Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Julai 2012

Ulang Tahun Meniarap...

 Hari Isnin lepas ibu terima hadiah hari lahir daripada pihak sekolah.
Dalam gurauan ibu cakap pada guru penolong kanan Hem (GPK):

Ibu : Cikgu, saya rasa hari ni adalah hari ulang tahun saya meniarap....
GPK : Kenapa  Z????
Ibu : Yelah, birthday saya 24.6.2012, saya diraikan pada 16.7.2012.
Bukan ke dah hampir 1 bulan berlalu..kan.kan...
Masa ni agaknya mama saya dah nak habis pantang dan saya
dah pandai meniarap.......
GPK : He.he.he.he....yelh Z...maaf ye sebab terlewat bagi cenderahati
Ibu : Xpe cikgu, saya gurau je.......

Sekadar gurauan di pagi Isnin.
Apapun ibu berterima kasih kepada pihak sekolah kerana meraikan murid-murid,
guru-guru dan staf setiap bulan kelahiran...

Ibu ( yang paling tinggiiiiiiiii...) , Kak Mas  dan murid-murid yang berkongsi bulan kelahiran
Bulan JUN.

Cenderahati yang ibu dapat, purse, tuala, dan kek lapis berperisa blueberry
 Kek tu telah selamat dikerjakan rakan-rakan semasa di sekolah...hehehe...
Sharing is caring....

Dan ini dari ayah.....

Juga dari ayah..di beli khas di P.Langkawi....
Yang ni paling ibu suka sebab ibu peminat kain batik.
Kalau di rumah ibu lebih selesa berkain batik tau....

 Bantal bucuk yang dihadiahkan oleh Naurah

dan sekeping kad yang sweet ciptaan Naurah sendiri....

15 Julai 2012

Kesian Along

Minggu lepas Along terlibat dalam perlawanan bola keranjang inter kolej.
Awal-awal ibu dah pesan pada along agar jangan terlalu aktif dalam sukan & permainan nie.
Maklum la Along ni bukan jenis yang lasak.

Menurut along dia terpilih dalam 2 permainan-bola jaring dan bola keranjang.
Sejak di sekolah rendah dulu pun along mewakili sekolah dalam pertandingan
bola baling dan bola jaring ke peringkat zon/daerah....

Akhirnya along akur dan memilih bola keranjang...
Cukuplah along pilih 1 jenis permainan untuk markah kokurikulumnya.
Lagipun along ada menyandang jawatan lain dalam kolej.

Hari Khamis ibu call along.
Katanya kaki along tercedera sikit.
Ibu ingatkan sedikit dan tidak serius.
Bila along hantar gambar ni kat FB ibu, terperanjat juga ibu tengok.
Boleh tahan juga kakinya tu berbalut.
Kaki along terseliuh dan mungkin retak semasa perlawanan.
Alahai, risaunya hati ibu.
Maklumlah along jauh di kolej dan tempat kuliah agak jauh dari
asrama...perlu mendaki anak-anak tangga yang berbukit-bukit tu....

Kaki along yang berbalut...Gambar yang along inbox kat FB ibu....
Ibu doakan agar along cepat sembuh....
Take care my dear dan jangan lupa minum susu agar cepat pulih...
Tak sabar ibu nak tunggu weekend nie.
Dah 1 bulan ibu tak jumpa along...hu.hu.hu....

Minggu Western Food.

1 minggu ni entah angin apa melanda.
Kami anak beranak dah jadi mat saleh.
Bukan anak En Saleh ye tetapi macam orang putih.
Sejak hari Rabu ibu dengan gigihnya masak spaggheti bersos tomato.
Sos tomato ayah beli yang dah siap dalam tin....
Sekadar panaskan dan tambah daging kisar.
Hari Khamis seawal 5 pagi dah bersilat kat dapur.
Kawan-kawan angah teringin nak makan makaroni bersos lada hitam.
 pula.

Makaroni bersos lada hitam buatan sendiri.....

 Di ganti pula dengan spaggeti...

Pagi ni bersarapan dengan spaggeti bersos tomato....

Malam kelmarin tiba-tiba teringin nak makan pizza.
Akibat BW dan terpandang pizza kat blog wahida.
Malamnya ibu siapkan dohnya.
Pagi-pagi sekadar siapkan intinya.....

Inilah pizzanya..Ibu masak 2 biji..Licin dikerjakan anak-anak...

Tengahari semalam pula ibu masak chicken chop untuk lunch.
Resepi klik sini...
Lagi pun ayah outstation selama 2 hari.
Anak-anak pun tak selera nak makan nasi so ibu masakan 
4F chicken chop.......

Jemput makan semua...
Tiba-tiba rindukan along....huhuhu....

About me