19 Ogos 2011

Menderma Sambil Membantu Rakan Seagama-Puasa ke 19

Hari ini ibu terpanggil untuk membuat n3 tentang kisah 
seorang rakan blogger yang sudah agak lama ibu kenali.
seorang penulis novel terkenal.
Ibu suka membaca hasil seninya.
Seorang suami kepada seorang isteri,
Seorang Ayah kepada beberapa orang anak yang sedang meningkat remaja.
Punya tanggung jawab yang besar terhadap keluarga.
Abang Long telah kehilangan pekerjaan lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Dugaan demi dugaan yang terpaksa Abang Long tempuhi
demi mencari sesuap nasi..
Klik sini.

Ibu amat sedih bila membaca luahan hati seorang suami dan ayah.
Tidak pernah kenal putus asa dan jemu untuk berusaha.
Tidak pernah sesekali merayu memohon bantuan.
Memohon bermacam2 pekerjaan tetapi sering kecewa,
melakukan bermacam-macam ikhtiar tetapi Allah
terus menguji beliau sekeluarga.
Beliau tetap sabar dan tabah....

Rakan-rakanku, silalah lawati sendiri blog Abang Long.
Sekarang ini Abang Long sedang mengusahakan produk
Dadih dan Puding Karamel.
Walaupun banyak halangan yang dia tempuhi.

Untuk rakan-rakan yang berminat 
klik sini.


Serampang 2 Mata. Sempena Ramadan ini, kaum muslimin yang berhajat untuk bersedekah, maka saya membuka peluang ini. Para sahabat hanya perlu memesan DADIH dari saya, dan saya akan menghantarkannya samada ke surau, masjid ataupun Madrasah Tahfiz untuk juadah BERBUKA PUASA. Selain dari bersedekah amal jariah, para sahabat juga telah membantu kami. 
TERIMA KASIH.
1 dadih = RM1.50

Kepada rakan-rakan blogger, marilah kita sama-sama,
bersedekah sambil membantu melariskan produk keluaran Abang Long.
Kita membantu setakat yang termampu dan ganjarannya amat besar di sisi Allah.
Membantu saudara seagama yang dalam kesusahan.
Setiap sedekah yang kita hulurkan dengan seikhlas hati,
InsyaAllah, besar ganjaran yang kita dapat.
Terutama kita niatkan sedekah itu untuk anak-anak kita yang
akan menghadapi peperiksaan.....
Sebutlah nama setiap anak pada niat kita itu,
InsyaAllah, kita akan mendapat hasil yang boleh kita banggakan....
Amin.....


Buat Ababg Long,
Semoga terus tabah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abg Long sekeluarga.
Semoga Aidil-Fitri kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan Abang Long sekeluarga.
Amin..amin...amin....

23 ulasan:

  1. salam,

    in sya allah, dlm bln ramadan yg mulia ni, abg long akan mendpt rezeki kurniaan-Nya, amiin...

    kak, masalah dh settled?

    BalasPadam
  2. to areef
    Sama2 kita doakan utk abg long skluarga dipermudahkan segala urusan..

    xsettle lagi la areef..akak trpaksa delete bbrapa gambar utk upload gambar lain...hu...sedih..

    BalasPadam
  3. Insyaallah ada rezeki abg long di bulan ramadhan.yg penting kita berusaha,jangan sekadar mendabik dada,semoga murah rezeki abg long,Amin..

    BalasPadam
  4. to PK
    sama2lah kita brdoa utk mrk sekeluarga....

    BalasPadam
  5. Bgsnya Abang Long tu..tk seperti sesetengah orang hanya tahu meminta sahaja tanpa mahu berusaha. Kalau mcm tu sampai bila nak maju....Contohilah bang long ini.

    Teknik Terbaru Pakai Shawl

    BalasPadam
  6. to abah khalisha
    2lh, kagum dgn kegigihn beliau..sama2lah kita membantu beliau memperkembangkan produk ni....

    BalasPadam
  7. Moga abang Long terus tabah dan dimurahkan rezeki,Amin.

    BalasPadam
  8. Saya doakan semoga beliau terus tabah & diberkati Allah SWT hendaknya.

    BalasPadam
  9. to ummiross
    sama2lah kita berdoa utk kesejahteraan beliau....

    BalasPadam
  10. to dinas
    InsyaAllah, doa di bulan mulia ini adalah yg trbaik.....

    BalasPadam
  11. salam kak, usaha yang baik utk memanjngkan lagi kebajikan kepada yang memerlukan =)

    BalasPadam
  12. to azhan
    kita membantu setakat yg trmampu...semoga beliau juga dpt menikmati kegembiraan spt org lain....InsyaAllah....

    BalasPadam
  13. masing-masing dengan dugaan tersendiri yang Allah beri. sabar adalah kunci segalanya..

    BalasPadam
  14. to cikli
    brsedekah smbil membantu sesama Islam....

    BalasPadam
  15. to cikli
    brsedekah smbil membantu sesama Islam....

    BalasPadam
  16. to IM
    betul tu IM...setiap org diuji dgn mcm2 keperitan.....Hanya Allah yg maha mengetahui....

    BalasPadam
  17. Ya Allah, murahkan sezeki abg long... semoga mereka mendapat rezeki yang berpanjangan...

    BalasPadam
  18. to zura
    amin..amin...amin....

    BalasPadam
  19. Moga abg Long tabah dan teruskan usaha yg mulia ini. Insyaallah pintu rezedki sentiasa terbuka untuk org yg rajin berusaha. Respect dgn sikap abg Long tu.

    BalasPadam
  20. to anggun
    sama2 kita doakan abg long agar brjaya dlm interview tu......sedihkan.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.