9 September 2011

Solat Hajat Perdana...

Tengahari tiba-tiba dapat pamplet.
Ada solat hajat perdana sempena UPSR malamnya.
Mau tidak tergamam.
Ibu pun hairan juga sejak dua menjak ni.
Setiap program sekolah dijalankan secara senyap-senyap je.
Drastik pula tu...

Kalau dulu, bila nak lakukan sesuatu program riuh 1 sekolah.
Meriah dan sekurang-kurangnya sempatlah kita prepare apa yang patut.
Dapat susun jadual family sebelum melakukan komitment lain.
Lain la kalau kita hidup sendirian...

Kitakan ada family.
Mestilah kena maklumkan dulu pada bos dan anak-anak.
Entahlah.

Petang tu kelam kabut bersiap.
Bertolak ke sekolah.
Sampai aje dah azan Maghrib.
Teguk sedikit air dan makan 2 biji kurma untuk berbuka puasa.
Terus mendaki tangga ke tingkat 4 untuk ke surau sekolah.
Sampai aje, imam dah mula solat.

Fuh!!! drastik dan bombastik sungguh.


Apapun, ibu berdoa agar semua anak-anak didik 
mencapai kejayaaan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Selamat Maju Jaya.

Saat terindah bila setiap tahun ibu mendapat perkhabaran 
indah dari bekas anak-anak murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Mereka tetap tidak lupa pada seorang cikgu yang terpinggir ini....
Dan paling indah bila anak-anak didik yang teramat nakal 
di zaman persekolah mampu berjaya cemerlang dan menjejak kaki ke menara gading.
Mereka tidak pernah melupakan cikgu mereka ini.....
Tetap menjejaki ibu hingga ke FB....
Cubitan kasih dan marah2 sayang tetap 
tersemat dijiwa mereka......

26 ulasan:

  1. semoga mereka semua beroleh kejayaan..

    mmg besar pengorbanan seorg guru ni kan kak...ibarat lilin kekdahnya...

    besar pahala tu...

    BalasPadam
  2. Pengorbanan seorang guru + jasa guru akan sentiasa dikenang.

    BalasPadam
  3. tingat mase lieya sekolah dulu....dah nak dekat peksa besar wajib ade buat majlis gini.....wajib pergi sambil bawak air sebotol....nak buat air yassin....

    semoga berjaya anak2 didik akak yeak....insyallah...

    BalasPadam
  4. to wahida
    InsyaAllah, itulah harapan ibu bapa dan guru2....

    BalasPadam
  5. to hami
    Begitu juga jasa bekas guru2 kita....

    BalasPadam
  6. to lieya
    betul tu lieya n program camni diadakan setiap bln......

    BalasPadam
  7. tahun ni sorang anak buah, 2 orang sepupu amik upsr.. gerun gak tu.. tgk sape yg paling cemerlang nanti

    BalasPadam
  8. to h4ni3
    dan yg plg cemerlang pasti dpt ganjaran tu.....

    BalasPadam
  9. dalam sehari dua ni, mcm2 jmputan majlis sebegini kena hadir termasuk utk anak (PMR) dan tempat kerja isteri (UPSR).
    pagi hingga 10 mlm sibuk.
    sgt2 memenatkan.
    semoga anak2 kita semua cemerlang dunia akhirat.

    BalasPadam
  10. to AHP
    dan brcmpur aduk dgn open house...mmg memenatkan ttp demi kecemerlangan dan silatulrahim, segala kepenatan hilang..
    Gud luck utk anak2 AHP...

    BalasPadam
  11. hari khamis su dah buat majlis baca yassin utk ami yg nak upsr kat umah tok umi, syukur alhamdullillah ramai yg hadir

    BalasPadam
  12. Semoga depa berjaya, insyaallah!

    Sekolah saya kadang2 buat jugak perangai camtu, buat keja terkejut tergempaq. Kena banyak sabaaaaq.

    BalasPadam
  13. semoga mereka semua berjaya.. ibu doakan utk anak2x murid sy jgk ye ibu :)

    BalasPadam
  14. Semoga anak2 didik kita berjaya...sekolah saya pun baru selesai buat solat hajat....

    BalasPadam
  15. TO MAMASYAZA
    Alhamdulilla...dan akak doakan agar ami brjaya mendapat 5A..insyaAllah....

    BalasPadam
  16. to dinas
    InsyaAllah...

    2lh, trkdg menyusahkan org lin n skrg dh jadi buah mulut cikgu2...

    BalasPadam
  17. to SHZ
    InsyaAllah...kita doakan yg trbaik buat semua....amin.

    BalasPadam
  18. to MP
    InsyaAllah semoga semuanya cemerlang....

    BalasPadam
  19. dah dekat kan exam..semoga berjaya semua anak2

    BalasPadam
  20. to imanshah
    minggu dpn upsr dh mula n pastu tu PMR n SPM....risau...

    BalasPadam
  21. semoga ank2 murid ibu berjaya semuanya.Amin..

    BalasPadam
  22. Salam cikgu. Maaf dua hari ni saya tak online.
    Insyaallah berkat doa guru dan ibu bapa anak2 akan berjaya.
    Kalau kat sekolah saya dekat-dekat nak periksa sekolah akan jemput paderi untuk bg restu kejayaan. Tapi cikgu muslim tak dijemput. Nasib baik.

    BalasPadam
  23. to anggun
    InsyaAllah semoga mrk dipermudahkan...

    ye ke???? xpelh asalkn mrk xlibatkan kita...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.