Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Jun 2013

Selamat Hari Tua.

Hari ni birthday ibu bersamaan dengan Nisfu Syaaban.
Kalau orang lain exited nak sambut birthday tapi tidak lagi bagi ibu malah
setiap tahun bila hari ini menjelma ibu akan berasa semakin tua...walah.....
Maklumlah umur ibu dah berganjak 4 series.....huhuhu.....

Kek suprise yang ibu terima 2 hari sebelum menjelang birthday.
Kek coklat yang sedap sangat-sangat.
Hadiah daripada kenalan ayah dan juga 'daddy' angkat 5F yang berbangsa Cina.
TQSM Sir Lee Cheng Kin yang begitu perihatin pada family kami semua.
Segala jasa-jasa Sir tetap terpahat di hati.
Pra birthday pun ayah dah bawa ibu bershopping sampai lebam di KL.

Terima kasih juga buat family, rakan2 FB yang wish ibu pada hari ini.
Doa dan harapan ibu tiada lain selain inginkan kebahagiaan kami terus berkekalan
hingga ke jannah.
Ingin menyaksikan kejayaan 5F di dalam pelajaran dan hidup mereka..
Semoga 5F menghadiahkan ibu kejayaan dan jadi anak2 yang cemerlang dunia dan akhirat.
Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus diberi kekuatan
untuk melakukan kebaikan serta dikuatkan iman untuk beribadat kepada Allah.....amin....

23 Jun 2013

Jerebu di Muar/Ledang..Sekolah Bercuti.

 Pagi Ahad, indeks bacaan di daerah Muar dah mencapai 746+ pada pukul 7 pagi.
Tahap melebihi bahaya.
Hati ibu bertambah risau sebab di dalam rumah ibu ada 3 orang pengidap asma.

Keadaan ibu pagi ini pun dah tak stabil.
Kepala sakit, mata jadi double vision, mual, rasa sempit salur pernafasan dan gatal-gatal..

Akhirnya Daerah Muar diistiharkan darurat.
Penduduk digalakkan berkurung dikediaman masing-masing.

Makluman yang ibu dapat daripada PPD Muar tengahari tadi....
Esok semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah Daerah Muar/Ledang
dicutikan atau dalam istilah ditangguhkan segala aktiviti berkaitan.

Gambar yang ibu snap OTW ke Tangkak pada pukul 3 petang tadi.
Sama-sama kita doakan moga keadaan ini cepat berlalu.....

22 Jun 2013

Sepetang di Kuantan

Hari Khamis balik sekolah  tiba-tiba hati berdetik nak jumpa Angah.
Semua gara-gara terima sms daripada Angah.
Tanpa berlengah kami bertolak ke sana jam 3 petang.
Perjalanan memakan masa 3 jam lebih yang amat memenatkan setelah seharian
di sekolah......

 Tiba di Kuantan dah menjelang senja....

 Kesesakan masih dikemuncak....

Hari berbunga riang bila GPS berbunyi "tiba di destinasi...."

 Asrama @ apartman penginapan Angah,....

 Wajah gembira dan ceria Angah setelah 3 minggu tidak bersua Along...

Sebelum bertolak balik ke Muar, kami singgah kat Parkson dulu.
JJCM kat Sushi King.
2 orang budak Melayu peminat sushi.

Kami order ini.....

dan ini....

dan ini.......

Angah yang nampak makin susut....

Along....

Juga sempat beli Big Apple Donut sebelum bertolak balik Muar....

Kami tiba rumah pada pukul 12.40 pagi.....
Esoknya pergi  sekolah dengan mata dah macam panda.......


About me