Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Jun 2021

Spesis Kaktus

 

Koleksi kaktus ibu.
Taklah banyak. Ini jelah yang ada dalam koleksi.















26 Februari 2021

Petua Pokok Subur

 

Petua untuk pokok hidup subur.
Petua Pertama
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 3 liter air
*Kisar semua bahan hingga sebati.
Siram pada pokok seminggu sekali sahaja.

Petua Kedua
*Air basuhan beras-siram pada pokok

Petua Ke 3
*Lebihan nasi-tabur pada tanah.

Petua ke 4
*Air basuhan ikan atau ayam-siram pada pokok.






24 Februari 2021

Spesis Keladi


Hobi musim PKP ibu berjinak menanam pokok hiasan.
Ibu tanam apa saja spesis pokok.
Tak ada taksub pada satu-satu spesis.
Sekarang spesis keladi bukan main lagi harga kayangan.
Ngeri je ibu tengok harga kat media sosial.
Bagi yang berminat tak salah belikan.
Itupun satu kepuasan.
Masing-masing punya hobilah kan.

Ibu ada la beberapa spesis keladi ni.
Tu pun takde yang beli.
Ibu tanam je tanpa tahu ID pokok tu.
Ada yang ambil dari rumah along dan ada yang dapat daripada kawan-kawan.
Itupun rezeki jugak kan.

Koleksi 1 : Daun warna putih.
Daunnya agak keras.
Ni dapat dari rumah cousin eb suami.
Dari sepokok dapatlah 2 pasu sekarang.
Tu pun masih baby lagi.


Koleksi ke 2.
Yang dapat dari staf sekolah ibu.
Baru 3 hari tanam.
Daunnya macam ada bintik-bintik hitam.

Dapatlah 4 pasu.

Koleksi ke 3
Spesis ni ibu ambil dari rumah Along.
Sekali tengok banyak tumbuh meliar di dalam kebun sawit sepanjang perjalanan ibu nak ke sekolah.
Amat mudah dijaga.

Koleksi ke 4
Keladi ni ibu dapat dari staf juga. 
Awalnya susah juga nak membiak.
Sekarang dah mula membiak.

Koleksi ke 5
Keladi ni paling senang membiak. 
Ini pun ibu dapat dari staf.
Dah beranak pinak.
Senang dijaga dan tahan lasak.

Setakat ini itu jelah koleksi keladi yang ibu ada.


About me