atau nak balas dendam, 
barulah kita jatuhkan hukuman potong tangannya. 
Tapi jika didapati dia mencuri sebab dia kelaparan 
atau sebab dia tak ada kerja untuk beri makan kepada anak-anak di rumah,
 kita tak boleh hukum dia dengan potong tangan. 
Sebaliknya pemerintah mesti berikan dia pekerjaan 
supaya dia boleh dapatkan wang cara halal untuk sara keluarga," 
terang Cikgu Aziah secara panjang lebar.

"Oh, macam tu kah? 
Kira kalau dia mencuri sebab nak bagi anak dia makan,
 tak kena potong tangan laaa?"
"Betul, tapi kita mesti berikan dia pekerjaan supaya dia boleh berdikari. 
Tapi jika sudah diberi pekerjaan dan dia tak mahu kerja, 
masih tetap mencuri, maka barulah hukuman itu boleh dijatuhkan ke atasnya."
"Potong tangan mana, kanan atau kiri?" tanya Cikgu Lee lagi.
"Tangan mana yang dia gunakan untuk mencuri," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Potong di mana, ya? Di siku kah?" nampaknya Cikgu Lee semakin berminat nak tahu.
Cikgu Aziah yang mengajar Sains itu tetap sabar melayan soalan Cikgu Lee.
"Potong pergelangan tangan."
"Guna apa potong? Pisau atau pedang?"
"Pisau yang paling tajam," jelas Cikgu Aziah lagi.
"Mengapa mesti pisau tajam?"
"Supaya tak sakit dan sekali potong saja. 
Jika guna pisau tumpul, ia akan mengambil masa 
dan akan menyeksa orang yang dihukum," saya menjawab.
"Betul, mesti pisau tajam. 
Sama seperti menyembelih binatang, mesti pisau tajam. 
Tak boleh pisau tumpul," sokong Cikgu Aziah.

Hanya kami bertiga dalam bilik guru. Perbualan semakin hangat.
"Kalau ikut undang-undang sivil, 
orang yang ditangkap mencuri akan dihukum penjara 
walaupun dia buat begitu kerana anaknya kelaparan dan dia takde duit membeli makanan. 
Kasihan bila baca tentang ibu tunggal dimasukkan ke penjara 
beberapa bulan kerana mencuri setin susu untuk minuman anaknya. 
Jika ikut hudud, ibu itu akan diberi pekerjaan, 
tak perlu masuk penjara, 
dan tangannya juga tak perlu dipotong," saya sambung lagi.
Cikgu Aziah mengangguk setuju.
"Betul, hudud bermaksud mencegah, 
dan ia sebenarnya sebagai langkah pencegahan, 
bukan untuk menghukum. 
Jika kita kaji betul-betul, hudud sebenarnya lebih bersifat perikemanusiaan. 
Malangnya ramai orang salahfaham 
dan hanya memandang hudud dari satu sudut saja,
 iaitu mesti potong tangan jikalau mencuri. 
Ia sebenarnya lebih kompleks."

"Betul, dalam beberapa situasi, 
Islam membenarkan seseorang mencuri. 
Tak percaya? 
Misalnya seorang isteri dibenarkan mencuri wang suaminya yang kedekut 
sehingga gagal memberi nafkah kepada keluarga, 
dengan syarat jumlah yang dicurinya itu tidak lebih daripada yang perlu.
Seorang pekerja dibenarkan mengambil upah daripada 
majikan jika beliau gagal dibayar gaji untuk kerja yang dilakukan. 
Dalam kedua-dua situasi, mereka tidak akan dihukum potong tangan, tau," 
saya sambung lagi.
"Oh, begitukah?" Cikgu Lee kelihatan terkejut dengan penerangan kami berdua.
"Ya, betul. Hukuman hudud berniat untuk mencegah jenayah."
"Tapi jika berzina, tentu tak sesuai kerana ia menganiayai kaum wanita. 
Wanita dirogol akan dihukum sebagai penzina."
"Lee, jenayah hudud ada beberapa saja iaitu berzina, 
minum arak, mencuri, merompak, dan tuduh orang lain berzina.
 Orang yang menuduh seseorang itu berzina mesti 
kemukakan 4 saksi yang boleh dipercayai, yang lihat 
berlakunya kejadian itu dengan mata mereka sendiri; 
bukan boleh tuduh suka-suka saja.
Jika timbul keraguan pada salah seorang daripada 4 saksi itu bahwa 
tertuduh itu tidak berzina, 
dia tidak boleh dihukum ikut hudud lagi sehinggalah 
dapat tampil saksi baru yang menuduhnya."
Cikgu Lee mengangguk perlahan-lahan,
 nampaknya semakin faham selepas penerangan kami yang panjang lebar.

"Lee, you jangan risau. 
Hudud wajib untuk orang Islam saja kerana ia hukum Allah, 
bukan ciptaan manusia sendiri.
 Orang bukan Islam tak perlu takut sebab kamu takkan 
dihukum ikut hudud walaupun bersalah. 
Yang perlu takut hanyalah orang Islam 
yang suka melakukan perbuatan terkutuk itu iaitu 
penzina, pemabuk, perompak, pencuri dan penyebar fitnah. 
Lagipun belum tentu akan dapat dilaksanakan hudud 
sebab hanya pemerintah saja yang boleh jalankan hukum hudud. 
Kami rakyat biasa beragama Islam tak boleh jalankan hukum hudud."
Alhamdulillah.. 
dua guru bukan opsyen pendidikan Islam, 
akhirnya berjaya menyakinkan rakan sejawat kami yang 
nonMuslim untuk tidak takut dengan hudud.

