15 September 2011

Terlebih Rajin

Dah 3 hari UPSR berjalan dan 3 hari juga murid-murid Tahun 1 dan 2 
diberi  "rehat" a.k.a "cuti".
Amanlah sikit bila budak-budak kecil ni tak ada.
Lagipun ramai cikgu yang tak ada
kerana menjadi pengawas peperiksaan.

Tapi budak Farouk walaupun di "cuti"kan tetap datang sekolah.
Nak suruh tinggal rumah Atok Mak (MIL) tak nak.
Sanggup dia ikut ibu pergi sekolah.

 Pagi-pagi dia akan bertapa kat PSS.
Macam-macam aktiviti dia buat.
Tengok TV, dah boring main lego, lepas tu tolong susun buku-buku di rak.
Suruh baca buku cerita katanya penat.
Penat la sangat.

Dah boring duduk bertapa kat PSS dia akan turun ke makmal komputer.
Bila perut lapar, Farouk ke kantin.
Sempat juga dia pergi main dengan anak pakcik kantin tu.
Kebetulan anak pakcik kantin tu kawan sekelas dia.
Cuma budak tu perempuan....

Memang bosanlah sebab tak ada kawan.
Ibu sibuk dengan kelas dan kerja-kerja di sekolah.....
Nasiblah Farouk.....

 mengadap komputer di makmal....

 muka budak yang dah mula bosan...

28 ulasan:

  1. hehe, anak ibu, rajin macam ibunya jugak NzA...

    BalasPadam
  2. kenapa farouk tak nak duk ngan atok mak dia kak?

    BalasPadam
  3. Rajin Farouk. Kekadang sekolah jadik tempat seronok kot bila kita tak bersekolah. Bebas lakukan apa sahaja.

    BalasPadam
  4. anak saye pun bercuti gak...kat rumah tu pun sedang bersuka ria agaknye...

    BalasPadam
  5. to ummiross
    farouk ni rajin xbrtmpt la ummi....he.he.he...

    BalasPadam
  6. to wahida
    anak2 akak xrapat dgn family belah ayah la wahida..entahlah...

    BalasPadam
  7. to hami
    2lh pasal...pergi sk bkn belajar mmg rajin la dia....

    BalasPadam
  8. to pb
    trlebih sgt la tu...kalau suruh baca byk alasannya......

    BalasPadam
  9. to ena
    trpaksa ikut cz xmo dok dgn atok....

    BalasPadam
  10. to ainnoraini
    mesti seronok cz depa dpt cuti....

    BalasPadam
  11. sian farouk bosan.. tp mcm tu jugak la fiqah bila mama dia ni byk keje.. ikut dok pis layan komputer gak...

    BalasPadam
  12. takpe..
    farouk prepare utk upsr pulak kan? ;)

    BalasPadam
  13. janji dia tak buat benda bahaya.

    BalasPadam
  14. salam,

    sekolah sy thn ni tkde kelas yg dicutikan, sbb sume kelas di bangunan baru, peksa di bangunan lama...

    so, cikgu ayik kena relief jelah... tp sy tk kena, sbb conduct solat hajat n baca yaasin... mg anak2 didik kita semua cemerlanglah ye kak...

    BalasPadam
  15. Kesian Farouk, tengok muka dia pun tau dia bosan tu, hehehe!

    BalasPadam
  16. to iela
    2lh, dh trpaksa angkut la ttp lama2 dia bosan juga asyik dok mengadap bnde yg sama....

    BalasPadam
  17. to h4ni3
    alahai farouk tu...trlebih main sudah!!!!

    BalasPadam
  18. to cikli
    risa juga budak2 ni pnjang akalnya ttp mmg setiap masa pesan...risau.

    BalasPadam
  19. to areef
    sk akak pn ada bngunan baru ttp guru besar n pihak sk rehatkan Pra 1, pra 2, thn 1 dan 2 sbb cikgu ramai xde...so xle penat cikgu2 nk relief kelas...cuma cikgu2 yg kelas dicutikan je relief....

    InsyaAllah, mrk semua adalah murid2 yg cemerlang...

    BalasPadam
  20. to dinas
    mau xbosan...3 hr brtapa sorg2 kt PSS n makmal.....hi...

    BalasPadam
  21. anak ibu yg manja,tu nak ikut ibu.hehe..

    BalasPadam
  22. to PK
    farouk xrapat dgn atok sblah ayah, sbb tu trpaksa ikut ibu p sk...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.