Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 November 2014

Doakan Kebahagiaan Kami-22th

Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kami.
7.11.1992-7.11.2014
Satu jangkamasa yang lama tapi ibu rasa macam baru semalam bergelar isteri.
Bergelar isteri diawal usia 20an.
Masih hingusan dan bergelar pelajar.
Perbezaan usia yang agak jauh memberi seribu rahmat buat diri ibu.

Terima kasih Abang, 
Kerana menerima diri ini seadanya.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan tanpa mengeluh.
Memberi sepenuh kepercayaan tanpa prangsangka.
Menyayangi diri ini tanpa sempadan.

Terima kasih Abang,
Kerana menghadiahkan 5 orang permata yang sangat berharga.
Kerana  bertindak sebagai seorang suami dan abang yang amat sempurna.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat sporting, penyabar dan penyayang.
Mendidik diri ini menjadi seorang yang sabar, tabah, berdikari dan matang.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat toleransi.

Terima kasih Abang,
Kerana sentiasa melindungi diri ini,
Merawat diri ini ketika sakit,
Menyapu airmata ini ketika menangis kesedihan,
Menjadi pendengar yang setia ketika dada ini penuh dengan permasalahan.

Semakin hari diri ini semakin kagum :
Dengan sifat penyabar, bertimbang rasa, memahami dan cool.
Dengan keteguhan mendekatkan serta menghambakan diri kepada Allah tanpa kenal erti penat dan jemu.
Dengan kekentalan, kuat bekerja @wokerholic dan sanggup berkorban demi masyarakat sekeliling.
Dengan sifat rendah diri, tabah dan sabar.

Ya Allah,
Siramilah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Kuatkan lah iman kami dalam menghadapi ujianMu,
Jadikan daku seorang isteri yang solehah..yang mampu menyejukkan mata dan hati suamiku,
Jadikan daku seorang ibu yang penyayang dan terbaik untuk anak-anak,
Jadikan anak-anak kami insan yang soleh dan solehah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Amiin....

Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami.
Terlalu banyak keindahan yang Kau berikan buat kami.
Terima Kasih Abang di atas segala-galanya.......

* Maaf entri tanpa gambar.
Maklumlah gambar perkahwinan kami masa tu ibu tak bertudung.
Gambar-gambar itu hanya untuk tatapan peribadikami sekeluarga sahaja.

6 November 2014

Angah dan Perkhemahan

30-31Okt hingga 1hb November 2014 Angah and the geng ber"camping" 
di Gunung Datuk, Rembau anjuran UiTM.
UiTM tempat Angah belajar ni memang aktif dengan pelbagai aktiviti luar.
Baguskan....

Angah ni banyak juga mewarisi perangai ibu.
Kalau nak lakukan sesuatu memang tak boleh bertangguh.
Jawabnya tak senang duduk dibuatnya.....
Habis di contactnya kaum kerabat...
Nak packing pun minta pandangan dari Along.....Adeh
Tapi bila ibu perhatikan Angah lebih "over" daripada ibu..muhaha...
Awal-awal dah sibuk nak prepare.....
Hari-hari w.apps cerita dan tanya itu..ini..begitu...begini...
Comelkan......he3x...

Gambar-gambar kat bawah ni Angah w.apps so ibu tak boleh
nak cerita lebih-lebih sebab tak banyak laporan detail yang ibu
terima tentang aktiviti tetapi setiap masa
ibu terima call, sms dan w.apps dari Angah
tentang keadaan dia dalam hutan....
Lagipun balik aje camping Angah
sibuk dengan exam....

Antara laporan yang Angah sampaikan :
Angah dah mandi..angah dah makan...angah baru habis hiking...Angah ok...
Angah itu..Angah ini.....bla.bla.bla...
Boleh dikatakan setiap masa dan ketika ibu akan terima berita
daripada Angah nun di dalam hutan bergunung ganang.....
Beruntungkan anak-anak sekarang.
Duduk jauh dalam hutan pun masih boleh berhubung dengan family.
Ada kala ada line tenet boleh
berwassap bagai...
Kalau zaman  ibu jawabnya kena tangkap burung merpati la untuk tolong
poskan surat-surat dari sana......