30 ulasan:

  1. betul tu akak, sekrg ni hangat diperkatakan pasal hukum hudud ni

    BalasPadam
  2. bagus sekali input dan penerangan dari cikgu berdua..kalau tak tahu lebih baik diam kan

    BalasPadam
  3. orang tak nampak kebaikan hudud tu sebab ramai yang beri penerangan tu x pandai...

    tq for sharing kak...

    BalasPadam
  4. kak ibu kalau kita tak tahu baik kita diam dan pergi mencari ilmu tentang ilmu hudud dan kemudian dapat menjelaskan kepada yang tidak tahu bukan menidakkan secara totally kan

    BalasPadam
  5. to mamasyaza
    yg brckp tu pulak trdiri dr org2 yg jahil n nonmuslim...pelikkan...

    BalasPadam
  6. to PK
    itu yg trbaik dr kita ditertawakan n dpt dosa free....

    BalasPadam
  7. to zura
    2lh masalahnya org2 kita...bila alim ulamak bg pnerangan xpernah nk siarkan ttp kalau org2 yg entah apa2 tu disiarkan secara meluas...xmalu ke depa???

    BalasPadam
  8. to mamaQS
    betul tu mamaQS...lebih baik kita dia n merujuk org yg lebih arif dr menyalak xtentu pasal...sbb tu org pndang agama islam ni serendah2nya....

    BalasPadam
  9. Akak, bagus penjelasan ni...

    bukan macam segelintir orang Islam yang menakut2kan lagi orang bukan Islam dengan Hudud

    Sebenarnya mereka sendiri yang takut...

    BalasPadam
  10. to nae
    yelh, berani krn benar..kalau kita xbuat salah buat apa nk takut..Hukum Allah yg dh lengkap.....

    BalasPadam
  11. tanda2 akhir zaman kan k.nza.. :(

    BalasPadam
  12. to h4ni3
    itulah....sedihkan hanie....

    BalasPadam
  13. Allahu...

    Allah adalah sebaik2 pencipta & maha adil, maha bijaksana dan maha mengasihani

    maka apa yg Allah turunkan dan kehendaki adalah yang terbaik untuk gamba2Nya.

    BalasPadam
  14. bagus n3 ni kak...saya pelik kenapa artis2 ni jawab merepek meraban padahal tak tau apa2 pun pasal hukum hudud tu...baik diam je...

    BalasPadam
  15. Hukum hudud ni mmng hngat diperkatakan...Tapi kalau tak tahu lebih baik diam...

    Penjelasan yang baik dan mudah difahami..terima kasih ibu atas prkongsian ini...

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, bagus cikgu2 ni berkongsi ilmu...
    Sekarang ni, ramai yang suka bercakap tapi ilmu takde, akibatnya memakan diri...

    BalasPadam
  17. Panjang lebar penerangan cikgu ... tak tahu nak komen apa. Better diam dari terus beri komen yg tak tahu belum / tidak.

    BalasPadam
  18. to AHP
    Hukum Allah yg trbaik n lengkap utk seluruh umatnya amalkan ttp masalah msg2 putar belitkan hukum2 Allah..sedihkan dgn keadaan mcm nie....

    BalasPadam
  19. to wahida
    itulah pasal, kalau xtahu jgn dibuat main ttg hukum2 Allah nie....depa ingat boleh wat lawak bodoh ke.....

    BalasPadam
  20. to MP
    isu trhangat masa kini..sbb tu sy trpanggil utk buat n3 nie krn trjumpa dr sebuah blog yg mana dlm bntuk santai.....

    BalasPadam
  21. to ummiross
    2lh ummi...trkdg pelik org non_muslim pn dh berani brckp ttg hukum..puncanya dr org2 islam juga....

    BalasPadam
  22. to hami
    itu yg trbaik hami....

    BalasPadam
  23. to imanshah
    akak pn ada tgk kt blog kakcik..semoga ianya jd ikhtibar pd kita...

    BalasPadam
  24. padat. sangat bermanfaat.
    cikgu lee tu non-muslim ye? huhu

    BalasPadam
  25. TO AMNA
    mmg byk manfaat utk kita jadikan panduan.....

    cikgu lee tu cina...

    BalasPadam
  26. saya tak tahu nk sokong ke tidak akk.. akalu ade pun tk pe , tk de pun tak pe sbb kita tk buat apa2 perkara jahat kan :)

    BalasPadam
  27. to Bee
    sokong ke tak tu prkara lain ttp masalahnya yg suka wat knyataan yg menyimpang tu..brdosa besar hukumnya....

    BalasPadam
  28. Yati baca kat fb Tok Guru Nik Aziz, dia ada tanya pendapat non muslim kalau laksanakan hukum hudud. Rata-rata, takde masalah pun. Orang melayu je yang banyak cakap. :)

    BalasPadam
  29. to yati
    akak pn hairan, knapa org islam takut benar dgn hukum yg diturunkan oleh Allah..kalau xbuat salah knapa perlu takut.....pelikkan...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.