7 September 2011

Mama-Syukur PadaMu Ya Allah.

Syukur Alhamdulillah kerana kali ini ibu dapat saksikan kesihatan mama 
bertambah baik dari yang sebelumnya.
Dan yang paling mengembirakan ibu bila mata mama yang rabun
hampir 7 tahun mula menampakkan perubahan.
Penglihatan mama ada perkembangan yang positif.
Hati mana yang tidak gembira dan bersyukur.
Setelah hampir 7 tahun mama hidup dalam kesamaran penglihatan
tiba-tiba mata mama mula boleh berfungsi walaupun tidak pulih
sepenuhnya.

Itulah kuasa Allah Yang Maha Agong.
Rambut mama yang baru  tumbuh bukan berwarna putih (uban) tetapi
rambut hitam yang sihat dan subur.
Itu selalu mengusik mama:
"Ma, kenapa rambut mama tumbuh warna hitam???
Mama nampak lebih mula dari akak tau....."

Jika 1 minggu hari raya 2010 kami dikejutkan dengan berita
mama sudah tidak ada harapan untuk hidup (klik sini)
tetapi sekarang ibu dikejutkan dengan berita-berita gembira
dan keajaiban tentang kesihatan mama.
Siapa sangka, bila Dr Nash, seorang doktor pakar jantung yang
terkenal di Malaysia yang merawat mama memaklumkan
mama sudah tidak ada harapan (klik sini) tetapi
dengan kuasa Allah mama masih mampu  tersenyum ceria,
mampu memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu tersayang.
Masih mampu membisikkan kata-kata indah buat kami.

Dan yang paling indah buat kami bila Mama mampu melihat kami.
Walaupun penglihatan mama tidak sejelas dan seterang orang-orang normal
tetapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dan
merupakan hadiah yang amat-amat bermakna dari ALlah SWT.
Kami bersyukur padaMu Ya Allah....
Walaupun mama sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.

Dan disebalik semua itu, ibu rasa salah satu
penawar yang banyak membantu perkembangan mama ialah Jus Pamoga ini.
Mama dah amalkan meminum jus ini selama 3 bulan.
Tujuan utama untuk memulihkan dan menguatkan sendi lutut mama
tetapi yang Allah berikan adalah penglihatan buat mama.....
Syukur kerana mama temuai penawar yang serasi untuk dirinya.

34 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    Semoga kesihatan mama akak terus pulih... dan
    Semoga kita semua dilimpahi rahmat kesihatan dariNYA
    Amin

    BalasPadam
  2. to nae
    InsyaAllah...itulah doa kami setiap masa...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semoga mama kak ibu terus sihat ddan gembira disamping anak-anak tersayang...tumpang gembira kak ibu

    BalasPadam
  4. to mamaQS
    InsyaAllah...amin..amin...amin...mmg tramat gembira dgn prkembangan mama skrg.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..
    Moga mak akak terus diberikan kesihatan yg baik berpanjangan..

    BalasPadam
  6. to lily
    Itulah yg kami semua harapkan..amin...

    BalasPadam
  7. salam,

    alhamdulillah, mg mama akak akan segera sembuh...

    BalasPadam
  8. Salam. Syukur Alhamdullillah buat mama cikgu. Somoga terus diberikan Allah SWT kesihatan yg baik.
    Nak tahu jus pamoga ni boleh dapat kat mana. Saya nak cuba untuk adik saya yg sakit tu.

    BalasPadam
  9. to areef
    InsyaAllah...itulh hrpan kami skluarga....

    BalasPadam
  10. to anggun
    mmg brsyukur sgt2 n itulh rahmat dr Allah...

    Adik cikgu sakit apa???? kalau brminat nnti sy tlg belikan n poskan....cubalh, mungkin serasi....

    BalasPadam
  11. Tuhan lebih berkuasa. Darinya bumi ditumbuhkan tumbuhan dan haiwan sebagai penawar.

    BalasPadam
  12. to IM
    itulah petanda kekuasaan Allah SWT...

    BalasPadam
  13. alhamdulillah..tumpsng gembira mendengar mama akk semakin sihat.semoga mama akk terus dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik. AMIN..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum nZa,


    syukur... moga kesihatan mama makin baik


    jus delima ke tu?

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah! Seronok dengar berita kesihatan mama kak Nza dah bertambah baik!

    Yalah, kena berusaha cari penawar yg sesuai dengan diri sebab tak semua orang serasi dengan suplemen tertentu.

    Semoga kesihatan mama kak Nza bertambah baik lagi lepas ni :)

    BalasPadam
  16. syukur kuasa allah kan , biar ape pun kata doktor ...

    skrg ni mak Hanie lak beransur uzur :(

    BalasPadam
  17. alhamdulillah.. syukur nikmat Allah beri :)
    Jus Pamoga.. first time dengar. tq utk info cikgu ^^

    BalasPadam
  18. Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya. Semoga kesihtan mama Kak Nza bertambah baik.

    BalasPadam
  20. Syukur Alhmdulillah....semoga kesihatan mama bertmbah baik..Hanya ALLAh yg maha mngrtahui segalanya...

    BalasPadam
  21. Syukur Alhamdulillah, itu jus delima kan?...emm personally kak leha tkde n tk pernah pun jemput yana,cuma mahzan je yg sampaikan so faham2 sendiri jelah kena pergi tunjuk2 muka, kalau mcm tu next time yana pun nak merajuk tk pergi la sebab tk jemput...ada boleh ke? hihihi...

    BalasPadam
  22. alhamdulillah...saya tumpang hepi kak...begitu besar kuasa Allah ni kan kak...semoga mama akak terus sihat yer...

    jus pamoga tu mana nak dapat kak? baik utk mata yg rabun ke? kalau saya yg dah lama pakai spek ni boleh try tak kak?

    BalasPadam
  23. Sayangi mereka sementara mereka masih ada :)

    BalasPadam
  24. to PK
    sgt2 bersyukur dgn anugerah yg Maha Esa....

    BalasPadam
  25. to ibuintan
    Sgt2 brsyukur..

    Jus tu dicampur dgn berbagai jus lain....sgt2 baik utk kesihatan...

    BalasPadam
  26. to dinas
    sgt2 brsyukur dan tiada yg trindah bila mama diberi kesihatan yg semakin baik....

    BalasPadam
  27. to Hanie
    kuasa Allah mengatasi segalanya..

    Moga mak hanie cepat pulih,...

    BalasPadam
  28. to amna
    sgt brsyukur..

    jus ni masih baru dipasaran n kluaran dr kelantan...

    BalasPadam
  29. to MP
    Terlalu brsyukur.....dan semoga begitulah hendaknya....

    BalasPadam
  30. to yana
    ye, jus delima + jus2 lain...sgt serasi dgn mama....

    akak bkn apa yana, rumah dia kn dkt je..xkn tu pn nk main pesan2 gitu jerrr...2 yg akak majuk ttp mmg pn xplan nk p...hi.hi.hi....
    cubalah buat2 majuk cam akak....he...

    BalasPadam
  31. to wahida
    thank wahida...kami tramat gembira n brsyukur..

    kalau nk cuba boleh juga cz jus tu mmg baik utk kesihatan..2 pn brgntung pd seseorg jugakan.....xsalah mencuba demi utk kesihatan...

    BalasPadam
  32. to juanita
    Itulah yg trbaik....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.