Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Disember 2014

Souvineer

2 malam lepas setiba di rumah dari tempat kerja,
 tiba-tiba Beby hulur 1 bungkusan pada ibu.
Beby : Ibu, Beby dah dapat gaji....ni untuk ibu...
Ibu : Terima kasih beby.....cantiknya.......

Emmmm...terharu sungguh ibu.
Walaupun pendapatan tak seberapa kerja part time sempena cuti Sem 
ni tapi Beby tak lupa bagi hadiah untuk ibu.
Mulalah ibu syahdu dan sedih....
Mujur tak ada drama peluk memeluk macam dalam TV tu.... 

Ini kainnya.
Cantikkan...warna pink.
Ibu doakan semoga Beby murah rezeki dan
dipermudahkan perjalanan hidup Beby.....
InsyaAllah
Amiin...

Angah pun pernah hadiahkan  kain macam ni berwarna biru kat ibu
semasa dapat elaun  pertama masa belajar asasi dulu.....
Baju yang ibu pakai hadiah dari Angah..
Tempat feveret MD bershopping....mana lagi kalau bukan Jalan TAR....he3x....
(*sorry ye laling.....akak joke je...)
Jenis kain dan corak yang sama macam yang Beby bagi cuma berbeza warna.
*Cecuba cari sendiri yang mana ibu.....

Along lebih  suka belanja ibu makan, beli jajan...maklumlah Along
pemakan orangnya....he3x....

Terima kasih anak-anak ibu.
Walaupun masih belajar mereka dah mula menghargai ibu.
Semoga Allah sentiasa lindungi anak-anak ibu dengan
rahmat dan kasih sayang.......Amiin.

6 Disember 2014

Selamat Kembali Farouk

Baby Boy ibu dah kembali..
Ehhh....macam la Baby boy ibu dok obesi.....over la ibu ni.
Sapa tak rindu anak kanzzzz.....

Bermula 21.11.2014 hingga 5.12.14 Farouk mengikuti
KSQ (Kem Smart Quran) 
di sebuah madrasah.
Dalam ber KSQ sempat jugak
ibu dan ayah pergi kidnap Farouk 4hari 4malam bawa pergi bercuti.
Suka suki je kami ni buat macam program sendiri.
Rasa rugi sangat-sangat tapi ibu/ayah tak sampai hati nak tinggalkan Farouk.

Macam biasa ibu menghitung hari  untuk bertemu si bujang.
Pernah ibu pergi intai-intai Farouk 2x di sana pada suatu petang.
Akhirnya ayah dapat menghidu perilaku ibu...
Ingatkan ayah nak warning ibu, rupanya ayah pulak sibuk selidik apa yang
Farouk sedang lakukan masa ibu curi-curi ke sana...
Walah.....ibu tahu ayah pun amat rindukan Farouk.....

Petang semalam diadakan majlis penutup.
Sejak pagi mata ibu asyik melihat jam.
Ayah pun sama...sejak malam tadi sibuk pujuk Naurah ikut serta....

Pukul 2 Ayah dan bersiap...ha3x....
Exitednya mengalahkan ibu..
Majlis penutup diiringi dengan persembahan anak-anak di sini.
Peserta terdiri daripada pelajar berusia 9-16 tahun.
Sejuk hati melihat anak-anak disini....

Majlis penyampaian hadiah.
Farouk juga mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Laungan Azan bawah 12 tahun......
Alhamdulillah banyak ilmu akhirat yang Farouk dapat di sini.
Ilmu yang ibu dan ayah tak mampu berikan sebaik ustaz/ustazah di sini berikan.
Menghafal surah2, Qiamulai, bacaan rawi/Qasiddah., menghafal ayat2 suci..
belajar tajwid, tarannum, belajar fardu ain dan kifayyah.....bla,bla,bla....


Hadiah, sijil dan rekod yang Farouk dapat.........
Bayaran yang dikenakan RM330 selama 2 minggu rasanya tak ternilai
dengan ilmu-ilmu yang diberi......
Syukur Alhamdulillah.....semoga anak-anak ibu seimbang
ilmu dunia dan akhirat....InsyaAllah.....

Farouk ada tulis sepucuk surat cinta untuk ibu/ayah (petikannya):


Punyalah berterabur ayat BM dan BI tapi ianya cukup buat ibu
rasa sayu hati......walah.....mulalah ibu nak berdrama airmata.

Petangnya dah tertonggeng-tonggeng layan gajet yang ditinggalkan
selama 2 minggu.....
Kejap meniarap......

Kejap dudukkkkk........
Lepas tu berhenti kejap bila Azan Maghrib berkumandang...
Bekejar ke surau untuk solat dan sambung balik....alahai..anak.

Selingan :
Ni himpunan gambar Tahun 2013 semasa tahun pertama Farouk
dihantar ke KSQ.
Baru je ibu dapat koleksi gambar-gambar ni dari FB Madrasah tu..
Yang terkini belum ada lagi......
Takpelah...tepek2 yang ni  dulu sebagai  kenangan.
Rasanya aktiviti pn lebih kurang sama.
 Riadah sebelah petang.
Ibu tengok  pelbagai acara dan permainan dijalankan.
Nampak sangat seronok.....

 Ini entah aktiviti apa.....masing-masing basah dan pastu main baling-baling kain pelikat....

Ni santai-santai dengan kawan-kawan...
Ceria je muka masing-masing.....

 Masa untuk belajarrrrr....


Bergambar bersama peserta lelaki...
Setiap sesi dalam 30orang .

p/s:
Jap lagi nak ke Melaka pulak...adeh....
Malam ni dah nak terbang cuti2.....belum packing pun lagi.

5 Disember 2014

Projek Cuci-cuci

Ni bukan projek cuci kain baju ye...tapi projek cuci gambar.
Kalau kain baju setiap hari memang kena basuh....

Rasanya dah agak lama ibu tak cuci gambar.
Makin hari gambar-gambar tu bersepah-sepah dalam drop-box, folder, lappy,
dalam tab, handphone...bla..bla..bla...
Lama-lama hilang begitu saja kenangan-kenangan yang dirakam setiap waktu....

Kebetulan dapatlah sikit  rezeki daripada"nuffnang" hari tu.
Ciput je tapi cukup-cukup makan la untuk projek juta-juta ibu nie.
Dah lama jugak duit tu ibu perap dalam akaun bank.
Baru terdetik hati nak cash out.
Duit itulah ibu guna untuk cuci gambar-gambar ni.
Ada jugak niat nak buat photo-book macam yang ibu dah buat tapi
rasa macam tak puas pulak sebab terkadag  bila datang kerajinan,
 gambar-gambar tu ibu masuk dalam frame.....

Minggu lepas ibu cuci dalam 100+ keping.
Dalam RM62 je pun.....
Kiranya masih murahlah kos mencuci gambar ni cuma
terkadang tak sempat je.
Moga-moga lepas ni ibu rajinlah nak cuci gambar-gambar tu.
Emmmmm...boleh caya ke ni....
Penyakit  hangat-hangat tahi ayam.
Dan sekarang ibu makin rajin intai2 duit tabungan kat "nuffnang" tu.

p/s:
Takde mood pulak nak packing untuk sesi cuti2 versi ke 2...
Versi pertama di SINI dan SINI

About me