Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Februari 2014

Pulangkan Along

Hampir 2 bulan Along cuti Sem dan tibalah masanya untuk ibu pulangkan
Along semula ke Utem.
Sedih tidak mampu digambarkan maklumlah sepanjang cuti Along sentiasa di sisi ibu.
Sepanjang cuti sempatlah Along di bawa bercuti ke 
Universal Studio Singapore (SINI, SINI dan SINI ), Teluk Cempedak dan Kelantan.
Sekejap je masa berlalu.

Kami melalui lebuh raya yang baru dibuka awal Februari.
Perjalanan makin cepat , lebih kurang 35 minit kami dah sampai di Utem.
Bayaran tol adalah RM5.40.

Setibanya di sana Along terus daftar untuk masuk asrama.
Masih dapat bilik dan roomate yang sama...

Bilik Along di ground floor.

Selesai mengemas serba sedikit di bilik kami singgah sini sekejap.
Tengok tu Farouk pun dah terikut berselfie.....aduyai.
Yang sadisnya, OTW balik skrin tab farouk pecah..
Kesian ibu tengok bila airmata Farouk berjurai dalam senyap.
Dia sibuk dok mengelap airmata....huhuhu....

Posing kejap.

Singgah isi perut dan shopping-shooping di Mydin..
Selesai urusan disini, terus hantar Along balik semula ke u.
Mulalah Along berdrama airmata..
Itulah Along....Manja mengalahkan adik-adik....
Ibu pun sedih sebenarnya.
Sunyi rumah tanpa Along.
Kalau along ada meriah rumah dengan suara ketawa dan usikannya....huhuhu.....
 

16 Februari 2014

Pelbagai Resepi Jantung Pisang

Ayah paling suka beli jantung pisang.
Pantang jumpa mesti beli.
pelbagai resepi ibu dah cuba...
dari celur, masak lemak cekur, lemak putih, kerabu dan goreng.
JOm kita jengah resepi.....

A. Goreng Jantung Pisang
Goreng simple je.

Jantung tu rebus seketika dan toskan.
Pastu potong nipis-nipis.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili.
Kalau ada fish cake ke...fish ball ke, campak jelah dalam tu.
Masukkan garam dan perasa.
Gaul sebati dan siap untuk dimakan bersama nasi panas.

B. Kerabu Jantung Pisang
Sedap juga dimakan dengan nasi atau
diratah begitu saja.


Bahan:
 Jantung pisang (rebus dan dipotong melintang nipis2)
1/2 biji kelapa parut (disangai hingga perang )
1biji bawang besar
1 ekor ikan kembung dibakar/panggang
cili padi dipotong nipis-nipis
1/2 sudu serbuk lada hitam
Asam limau
garam

Cara2
1. Tumbuk bawang + kelapa + isi ikan 
2. Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung.
3. Masukkan cili padi + serbuk lada hitam + perah asam limau + garam.
4. Gaul sebati dan siap untuk dimakan.

C. Masak Lemak Cekur Jantung Pisang
Resepi ni dari MIL ibu.
Ibu suka sangat terutama kalau MIL yang masak....hehehe....

Bahan:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cekur
4 biji cili padi ( kalau suka pedah boleh lebihkan )
*ditumbuk/kisar bersama

Jantung pisang ( dicelur sebiji hingga empuk)
Minyak masak
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping.

Cara:
Panaskan minyak.
TUmis bahan kisar hingga naik bau.
Masukan santan, asam keping dan perasa.
Masukan jantung pisang yang telah dibelah dua.
Sentiasa dikacau agar tak pecah minyak.
*kalau ada daun cekur bolehlah dihiris nipis-nipis dan masukan
ke dalam kuah nie.....bertambah sedap rasanya.

Ada beberapa lagi resepi yang biasa kita masak
jantung pisang.
Kalau ada resepi yang best, share dengan ibu ye.

p/s:
Kalau nak jantung pisang tu lembut masa merebus,pastikan masukkan secubit garam
dan masukkan air secukupnya.
Jantung pisang tu jangan dipotong dulu dan rebus sebiji.
Tutup periuk dan pastikan dimasak hingga lembut.
Bila masak barulah dipotong.

14 Februari 2014

Pencarian TOKOH NILAM Daerah.

Minggu ni kesibukan ibu berganda.
Dimulakan dengan Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah.
Menerima surat perlantikan hakim Tokoh NILAM Daerah.
Perlu menghadiri bengkel pemilihan dan persediaan
sebelum acara gilang gemilang berlangsung  minggu depan.

Seawal pagi ibu dah bertolak ke BPasir.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 40-50 minit.
Tersesat memasuki lorong akibat keliru dengan alamat yang diberi.
Akhirnya sampai juga ke destinasi.

 Pegawai Teknologi Maklumat dan GPM diberi ucapan
alu-aluan oleh YB...

 Taklimat yang seterusnya.....

Menjalankan tugas masing-masing dengan tekun tapi santai.
Kami antara 20 orang hakim yang dilantik bagi memikul amanah dan tanggung jawab
dihari kemuncak nanti.

Ibu berada diloteng atas manakala rakan-rakan lain mencari sudut yang selesa untuk
 menjalankan tugasan masing-masing......

Lebih kurang 2.30 petang tugasan kami selesai.
Minggu depan ibu dan rakan-rakan yang dilantik
akan berkampung selama 2 hari di Pagoh bersama bahan-bahan
yang telah kami settlekan hari ini.....



About me