9 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Pengangkutan.

Hujung minggu kali ini kami ke Melaka.
Yang kelakarnya kali ini kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Ayah dan Beby nak ke Mahkota Prade, 
Along dan Angah nak bershopping kat Dataran Pahlawan,
dan Farouk pula sibuk nak ke Muzium Samudera.
Tak puas-puas dengan Muzium Samudera yang Farouk panggil
Kapal Lanun....
Jadi terpaksalah ibu mengalah dan 
bawa Farouk dan Naurah menuju ke tempat yang mereka nak pergi....
Selamatlah duit ibu.
Kalau ikut ayah atau along memang ada jelah yang akan ibu beli....

Jadinya cuma kami bertiga yang lakukan
aktiviti jejaki kesan sejarah.....

Destinasi pertama di Muzium Pengangkutan Melaka.
posing dulu ye anak-anak...
Buat kenangan cz  ibu nak tepek dalam diari family kita.

 posing kat Keretapi Tanah Melayu..
Aktiviti panjat-panjat keretapi....
Rasanya baru 2 kali  mereka berkesempatan naik keretapi KTM.
Kalau tak silap ibu dari KL ke Pasir Mas Kelantan.
Itupun semasa dari Kota Bharu ke KL kami menaiki kapalterbang dan
semasa balik anak-anak nak naik keretapi.
Terpaksa batalkan penerbangan..
Sabar jelah.
Perjalanan KL-Pasir Mas memakan masa 10 jam dengan keretapi...
Tapi menurut anak-anak mereka lebih enjoy naik
keretapi dari naik kapalterbang.
Apa2 jelah......

 lepas tu posing pula di bawah kapal terbang TUDM....

 itu tak pasti pula kereta apa ni padahal ada tertulis kat sini....

 Ini pun pengangkutan juga ye aunty2, uncle2....
Mereka pernah naik yang real punya dan Naurah sampai pucat lesi mukanya.
Sekarang dah serik..Takut katanya.....

 posing  jauh-jauh ajelah Farouk ye
sebab ramai sangat orang sedang tunggu giliran nak bertenggek kat atas 
replika lembu tu....

Kakak Naurah pun sama......

Banyak-banyak tempat, playground juga jadi tempat pilihan mereka....
Alahai bosan je ibu tunggu mereka berdua yang penuh riang ria dan gelak ketawa.....
Dah..dah..jom kita jelajah ke Muzium seterusnya..
Tungguuuuuuuuuuu...siri seterusnya.

20 ulasan:

  1. lama sungguh tak ke melaka..untung org johor dokek ajo

    BalasPadam
  2. to imanshah
    dekat ttp trkdg waktu xmengizinkan..ttp byk yg menarik di Melaka....

    BalasPadam
  3. kami asyik 'berjalan' ke hulu ke hilir dgn macam2 urusan tetapi BERCUTI memang betul2 tak sempat.
    harap2 hujung tahun ni tercapailah impian, ameen...

    BalasPadam
  4. to AHP
    sy pn begitu..brcuti tnpa dirancang krn si ayah n anak2 sntiasa sibuk.....w.pn punya sedikit ruang mmg kami akn brcuti....

    moga impian AHP trlaksana....insyaAllah....

    BalasPadam
  5. Klu naik keretapi..terasa jauh pejalanan kak..luas pemandangan..klu naik kapal terbang mmg skejap jer..dh sampai.. ^_^

    BalasPadam
  6. to lily
    2lh, budak2 suka prjlnan yg mencabar n kita org dewasa kalau boleh nk cpt smpai.....xlarat.

    BalasPadam
  7. Saya pernah naik kereta lembu kat Melaka tu, kawan saya siap terpijak taik lembu lagi, kahkahkah! Sabor jalah, kenangan tuh!

    BalasPadam
  8. team yg bersoping tu best kak heheeheh...

    bagus2 anak akak..tempat2 belajar mcm ni die nak pergi...byk ilmu sejarah dpt kaut tu...mmg anak2 akak pandai2....bagus tol...tak heran pun nak gi mall bagai tu....

    BalasPadam
  9. to dinas
    kalai kwn dinas trpijak tahi lembu, kami pulak trperecik air kencing lembu masa kt atas kereta tu...kurg asam betul...hi...

    BalasPadam
  10. to lieya
    2lh pasal ttp trpaksa ikut kehendak 2 org kanak2 ribena tu la...hu.hu.hu...

    thanks lieya..mayb atok ayah n ayah mrk adalah pakar sejarah kot sbb tu menurun pd cucu2 n anak2.....hi...

    BalasPadam
  11. to miecyber
    mmg menarik cz byk input yg mrk dpt.....

    BalasPadam
  12. Yati pun pernah posing di tempat yang sama. Macam ramai orang. Pergi hari minggu ya kak Nza.

    BalasPadam
  13. laa boleh pulak berjalan pecah2 gitu hehee

    BalasPadam
  14. kok percutiannya berpecah?hehe..

    en suami pun suka train sbb katanya boleh tgok kampung2 dlm perjalanan plus suka bunyi train...sy seumur hidup baru dua kali naik.tak suka pasal lmbt.borin.hehe..

    melaka mmg tmpt percutian sejarah yg best,dh lama tak kesana..:)

    BalasPadam
  15. to PK
    2lh prcutian yg pelik ttp benar....apa pn msg2 enjoy cz dpt penuhi keinginan msg2...hi...

    budak2 suka melihat prsekitaran tu agaknya kan.......

    BalasPadam
  16. Suka pergi Melaka. Banyak tempat menarik. Tahun lepas saya ke sana. Tahun ni pun Insyaallah nak ke sana lagi. Saya ada ibu saudara kat sana. jadi sambil menyelam minum air la.

    BalasPadam
  17. to anggun
    yelh, melaka best cz tmptnya dkt n senang utk kita pergi.....

    BalasPadam
  18. masa sekolah2 dulu cikgu rajin bawak kami g muzium=)kat melaka mcm2 muzium ada

    BalasPadam
  19. to n.hezrina
    betul tu,kt melaka mmg byk tmpt menarik....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.