8 Ogos 2011

Air Katira-Puasa ke 8

Rasanya ramai juga yang tidak pernah dengar nama air katira ini.
Dan ada rakan bertanya tentang air katira.
Air katira ni setahu ibu berasal dari Johor.
Dan air katira biasanya banyak dijual dalam bulan Ramadhan.
Kalau pergi mana-mana PARAM kat Johor ni memang jumpalah air katira ni.


Bahan-bahan yang biasa dicampurkan ke dalam air katira
seperti  buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, kabung, cincau, jelly 
dan macam-macam lagi.
Ala-ala air lai chi kang (betul ke tu ejaannya???) cuma
warnanya berbeza dan dalam air katira ditambah perisa pandan dan susu sejat.
Banyak khasiat yang terkandung dalam air katira ini untuk
 memberi tenaga pada kita setelah seharian berpuasa.

Tetapi sekarang kalau beli kat PARAM yang ada dalam
air katira tu cuma biji selasih, cincau dan jelly aje.
Sebab tu Ayah lebih suka buat sendiri air katira setiap kali puasa
kerana Ayah memang teror buat air ini.
Tetapi sejak puasa kali ini, Ayah masih tidak berkesempatan
lagi untuk buat air katira untuk kami sekeluarga.
Alahai Ayah, bila agaknya Ayah nak buat air katira ni......????

35 ulasan:

  1. 1st time minum air ni last weekend, ado saing kat sini yg buat. dio ore johor.sedakkk

    BalasPadam
  2. kak, selalu saya duk tgk je air katira ni kak..tak pernah beli..sampai la ari Sabtu lepas, hubby ada beli, mmg sedap, tapi ramai blogger kata air katira dari johor jugak yg terbaik..so, sekarang saya teringin nak rasa air katira dari johor..kalau hubby akak buat, ingat kat saya ye kak..hehe..

    BalasPadam
  3. akak boleh bagi resepi air katira tak?nak cuba buat kt rumah.pasal area utara memang tak jumpak air katira nie..dulu dok johor tak puas minum katira..haha..

    BalasPadam
  4. menarik..tak pernh rasa lg kak..kalau balik johor mesti ada kt param ek..

    selamat berbuka kak~

    BalasPadam
  5. Pernah dengar temuramah dgn pengasas air katira original dari Johor kat radio. Bahan semua dia bawa dari timur tengah. Mesti ramai yg tiru, dan cincai bahan lebih kurang je mcm Lai Chi Kang tu...

    BalasPadam
  6. Hubby suke minum air katira ni..
    khamis hari tu ktorg beli..
    rasa dia ok lah..tp isi dia x byk kak..biji selasih tu jer..

    BalasPadam
  7. kathir ni bahasa arab maksudnya banyak. kes banyak benda dia masukkan jadilah kathira...agaknyalah

    BalasPadam
  8. air ni last ye baru saya kenal..huhu

    BalasPadam
  9. hehe balik jb nnti nak minum air kathira bebanyak!

    BalasPadam
  10. to yati
    sedak sengoti air tu..kalu keno cmpurae bhn2nyo tu.....

    BalasPadam
  11. to wahida
    masa kawin dgn suami br akak kenal air nie wahida..mmg sedap kalau kena bancuhannya tu..suami akak mmg pndai buat air tu...

    Slalu ingat wahida kalau mkn yg sedap2...hi...

    BalasPadam
  12. to PK
    kalau nk resepi mcm kt atas tu ttp kena tmbah aiskrim soda + getah anggur (katira)+ gula batu..bahan2 lain tu boleh cmpur mcm2......

    BalasPadam
  13. to mamalieyna
    ye ori mmg sedaplah eina ttp kalau kt param xbrapa lengkaplah bahannya...

    BalasPadam
  14. to cklah
    yelh kak, depa main letak je..xmcm yg asli mmg sedap n brkhasiat.

    BalasPadam
  15. to lily
    kt param cincai2 je depa buat lily...ttp oklh...

    BalasPadam
  16. to cikli
    yelh gamaknya tu kot...cz dlm air tu cmpur mcm2...

    BalasPadam
  17. Teringin nak rasa air katira tu NzA, tak pernah minum lagi..

    BalasPadam
  18. to imanshah
    oklh kalau dh tau...he..ttp kena cuba...

    BalasPadam
  19. to sizuka
    i.hi.hi....mcm nk lepaskan perasaan rindu je tu dik....

    BalasPadam
  20. to ummiross
    ummi cubalah buat cz bhnnya senang je..nk buat pn xsusah rasanya cuma mesti cari dulu getah anggur(katira) kt kedai....

    BalasPadam
  21. oo ibu bee confirm tk pernah jumpa air ni lagi!

    BalasPadam
  22. Akak, tak pernah rasa ni...
    tapi nampak sangat sedap...
    rasa macam cendol ka?

    BalasPadam
  23. Ok, sekarang baru saya tau apa itu air katira.

    BalasPadam
  24. to Bee
    kt param johor mmg kat mana2 je ada air ni Bee...

    BalasPadam
  25. to nae
    cubalah buat...rasa sgt lain dr air cendol....

    BalasPadam
  26. to dinas
    he.he.he..itulah kisahnya....

    BalasPadam
  27. up la resepi yer... kalau beli kat param selalu nya tak best sangat... nak balik johor sbb nak minum katira johor rasa tak berbaloi...

    BalasPadam
  28. walaupun dilla org johor, tak tau pun air katira ni dari johor..n tak tau pun bahan2 dalam die..huhuhu

    jarang beli ari ni sbb slalunye org jual tak bez la kak..

    BalasPadam
  29. izan pestime minum masa dok umah kakak kat gombak. masa tu ramadhan..mmg sedap sgt air kathiranya kak nza...

    BalasPadam
  30. to eja
    InsyaAllah nnti akak tepek resepinya nnti ok....

    BalasPadam
  31. to dilla
    hi.hi.hi...kelakar dilla nie...

    yelh trkdg jumpa yg best ttp byk yg cincai2 je....

    BalasPadam
  32. to izan
    ye ke???mmg sedap izan...rasa segar je lepas minum....

    BalasPadam
  33. macam laichi kang lah ni kan. cuma dier kaler hijau je erkk?

    BalasPadam
  34. to mummysyafie
    lbh kurg mcm tulh nor ttp ada tmbahan bahan lain....

    BalasPadam
  35. adusss...terliur ! salah satu wishlist niii ... first n last time minum kat Ganu ... terus jatuh chenta... ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.