Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 November 2014

Farouk Mencari Ilmu Akhirat

Hari ini masuk 3 hari Farouk tiada disisi ibu.
Bermula 22.11.2014 hingga 6.12.2014 Farouk mendalami ilmu akhirat
di Kem Smart Quran (KSQ).
Tahun ke 2 Farouk dihantar selama 2 minggu di Madrasah Raudatul Muttaqin.
(Tahun 1 klik SINI)



Hati ibu mana tak sedih....bohonglah kalau ibu kata tak rindu pada jejaka terhangat ibu.
Kami jarang berpisah.....Farouk sentiasa setia disisi ibu.
Hari pertama baru 1 jam dia di sana ibu dah tak tentu arah.
Hari ke 3 jiwa ibu gundah gulana.
Ibu menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti...
Kelmarin ibu melawat ke tempat Along dan Angah...semalam ibu berdating dengan ayah,
hari ni je ibu dah kepenatan walaupun pagi2 ayah dah sibuk ajak berdating lagi.
Terbayang-bayang  Farouk memeluk ibu..mencium pipi ibu....
membelai kaki ibu (katanya nak cari syurga ditapak kaki ibu....he3x.....).

Ibu kuatkan hati...ibu perlu berkorban seketika.
Biarlah Farouk mendekatkan diri pada Allah.
Ibu dan Ayah ingin melihat Farouk menjadi anak yang soleh....
anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Satu-satunya waris lelaki dalam keluarga kami.
Dan semoga Farouk bakal mengantikan atok-atok ibu
yang bergelar ulamak  dan abah ibu yang bergelar tok guru......InsyaAllah....

Good luck Farouk.
Timbalah sebanyak mungkin ilmu akhirat di sana.
Kejarlah taman syurga disana .......

Ilmu yang tak mampu ibu dan ayah berikan sebaik ustaz dan ustazah
yang lebih pakar di sana.
Basahilah bibir Farouk dengan khalimah2 Allah.......InsyaAllah.
Hanya ilmu agama mampu menerangi alam kita di sana nanti......

Sesungguhnya saat ini ibu terlalu rindukan Farouk......

24 November 2014

Kerana RIndu

Hujung minggu dihabiskan dengan mengukur lebuh raya Utara-Selatan...
keluar masuk tol demi mengubat kerinduan pada anak-anak.
Bermula perjalanan dari BG ke Melaka.
Keluar tol di Ayer Keruh...
Jemput Along di kolej kediaman UTeM....
Keluar semula ke lebuh raya.....
Meneruskan perjalanan ke UiTM Seremban.

Menghala ke destinasi....
Mungkin 2-3tahun ni , ibu akan mengukur jalan ke sini
dan juga Kuantan.....

Tiba di sini sudah petang..

Mujurlah Along dan Angah belajar di IPTA yang jalannya sehala.
Cuma Beby seorang menghala ke Pantai Timur....

Walaupun penat namum segalanya akan hilang bila melihat wajah 
anak-anak di depan mata........

 Wajah riang-ria 3Farah bila dapat bersama.
Dalam kereta pun cukuplah mereka melepaskan rindu.

Siblling merangkap BFF 

Kami tumpang solat di kolej kediaman Angah.
Cepat sungguh masa beredar.
Ibu terpaksa meninggalkan Angah...
Nasib baik kali ini Angah tidak ber"drama" airmata.....

Meneruskan semula perjalanan memasuki lebuhraya.
Hari semakin gelap...jalan sesak dan tiba-tiba hujan turun
dengan lebatnya berserta angin kencang...
Memang menghalang pandangan.
Semua kereta menyalakan lampu kecemasan dan bergerak dalam 40km/j....
Apapun kami meredah juga hujan.....

Terus melencong keluar semua ke plazza tol AyerKeroh
untuk pulangkan Along semula.

Meneruskan perjalanan ke Selatan dengan hujan yang lebat.
Jalan yang sesak teruk..bertambah sesak dengan adanya kemalangan
di jalan sebelah menghala ke Melaka...
Sebuah bas terbalik melintang jalan.
Kalau tak silap ibu lebih kurang 40km jalan jem.

Tiba di rumah dah lewat malam........
Rumah kembali sepi tanpa mereka.......




22 November 2014

100 Hari Berlalu

13.8.2014 suatu tarikh hitam yang tidak mungkin ibu lupakan 
sepanjang hayat walaupun ibu ingin sekali memadam memori pahit itu.
Tarikh ibu kehilangan seorang yang amat rapat dalam hidup ini.
Seorang yang sering jadi pendengar yang setia,
Seorang kakak yang amat penyayang.
Seorang rakan yang sering jadi penasihat dan pengkritik.
Seorang yang menjadi sumber kekuatan.
Seorang yang amat disayangi oleh 5f selain ibu.

Makin hari jiwa ini makin sarat menanggung rindu.
Dada ini rasa terhimpit.
Jiwa ini terasa amat kosong.
Hati ini melontar-lontar resah.
Lebih terasa bila cuti sekolah bermula.
Saat yang sering ibu, arwah kak long dan atie tunggu-tunggu
untuk berkumpul dan berkongsi cerita.....
Bagaimana cuti kali ini perlu ibu hadapi tanpa kak long disisi.
Bagaimana perlu ibu kuatkan hati bila melihat bilik tidur khusus untuk
kaklong kosong tanpa penghuni.......

Ya Allah...jika diri ini diberi peluang seketika..
Ingin sekali ibu berjumpa  kak long....
Ingin rasanya ibu memeluk kak long erat2...
Ingin rasanya ibu mencium pipi kak long.
Ingin rasanya ibu luahkan kerinduan ini.
Masih terasa sejuknya pipi kaklong disaat akhir ibu
mengucup dahi dan pipinya di bilik mayat tempohari....
Kaku dan bisu...

Malam tadi kak long hadir dalam mimpi-mimpi ibu.

Gambar kenangan birthday kak long.
Seperti biasa arwah abang long buat kejutan pada isteri tercintanya.
Pasangan bahagia yang banyak persamaan dan akhirnya mereka sama2 bersemadi...
Disaat akhir mereka tidak sempat meraikan ulang tahun perkahwinan.
Sebuah bungkusan hadiah daripada Abg long buat Kak long sudah
siap sedia di atas sudut meja.
Berjurai airmata ibu membaca catatan kasih daripada Abg Long buat kak long....

Ya Allah....tempatkan kedua-dua insan yang 
terlalu istimewa ini dikalangan orang-orang beriman.
Bukan hanya ibu yang terasa kehilangan ini malah 5f turut terasa 
kesedihan dan kerinduan yang teramat sangat di atas kehilangan insan
yang amat istimewa dalam hidup kami.....
Damailah kalian bersemadi disana........

Al-Fatihah.....

About me