Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 April 2015

Happy Birthday Angah

Hari ni genaplah usia Angah 20thn.
Anak pramatang ibu yang lahir dikala usia kandungan ibu 7 bulan 1 hari.
Alhamdulillah Angah membesar dengan sihat dan cerdas hingga sekarang.

Ibu, Ayah dan keluarga mendoakan Angah dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Terus cemerlang di dunia dan akhirat.
Dan dipermudahkan segala urusan,
Semoga Angah sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah...aminn.


Kek kiriman Daddy Lee tiba di petang hari lahir Angah.
Tak terucap kata2 dengan ingatan yang tak pernah luput pada kami sekeluarga.

Terima kasih berjuta2 lemon Sir Lee.

19 April 2015

Silih Berganti

Bersua kembali.......
Kesibukan ibu sedang berganda sekarang........
Sedang menyiapkan program yang agak besarrr minggu ni....

Ni n3 kisah 3Farahs.
3Farahs yang berada diperantauan mengejar ilmu dan cita-cita.
Cuti sem kali ni mereka balik silih berganti.
Yang tak bestnya kami tidak dapat berkumpul beramai-ramai.
Yang bestnya ibu ada kawan bergelak ketawa dan teman bergosip..
Sekurang-kurangnya taklah ibu ditinggalkan serentak oleh mereka.

Cuti sem Along bermula 11.4.2015 hingga 19.4.2015.
Lebih kurang 1 minggu jugak Along cuti.
Emmmmmm....1 minggu rasa macam 1hari je......
19hb Along dah balik semula ke U.
Cuma ibu dan ayah tak perlu bersusah payah hantar sebab Along
dah drive sendiri pergi dan balik.

*Angah dengan kekawan.
Angah yang paling tinggiiiiiiiiii.....

Cuti Angah pula bermula 18.4.2015 hingga 26.4.2015
Habis kuliah 17hb Angah dah bertolak balik.
Kejar masa nak jumpa Along katanya.
Sempatlah 2 malam mereka dapat berkongsi cerita.....
Kebetulan weekend kami bermalam di rumah baru......


Dan Beby pula mula bercuti 19hb.
Dia lambat sikit balik sebab ibu kerja dan tak dapat
jemput lebih awal.
Mujurlah Beby jenis tak kisah.
Lagipun ada lagi beberapa perkara yang perlu Beby settlekan sebelum
bercuti.....

Sebagai seorang ibu.......ibu perlu berjiwa kental.
Melawan kerinduan...kesunyian dan kesedihan.
Mungkin kami terlalu rapat seperti kawan baik menyebabkan
ibu terasa sangat ketiadaan mereka bertiga.......
Demi masa depan yang gemilang ibu perlu jadi seorang yang kuattttttt........
Emmmmmm........

14 April 2015

Selamat Ulang Tahun En Ayah

Selamat Ulang Tahun En Ayah.
Terima Kasih kerana menjadi seorang suami terbaik buat ibu dan
ayah terbaik untuk 5F.
Kami doakan agar En Ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
dipermudahkan segala urusan...Amiin.
En Ayah seorang yang terbaik yang Allah anugerahkan buat kami.
Alhamdulillah.

Kek kiriman Sir Lee diterima sehari sebelum birthday En Ayah.
Terima Kasih bergudang-gudang lemon buat Sir Lee yang tidak pernah lupa
hari bersejarah kami sekeluarga.
Kek ni sedap sangat....TQSM.

p/s:
n3 pendek saja sebab kesuntukan masa....huhuhuhu.....

About me