Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 April 2013

Terima Kasih Angah...

Maaf ye sebab kebelakangan ni ibu dah makin kurang bw dan
update blog pun tak semeriah dulu.
Kengkang masa membataskan niat ibu untuk jadikan blog ini sebagai catatan dairy harian...huhuhu...

Hari ini pun n3 ringkas.
2 hari lepas ibu terima call daripada kaunselor sekolah angah.
Jemputan untuk terima anugerah cemerlang SPM bagi kali ke 2.
Majlis pertama KLIK SINI.

Pada Hari Anugerah yang pertama Angah menerima sijil penghargaan dan piala 
tapi kali ini Angah dapat wang dan cenderahati berupa jam.
Tak perlulah ibu catatkan berapa nilai wang yang angah dapat..
"Rahsia biarlah rashia"...cewah!!! macam la banyak sangatkan....
Tapi tetap bersyukur kerana itu adalah rezeki buat angah.

Pada majlis ini pelajar cemerlang juga diminta untuk memberi ucapan
sebagai motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM 2013.
Hati ibu terus berdegup kencang lagi kerana tahun ini giliran Beby pula
menduduki SPM.
Terima kasih Angah kerana hadiahkan ibu kecemerlangan....

Moga Beby juga menghadiahkan ibu kecemerlangan seperti Along dan Angah
beri pada ibu dan ayah...InsyaAllah (risau sangat2...huhuhu...)

p/s:
Minggu depan kesibukan makin ketara kerana sekolah ibu
akan dikunjungi "orang2 atasan".
Harap agar jangan nak korek mencari kesalahan je tapi moga kedatang membawa
seribu ilmu untuk dikongsi bersama.........

3 April 2013

MasyaAllah.....Sabar jelah....

2 hari ibu menyepi untuk mencari ruang pada diri untuk terus tabah dan kuat.
Ibu tahu Allah sentiasa bersama disaat kita kesedihan dan sukar......
Alhamdulillah, Allah beri ibu seribu kekuatan untuk lalui semua itu.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas doa-doa kalian
untuk Adik Yu.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua...InsyaAllah.
TQSM semua....

N3 ni dah lama juga ibu perap.
Hari ini baru berkesempatan untuk edit sedikit sebanyak.
Kisah kehidupan seharian ibu yang bergelar pendidik di sekolah rendah.
Mengajar anak-anak kecil perlu banyak kesabaran.
Terkadang ibu perlu banyak beristifar dan jadi seorang yang penyabar...

Selain mengajar Matematik ibu juga merupakan Pengerusi Panitia Seni
sejak dulu kini dan mungkin untuk selamanya.
Subjek yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ribena nie ialah DSV(Dunia Seni Visual)
dulu dikenali dengan Pendidikan Seni Lukis.
Saat inilah mereka release tension walaupun saat ini terkadang si cikgu jadi
amat-amat tension melayan kerenah anak-anak kecil nie.

Ingat ye cikgu kalau cikgu mengajar DSV cikgu kena banyak sabar, 
cikgu tak boleh marah-marah,
cikgu kena sentiasa sabar.,
cikgu kena sentiasa senyum,
cikgu biarkan mereka bebas meneroka alam,
cikgu kena jadikan mereka seorang yang kreatif dan inovatif....
*Pesanan daripada JU ( jurulatih utama)..

So masa subjek DSV ibu akan bertukar menjadi seorang cikgu yang palingggggg baik,
ibu jadi cikgu yang paling ayuuuuuu, 
penuh kesopanan dan kesusilaan ( rukun negara ke 5 tuuuu....),
ibu jadi seorang cikgu yang "sabar" ditahap "maksimum".....
Dan ibu perlu jadi tukang cuci, tukang sapu, tukang lap, "orang gaji" yang paling rajin...
Percaya tak??????
Ibu pun tak percaya walaupun ianya adalah realiti dan bukannya fantasi....hehehe....
Silalah percaya!!!!!!

Di akhir PdP (dulu dikenali sebagai PnP) bilik seni seolah-olah dilanda ribut taufan.
Di sana-sini bertepek dengan 'water colour'...berus dan bekas air bersepah sana sini.
Surat khabar yang mereka gunakan sebagai pelapik dah jadi macam "budu"......
Yang paling syok, kanak-kanak ribena ni bersuka riang keluar/masuk bilik seni
untuk jemur hasil "seni" yang indah dimata mereka juga "indah" dimata cikgunya nie.
Baju basahan yang mereka pakai dah tak ada rupa.
Penuh dengan "water colour" sana sini.
Setengah tu sengaja main renjis-renjis berus kat baju dan tudung...
Aduyai....
Silap-silap cikgu yang akan dipersalahkan oleh ibu bapa kerana
tak "peka" mengawal mereka.

Bila cikgunya bagi arahan berkemas masing-masing menjawab serentak:
"Alah Cikgu...Kejapnya masa DSV...."!!!!!!!!!
Aduyai...terduduk kepenatan si cikgu selepas selesai kelas.
Adalah beberapa orang membantu dengan mengambil kesempatan melengah-lengahkan
masa untuk masuk ke kelas seterusnya........

Mereka mengajar ibu erti sabarrrrrrrrrr............

1 April 2013

Mohon Doa Dari Kalian....

Ibu terpanggil untuk membuat n3 untuk adik kesayangan ibu di seberang lautan.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang telah dilalui oleh adik Yu.
Adik Yu merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universiti perubatannya.
Adik Yu tiada masalah dalam pelajaran kerana setiap kali dia duduki peperiksaan
dia sentiasa hadiahkan kami dengan khabar gembira.
Sekarang adik Yu berada ditahun akhir dan InsyaAllah tidak berapa lama
lagi akan bergelar doktor.....

Cuma adik Yu sering diuji dengan masalah kesihatan dan masalah sampingan.
Saat ini keadaan kesihatannya banyak menganggu kehidupan sehari-harinya.
Hati seorang kakak, sering resah, sedih, sayu, gelisah dan perit bila memikirkan
keadaan adik Yu yang jauh beribu batu.

Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain berdoa dan berdoa.
Kalau diikutkan hati ingin ibu terbang ke sana untuk bersama-samanya.
Terlalu berat ujian dan dugaan yang adik Yu perlu harungi.
Allah menguji kerana Allah tahu dia mampu hadapi semua itu.
Tapi terkadang dia tewas juga bila hidup sendirian diperantauan.


Cuma satu permintaan ibu.
Mohon sama-sama berdoa secara tulus dan ikhlas buat adik Yu.
Semoga sedikit sebanyak doa-doa ini mampu mengurangkan penderitaan yang ditanggungnya.

Al-Fatihah untuk Muhammad Khairul Anuar B Abdullah
Ya Allah..Aku mohon padaMu,
Kau lindungilah Muhammad Khairul Anuar,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala perasaan hasad dengki,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari orang yang busuk hati,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala kesukaran, kesulitan dan kesusahan,
Kau sembuhkanlah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala penyakit yang ditanggungnya,
Kau permudahkanlah segala urusan Muhammad Khairul Anuar di sana,
Kau limpahilah kasih sayangMu kepada Muhammad Khairul Anuar.
Kau kuatkan hatinya, semangatnya dan ketabahannya melalui setiap ujian dariMu Ya Allah.
semoga Muhammad Khairul Anuar terus dikuatkan iman dan semangatnya.
Ya Allah........semoga Muhammad Khairul Anuar sentiasa dibawah limpahan kasih sayangMu.
Amin..amin..amin..Ya RabilAlamin....

p/s:
Tak dapat nak ibu luahkan bagaimana perasaan ibu saat ini...............


About me