23 Julai 2011

Resepi Sambal Tempoyak Yang Sedap.

Pagi-pagi BW  kat blog Areef  terpandang resepi  Sambal Tempoyak.
Tiba-tiba meleleh air liur macam orang mengidam.

Tanpa berlengah ibu copy resepi itu.
Ibu ubah sikit resepi Areef berdasarkan stok bahan yang ada di rumah....hi.
Semangat berkobar-kobar nak masak sambal ini kerana kebetulan kat rumah ada 
tempoyak yang ibu buat 3 hari lepas.

 Masih panas-panas dalam kuali...
Memang sedap dan membuka selera...
Kalau makan ni confirm boleh tambah berat badan......


Resepi Sambal tempoyak 
Bahan-bahannya : 
Cili padi dan cili merah -ditumbuk
Bawang merah dan bawang besar -ditumbuk
Serai -tumbuk
Daun kunyit (xde di rumah so ibu abaikan..)
Ikan bilis/udang kering
( ibu ganti dengan ikan kering yang ibu beli siap dipotong halus).
Tempoyak
Garam dan gula
Minyak untuk menumis 
Cara-caranya : 
Tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, ikan bilis/udang kering/ikan kering
Akhir sekali masukkan tempoyak dan tambah sedikit gula dan garam.


 Hari ini ayah beli ikan tongkol.
Anak-anak ibu tidak begitu suka sedangkan ikan ni bagus untuk minda..
Klik sini.
Buntu nak masak apa.
Tiba-tiba teringat ibu makan ikan bakar ikan tongkol masa
kat Sabah.
Sedap sangat.
Lagipun kat Sabah, ikannya segar-segar dan besar-besar....

Lawannya air asam nie..
Tetapi ibu tambah kicap pekat manis....

Terjumpa gambar masa ibu makan ikan  tongkol bakar
di Pasar Pilipina, Sabah.
Abaikan gambar model tu dan sila fokus pada ikan bakar yang tergolek dalam pinggan.
Masa ini ibu ikut ayah berseminar kat Sabah.
Pergi pun tidak dirancang.
Ayah Pengerusi Seminar  merangkap Bos ambil kesempatan berfoya-foya dengan ibu...
Dasyatkan....!!!!!...he.he.he....

31 ulasan:

  1. kat rumah ada tempoyak mak mertua bawak hari tu,tp sy tak suka mkn.tp resepi nie berguna jugak utk en sumi.hehe..

    BalasPadam
  2. kalau buat buka puasa ni memang meletops

    BalasPadam
  3. to PK
    bolehlh cuba..mesti suami PK suka......

    BalasPadam
  4. to imanshah
    mmg meletup...sedap sgt2....

    BalasPadam
  5. akak..zieha baru je mkn sambal tempoyak goreng ikan bilis tadi kat
    umah mak..mmg sedappp...:D

    BalasPadam
  6. to zieha
    ye ke?????sedapkan..nikmat xtrhingga...

    BalasPadam
  7. wah doyan tgh byk kat umah kite ni,mak br bagi,hurm blh buat tempoyak dan nak guna resipi sis lah!!!mesti hubby kite makin syg maklumlah org perak,suka tempoyak he3....

    BalasPadam
  8. IM kalau nak makan gulai tempoyak singgah kat RnR sg perak. Kalau nak makan sambal tempoyak tumis pi kat restoran tasik raban, ipoh.

    BalasPadam
  9. ini mmg peberet ct ni,tapi jarang buat sbb hubby tak suka semua yg berkait dgn tempoyak...

    BalasPadam
  10. salam,

    wah, kak, sedapny... ngeh3x...

    sy pun sbnrny ubah sikit resepi ni... cam serai n daun kunyit tu sy hiris halus2, sbb sy suka makan sekali...

    udang kering tu pun sy tambah... tp sy rs mmg sesuai tmbh benda2 lain, leh gak try cam akak tambah ikan kering tu... ada yg kata tambah petai...

    nnti nak cuba sambal tempoyak daunlak... tungggu.... :)

    BalasPadam
  11. Kak ibu....saya lapar!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  12. best ni.. nak minta mak buat la balik muar nnti ^^ uhu

    BalasPadam
  13. to aleasara
    ni mesti kena cuba cz org perak mmg minat sgt mkn tempoyak...brtmbah sygla cik abg tu nnti....

    BalasPadam
  14. to IM
    kt perak mmg senang nk cr masakan brasakn tempoyak ttp kt johor xdelh...kena msk sendiri....

    BalasPadam
  15. to CT
    suami akak pn xsuka ttp akak ttp masak utk diri sndiri....

    BalasPadam
  16. to areef
    sedapkan..k.long akak pernah masukkan jering dlm tu..mmg sedap...mmg boleh cuba pelbagai versi la......yg pasti sedap.

    BalasPadam
  17. to mamaQS
    meh sini..kita makan sama2......sedap.

    BalasPadam
  18. to amna
    skrg kt muo byk durian..bolehlh suruh mak masak or amna pn boleh cuba msk sndiri.....

    BalasPadam
  19. NzA, perut tengah berkeroncong ni, terbayang2 makan nasi dengan sambal tempoyak ni, kecur..

    BalasPadam
  20. to ummiross
    alahai kesiannya..kalau ummi dok dekat mmg sy dh antar....

    BalasPadam
  21. Tak pernah mkn tempoyak lg..
    X tau rasa dia mcmana..
    Kat sabah ikan mmg besar2 & segar kak Tp harga murah..lily dtg sini terkejut tgk harga ikan..jauh beza kat sabah.. ;)

    BalasPadam
  22. to lily
    mmg geram akak tgk ikan kt sana lily..dh la besar, murah pulak..rasa nk je angkut bw blk.....ikannya yg xpernah tgk pn ada......best.

    BalasPadam
  23. alamak...tempoyak....den tak makan....kalau buat masak singgang...makan le...ahakz

    BalasPadam
  24. to jebateja
    cuba la buat sambal..manalh tau boleh mkn cz dh dimasak tu...

    BalasPadam
  25. kak,
    kalo belah perak ni, kami x tumis.. tapi kacau jer dalam kuali @ periuk..

    kalo tumis2 ni dah bukan pure dr Perak... ;)

    tp memang sedap.. kaw2... ayah saya memang suka makan macam ni.. arwah onyang saya dulu pun selalu buat sambal ni...

    en ayah x reti nak melahap sambal tempoyak kacau ni.. tu yg saya tak buat...

    BalasPadam
  26. to kak yong
    yelh k.yong, org perak mmg xtumis ttp yg ni dh diubah suai....brcmpur aduk.
    ttp mmg sedap....

    suami akak pn xlayan sambal nie..akak n naurah je yg suka..xkisah asalkn sedap....

    BalasPadam
  27. Saya tak pernah makan sambal tempoyak yg ditumis. Jadi boleh le cuba resepi cikgu ni ye. Kalau di Perak tempoyak mmg salah satu menu wajib hidang.

    BalasPadam
  28. ikan tongkol, saya suka masak sambal pedas...sedapppp

    BalasPadam
  29. to anggun
    cubalh masak....mmg sedap n memenuhi selera sy....

    BalasPadam
  30. to mamaSyaza
    akak pn suka ttp anak2 kureng....

    BalasPadam
  31. oh so yumyy...

    lame dah hanie xmkn n xde stok tempoyak .. xde org nk bagi...huk3x ...

    dulu ada kwn ni bg resepi n masakkan sambal tempoyak..aduhh sedap betoi

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.