Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Ogos 2011

Air Katira-Puasa ke 8

Rasanya ramai juga yang tidak pernah dengar nama air katira ini.
Dan ada rakan bertanya tentang air katira.
Air katira ni setahu ibu berasal dari Johor.
Dan air katira biasanya banyak dijual dalam bulan Ramadhan.
Kalau pergi mana-mana PARAM kat Johor ni memang jumpalah air katira ni.


Bahan-bahan yang biasa dicampurkan ke dalam air katira
seperti  buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, kabung, cincau, jelly 
dan macam-macam lagi.
Ala-ala air lai chi kang (betul ke tu ejaannya???) cuma
warnanya berbeza dan dalam air katira ditambah perisa pandan dan susu sejat.
Banyak khasiat yang terkandung dalam air katira ini untuk
 memberi tenaga pada kita setelah seharian berpuasa.

Tetapi sekarang kalau beli kat PARAM yang ada dalam
air katira tu cuma biji selasih, cincau dan jelly aje.
Sebab tu Ayah lebih suka buat sendiri air katira setiap kali puasa
kerana Ayah memang teror buat air ini.
Tetapi sejak puasa kali ini, Ayah masih tidak berkesempatan
lagi untuk buat air katira untuk kami sekeluarga.
Alahai Ayah, bila agaknya Ayah nak buat air katira ni......????

Edisi Shopping Baju Raya-Puasa ke 7

Semalam baru terheggeh-heggeh nak pergi shopping baju raya anak-anak.
Kebetulan Ayah tengah free.
Seawal 9.00 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Muar.
Singgah beberapa buah  butik dan bazar.
Melayan kerenah anak-anak remaja yang semakin membesar.
Dan punya citarasa yang tersendiri.

Sekarang ni dah tidak ada lagi baju warna sedondong.
Tema kami ialah baju 'plain'.
Ayah dan Farouk masih serasi bersama.
Ibu dan 4 Farah masing beli baju ada bling2...
Ayah memilih baju Melayu berwarna oren untuk dirinya dan Farouk....

Si anak-anak dara tak nak kalah dengan ibu.
Bila ibu beli baju  bling-bling masing-masing nak juga.
Lawan tokeh betul budak-budak nie.
Ayoyo...
Si ayah jenis tak kisah.
Apa yang anak ambil, tidak dibantah.
Ibu pula yang banyak songel....hi.hi.hi...
Sayang rasanya kalau beli baju yang mahal-mahal
tetapi  lepas raya tersimpan je.
Yelah, mereka nak pakai baju tu kemana kerana
sejak dah besar mereka terkurung aje di rumah.
Lainlah ibu, baju-baju itu akan digunakan setiap masa
untuk bekerja.....
Alahai anak-anak....

 Sana sini pilih baju.
Yang tak tahan masing-masing dok tunjuk baju pilihan.
Harganya, mak aiii, semua yang mereka berkenan berharga RM100++.....
Mau tidak botak si ayah melayan kerenah anak-anak dara tu.
Kalau 2 pasang sorg RM100-Rm130 x 5 x 2 pasang= ?????
Itu baru 2 pasang.

 Bukan setakat shopping baju raya anak-anak dara ini,
ada je  aksesori sampingan yang mereka berkenan..
Alahai anak ibu.
Sudah nampak ciri-ciri macam si ibu.....


 Naurah pun tidak mahu kalah.
Bila kakak beli jubah moden, dia pun nak jubah moden juga.
kecik2 cili padi budak ini....
Baju-baju jubah moden tu boleh tahan mahal harganya
walaupun untuk saiz sebaya Naurah....


Dah-dah jom balik.
kalau lama-lama dengan budak-budak ni maka bertambah botaklah si ayah..
hu.hu.hu...

7 Ogos 2011

Alahai PARAM-Puasa ke 6

Semalam tiba-tiba rasa malas nak masak.
Ayah pula ada meeting kat KL.
Lagi pun stok lauk kat rumah dah tinggal ciput.
Biasanya Ayah yang selalu ke LYC untuk beli stok lauk.
Ibu sekadar masak apa sahaja lauk yang Ayah beli.

Selepas Asar ibu ajak Beby, Naurah dan Farouk ke bazar Ramadan
yang beberapa langkah aje dari rumah.
Param ni yang terbesarlah kat BG.
orang pun  ramai sangat2......


 Anak-anak nak makan ayam panggang.
1 ekor ayam panggang ni mencecah RM26.
Cepatnya harga makanan naik.
Jadi untuk keluarga ibu memang kena beli 1 ekorlah.
Nampak macam menyelerakan dan orang pun ramai kat gerai itu.
BIla makan, muka anak-anak berkerut.
"Tak sedap lah ibu, ayam pun tak begitu masak"
"Tak rasa la ibu perencahnya.."
Alahai, itu yang ibu malas nak beli lauk.
Kalau ibu masak anak-anak tak ada nak komen apa-apa.
Ayah pun langsung tak usik pun ayam panggang tu...

 Dan ibu beli murtabak .
Sekeping RM3.
Ibu cuma beli 2 keping.
Entahlah, intinya nipis semacam jerrr...

 Dan beli 'air katira".
Pun masing-masing berkerut semacam je.
1 bungkus RM2 + 2=RM4.
Bahan dahlah tak cukup syarat dan airnya tawar semacam aje.
Beli pun kerana digoda oleh ex-student ibu.
beria-ia panggil cikgunya nie.
Ingatkan nak bagi free...
Banyak la free...hi.hi.hi...
Akhirnya air katira ni pun tak habis diminum....
Betul-betul membazir.

Kesimpulannya,
ibu rasa dah tidak perlu lagi ibu ke PARAM.
Nampak gayanya anak-anak dan Ayah lebih berselera
makan kalau ibu yang masak.
Betullah kata orang,
airtangan seorang ibu dan isteri lebih nikmat ditekak
anak-anak dan suami.
Walaupun sekadar goreng ikan atau telur.
Masak penuh keikhlasan dan kasih sayang..
Dan sambil masak tidak lupa membaca surah Al-Fatihah,bertasbih dan berselawat.
Makanan terhidang penuh dengan keberkatan......

Dan akhirnya ibu terpaksa juga masak untuk mereka.
 Sambal tempe yang ayah masak...
Last minute ibu masak ikan sardin, ikan keli goreng.

Balik dari bertarawih di surau,
ibu terpaksa habiskan ayam panggang, murtabak dan air katira tu.
Sayang pula membazir begitu aja......

About me