Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2012

MasyaAllah...Subhanallah

Jangan kata apa-apa SENYUM...
Hanya itu yang mampu ibu lakukan untuk memujuk hati nan lara...
Lara la sangat....tak de maknanya.
Sesekali ibu beristifar....

Puncanya :
Ibu terima panggilan atau dalam bahasa perubatan "on call" dari PKG:.
"Cikgu, petang esok ada interview Calon Tokoh NILAM 
peringkat Zon ke Daerah di PKG.......
CIkgu kena bawa calon untuk ditemuduga dalam BM/BI dan sesi mengarang BM/BI
bersama fail-fail sijil, 
buku folio yang telah siap dibinding, 
buku-buku rekod NILAM yang telah disahkan, 
buku rekod rakan pembaca, 
bla..bla..bla..bla....

Sejuk je telinga ibu mendengar arahan-arahan lemak merdu tu....
Dalam hati berkata...SABAR JELAH!!!!!!!!
Kenapalah begitu singkat tempoh masa dan makluman diberi.....

 1. Saksikan timbunan buku "rekod bacaan" yang perlu ibu tanda tangan dalam tempoh 1 hari.
Nasib baik ibu dibantu oleh Ina dan Kak Mas.
Thanks a lot my dear.......

Setelah siap kena jilid cantik-cantik.....
Kalau rajin lagi letaklah reben2 ye......
Seronok sangat-sangat...
Rasa macam nak patah jari mulus n gebuz ibu ni.......

 2. Terpaksa siapkan Folio murid yang lebih kurang 200 m/s dalam masa yang sama.
Kumpul dan buat salinan sijil-sijil penyertaan,
 result exam dariTahun 1-5, 
yang semuanya entah berapa ratus keping itu.....

Dan yang paling tragis GUru Penyelaras NILAM sudah pindah akhir tahun lepas.
2-3 minggu lepas masa ibu calling2, 
Cikgu Anis pun lupa dia letak folder untuk Tokoh NILAM di mana.
Dan Anis cadangkan ibu  rujuk Folio yang lepas aje dan taip semula.......hu.hu.hu......
Ibu segan nak calling2 lagi dan memahami keadaan Anis ditempat baru. 
Risau menganggu.
Nak kacau Guru Penyelaras NILAM baru pun tak sampai hati
sebab dia masih tak tahu apa2........
Redha jelah..........

Maka semalam dan hari ini mata dan jari ibu dah naik kematu 
mengadap dan menaip di PC.
Berkurung pagi-pagi buta di PSS, di Makmal Komputer, dan bergerak
ulang alik ke ofis......

Dan nasib baik Calon Tokoh NILAM
yang cikgu Anis pilih dan didik dari Tahun 1 adalah budak ini....????????

Farah Naurah Bt Mahmud
Pemilihan dan Markah Berdasarkan :
-bilangan buku yang telah di baca  dari darjah 1-5 sebanyak 1,666 buah.
-prestasi peperiksaan dari tahun 1-5 (Nombor 1).
-penglibatan dalam ko-kurikulum peringkat Sekolah, Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
(semuanya berserta sijil sebagai bukti)
-jawatan2 yang disandang dalam Badan Disiplin, persatuan,  unit beruniform, dan sukan (layak)

Dan nasib baik si Naurah amat teliti menyimpan semua
sijil-sijil penyertaan dari peringkat SK, Zon, Daerah, Negeri malah Kebangsaan.
Tak perlulah ibu mengejar budak ini untuk sediakan semua
dokumen sokongan itu......

Dan harapan ibu dan pihak sekolah agar Naurah dapat menjawab soalan-soalan
lisan (dalam BM/BI) dengan fasih dan lancar.
Dapat menulis karangan BM/BI dengan baik.
Dapat berdebat dengan calon-calon terpilih dengan lancar...
InsyaAllah.......

p/s:
Maaf ye kerana kesibukan yang melampau ibu tidak sempat nak BW.
Hu.hu.hu.hu.......

Ubi..ubi dan ubi...

Sejak dua menjak ni ibu tengok selera ayah pelik-pelik.
Kebelakangan ni ayah suka sangat 
minum jus karot + tomato + epal hijau + saleri + ........
2-3 hari ni pula asyik dok punggah ubi kayu.
Kelmari Ayah beli ubi kayu.
Semalam balik dari Putra Jaya Ayah beli tapai ubi.
Petang ni Ayah rebus lagi ubi kayu.....
Hairan ibu tengokkan.

Ibu cuba juga search kat google tentang khasiat ubi kayu ni.

Ubi kayu mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.

Salah satunya untuk membantu mengawal diabetis.
Ibu akui, keturunan ayah memang ada yang mengidap kencing manis.
Patutlah Ayah beria-ia jaga kesihatan.

 Tapai ubi yang Ayah beli semalam.
Banyak sangat-sangat....
ANak-anak bukan suka makan benda-benda macam nie.....

Dan petang ni Ayah rebus ubi kayu + cicah sambal godok.
Best juga layan makan ubi kayu rebus sambil layan tenet........

18 Januari 2012

Kakak Aiskrim.....

Hari ini lambat bersiaran.
Kesibukkan yang ditahap maksimum.
Pagi tadi terima lagi call dari PKG.
"Cikgu, Hari Jumaat ada interview calon NILAM..."
"Nanti cikgu bawakan murid bersama profail murid, rekod catatan, bla..bla..bla...."
Fuh!!!!..sabar jelah....

Hari ini nak cerita tentang Along yang sedang "Tanam Anggur"
kat rumah.
Lepas SPM Along duduk rumah + belajar kereta......

Kerja baru Along sekarang ni jadi "Kakak Aiskrim".
Kelakarkan bunyinya.
Sejak semalam Along gigih buat aiskrim.
Ibu ingatkan nak bagi adik-adik makan rupanya nak jual.
Bila ibu tanya, Along kata nak tambah pendapatan sementara tak buat apa-apa.
Tukang promosi aiskrim ialah Farouk dan Naurah.
Mereka akan dapat upah aiskrim jika ada kawan-kawan mereka beli.
Macam kejam je bunyinya...

Hari ni adalah kawan-kawan farouk datang beli aiskrim.
Kebetulan budak-budak tu mengaji al-quran di surau depan rumah ibu....
Aduhai kelakar lak tengok Along berlari keluar masuk melayan pelanggan kecil tu...

 Entah perisa apa warna hijau kuning.
Ibu pun belum rasa.
Kalau nak rasa kena beli.
1 batang 20sen..
He.he.he...Sabar jelah.,....

Sambil tu Along ambil upah photostat dan binding buku catatan PPIM ni.
Sebelum ni ibu hantar kedai je tetapi sementara ada si "pengangur" 
kat rumah ni ibu suruh Along uruskan.
Dari hantar kedai, proses menyusun dan binding semua Along buat.
Bila dikira semua kerja-kerja tu dapatlah upah dalam RM96.
Kerja tu selesai dalam setengah hari je......
Boleh la buat duit poket tu.
Biar dia belajar bukan senang nak dapat duit.....

About me