Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Mac 2018

Sawadikap

Sekembalinya dari percutian di Pulau Perhentian kami ke Narathiwat Thailand.
Kalau tak silap kami pergi pada 31 Ogos 2017.
Sekadar ronda-ronda, beli jajan, buah dan makan-makan.

Masa zaman kecik2 dulu bila cuti sekolah ibu selalu bercuti ke Narathiwat sebab ada family mak long tinggal dan menetap di sana.
Sepupu pun ramai dan lebih kurang sebaya.
Memang seronok sebab dapat lalui budaya, bahasa dan gaya hidup yang berbeza..
Paling best bila tiba 'pesta air'...main tak hinggat nak balik.

Posing jap sebelum ke imagresen.
Masa kami ke sana sangat sesak sebab cuti sekolah.
Lebih 2 jam jugak terperangkap urusan kat imagresen tu.

Tak banyak pun yang kami beli sebab sekarang nilai wang Malaysia semakin merudum..


Singgah solat jamak kat Masjid ni.

Pintu pagar sebuah sekolah.

Selamat tinggal Thailanddd..



9 Mac 2018

Pulau Perhentian

Bersua kembali setelah hampir setengah tahun blog ibu menyepi. 
Ada yang rindu cerita dairy ibu Tak???
Emmmm...jari2 dah kaku dan tak tahu nak mula cerita dari mana.

Untuk permulaan tahun 2018 ibu nak tepek kisah percutian kami di Pulau Perhentian pada tahun lepas.
Kalau tak silap ibu kami ke sana pada 30.8.2017.
Fuh....dah berapa bulan tu.
Nanti ibu kayuh pelan-pelan cerita-cerita lain....
Geng family kami.


Masing-masing kemain seronok.
Kami di bawa ke 5 tempat berbeza dengan bot laju untuk aktiviti snorkling.
Ibu sekadar duduk dalam bot je. 
Bila tiba kat setiap sisir pantai baru berani turun.
Anak-anak kemain seronok beraktiviti snorkling...




Farouk pun bukan main berani lagi.
Ibu yang terlebih risau...ha3x


Banyak sebenarnya dalam simpanan tapi ni jelah yang mampu ibu tepek untik kali ini.





9 Julai 2017

Trip Vietnam-Sungai Mekong

Bersua kembali setelah berbulan-bulan blog ibu terabai.
Nak kata sibuk macam biasalah tapi 'kemalasan' melanda untuk menjenguk ke sini merupakan alasan kukuh ibu tidak update dairy ibu.

Cerita percutian bulan 3 yang lalu masih tersimpan dalam draf.
Emmmm.......tak kisahkan kalau ibu publish walaupun dah basi.

Ibu pun dah lupa kisah percutian kat sana.
ibu catatkan mana yang masih ada dalam memori....

Perjalanan ke Sg mekong kami singgah makan tengahari dan solat di Masjid ni.
Makanan boleh tahan sedap.
Ibu kagum sebenarnya sebab di Saigon, Masjid dipergunakan sepenuhnya oleh 
masyarakat Islam di sini.
Nampak sangat hidup....
Angah dan Naurah di pintu masuk masjid

Ibu dan Naurah

kami meneruskan perjalanan ke jeti Sg Mekong.
Posing dulu kt jeti.

Naik bot untuk ke pulau2 berhampiran.

Pulau pertama tempat penternakan lebah.
Kami dihidangkan dengan madu dan kerepek.
Ibu terjebak juga beli 1 set madu RM160.



Selepas tu kami menaiki bot semula untuk ke pulau ke 2.
Tempat pembuatan candy kelapa.
Kat sini ada banyak gerai souvineer.


Beli mana yang patut...

Masa untuk menyusuri Sg Mekong dengan sampan.

masa datang Vietnam dulu ibu tak berkesempatan ke sini.
Telan air liur tengok kan sampan terhuyun hayan tu.
maka bergemalah jeritan ibu...ha.ha.ha.....

Bertabahlah.

Menahan nafas...manalah tahu nanti sampan terbalik......

Dan akhirrnya...dapatlah ibu menarik nafas legaaaaaaa.....

Akhirnya kembali ke pangkal jalan...huhuhu.....

Balik dari Sg mekong kami singgah makan dan solat di masjid ni.
menu kat sini pun memang sedap......

Edisi seterusnya bersopim kat Bazar Ben Thanh dan sebelah malamnya sambung shopping kat pasar malam pulak...

Emmm.....entah bila la nak update lagi ni.
Banyak sangat dah cerita dah kecairan.
Niat hati nak cerita tentang raya pulak......huhuhu.....

About me