Meh tengok gambar yang ibu terima dalam w.apps dan insta :

Budak yang skema dan ayu terpaksa ber'camping' 3 hari 2 malam di hutan...
4Farahs ni dalam katagori "ayu" dan tak lasak.....syyyhhhh!!!! macam ibu dia jugak....
So nak pergi ber'camping' tu merupakan sesuatu yang amat merisaukan....
Kalau boleh nak usung tilam, bantal, teddy bear dan macam2 khazanah ala-ala
pergi bercuti kat hotel.
Nampak tak Angah termenung mengenakan nasib yang bakal dilalui......ha3x.

Sempat selfie dengan best friend dia sejak di Asasi lagi....

Inilah group yang akan menimba pengalaman baru......



Inilah keadaan persekitarannya di sana.
Nampak macam best jekan....
Pelbagai aktiviti lasak yang dijalankan untuk menguji ketahanan diri.

                                                      Ni yang ibu kidnap dalam insta Angah.

Itu saja kisah Angah.
Ibu kena tunggu Angah balik untuk dengar kisah lebih detail.
Balik camping Angah hadapi exam seterusnya.
Moga anak-anak ibu kuat lalui semua cabaran ini....
Gud luck untuk Along, Angah dan beby...
Moga terus cemerlang dalam pelajaran dan segala aktiviti di sana....Amiin.


4 November 2014

Farouk dan Final Exam

Minggu lepas dan minggu ni 3Farahs masih sibuk dengan mid-sem exam.
Saban hari bertalu-talu w.apps ibu mohon doakan kecemerlangan mereka bertiga.
Farouk pun sibuk jugak dengan exam.
Sibuk la sangatkan....

Kebetulan Farouk duduki final exam serentak untuk SK dan SAgama.
Pagi petang la dia duduki exam....
Macam biasa Farouk releks saja.
Langsung tak risau...tak stress...tak kisah dan pelbagai "tak" yang dia miliki....

Seolah-olah ibu yang nak exam.
Suruh buka buku banyak pulak songelnya....
Kononnya nak belajar secara on9.
Hish3x...ibu memang agak sukar nak caya  auta mamat sorang nie....
Tengok.....Generasi Y la kononnya.
Alasan nak buat revision secara on9.
Si Ayah siap gorengkan "roti puri"  letak sebelah bujang kesayangannya tu.
Si ayah siap tanya nak cicah apa? Nak air ke tak?....hai macam bos besar.

Ibu memang takcaya mamat ni 100%.
Bila ibu leka melayan fb, blog, insta n twitter.....dia pun mula la melencong ke lain...
Sabar jelah ibu dengan si Farouk sorang nie......

Seawal pagi Farouk akan solat berjemaah di surau.
Balik surau boleh pulak dia layan tab....
Maunya si ibu tak hangin...

Bila suruh buka buku banyak la aktiviti sampingannya.....nak buat air la....nak sarapan la....
buka tutup peti ais la.....adeh.....nasib baik ibu ni masih bersabar dan simpan suara
di awal pagi....

Bila kakak Naurah bersuara :
Ibu kakak dah dapat markah...bla..bla..bla
 ( ibu pun tak ingat subjek apa yang Naurah cakap sebab sedang bersilat kat dapur..).
Alhamdulillah ibu,setakat yg dapat semua kakak dapat A dan ada yang 
kakak dapat markah paling tinggi dalam kelas.....

Sejuk hati ibu yang sedang panas.
 Dan selamber je muka Farouk jeling-jeling....
Emmmmmm...Farouk, bila nak jadi macam kakak2 tu??????

About me