14 Januari 2015

Farouk Demam

Kisah bujang terhanggat ibu lagi.
Awal tahun Farouk tiba-tiba diserang demam panas.
Seingat ibu dah lama sangat Farouk tak demam.
Rasanya dah lebih5 bulan kot.

2 hari sebelum sekolah dibuka badan Farouk panas tiba2...asyik nak pitam katanya.
Pernah dia terbaring depan toilet..Katanya dekat mata nampak cahaya dan gelap.
Malam tadi balik surau airmatanya bergenang.....katanya tengah solat dia tumbang.
Risau jugak ibu rasa sebab sebelum ni Farouk tak pernah alami sintom-sintom begitu.

Hari ketiga Farouk demam adalah hari pertama persekolahan sesi 2015.
Nak tak nak ibu bawa juga dia ke sekolah dengan keadaan yang lemah dan lesu.
Makan ubat pun tak berkesan.
Badan Farouk tetap panas..mata merah dan berair.

Balik sekolah ibu bawa lagi ke klinik..
Doktor suggest  nak buat ujian darah.
Bila dengar je doktor nak check darah belum apa-apa Farouk dah pegang tangan ibu...
Farouk : Ibu...farouk tak nak...farouk tak nak....nanti sakit....farouk takut.....
Alahai merayu-rayu...Doktor yang cantik manis senyum-senyum memujuk Farouk......

Yang ibu tak tahan nak gelak bila pembantu perubatan nak ambil darah....
Berjurai-jurai airmata Farouk tanpa suara......belum apa-apa Farouk dah over....
Adeh.......punya la penakut..macam en ayah pulak ibu tengok....

Hasil ujian darah setakat hari tu ok.
Tak ada masalah...

Beginilah keadaan Farouk.....

 Balik sekolah hari pertama selepas ke klinik.

Bila tak tahan panas Kak Nana tolong sapukan gel alovera kat kepala adiknya.
Terkadang ibu letak towel basah......

Situasi pagi ni badan Farouk masih lemah cuma demamnya dah kebah.
Get well soon Farouk...
Risau sangat ibu dan ayah tengok keadaan Farouk macam ni...

23 ulasan:

  1. Semoga kesihatan Farouk akan pulih segera dengan sepenuhnya dan tiada apa-apa yang membimbangkan. InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. salam singgah dan follow, sambil nengok farouk yg demam moga cepat sembuh ya maktok doakan

    BalasPadam
  3. Demam nak membesar tu kak...Insya Allah. Semoga lekas sembuh yer Farouk

    BalasPadam
  4. Moga cepat sembuh yer Farouk.

    kalo dah buat ujian darah dan result ok. InsyaAllah, x de pape tu. depan nak tukar tahun jer.. hehehe

    BalasPadam
  5. awal buka sekolah farouk demam...hati mesti semangat nak ke sekolah..semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  6. semoga cepat sembuh . risau juga kalau demam dah berhari - hari macam tu ... takut jarum farouk ni ya ... heee

    BalasPadam
  7. Cepat-cepat baik, Farouk. :)
    Anak kedua Yati, Hafizan, boleh sakit mata plak. Dah kena mc masa first day sekolah. Nasib second day dia dah ok.

    BalasPadam
  8. @Nooriah Abdullah
    terima kasih kak noor sudi singgah n follo....
    Terima kasih atas doa.

    BalasPadam
  9. @Nur Inani
    Tq kakak nani....dr farouk...he3x...

    BalasPadam
  10. @Aziela
    mungkin jugak la kot sbb dh lama xdemam tu.....

    BalasPadam
  11. @Nafira usof
    InsyaAllah...amiin....Alhamdulillahdh ok sikit tu...

    BalasPadam
  12. @ayu Ismail
    2lh ayu....tiba2 xbersemangat dia....kesian tgk...InsyaAllah...amiin.

    BalasPadam
  13. @Cetusan Minda
    InsyaAllah...mmg risau sbb lain mcm sikit demamnya.....he3x...mmg dasar penakut.

    BalasPadam
  14. @Yati
    alahai kesiannya hafizan. nasib baik xberjangkit kt abg n sulaiman....

    BalasPadam
  15. Salam. Hee semoga cepat sembuh farouk itu.

    BalasPadam
  16. Salam Kak,

    Selalu kalau demam jangan dipakaikan pakaian tebal atau berselimut. Biar cepat surut panasnya.

    Doktor sendiri pun pesan macam tu.

    BalasPadam
  17. @ain.ya.nun.
    w.salam...aha kalau ikutkan mcm tu tapi bila lepas mandi dia sejuk sgt...xthn katanya...tu yg berselubung...huhuhu....

    BalasPadam
  18. Kadang-kadang budak-budak ni kalau susah nak demam, sekali demam teruk jugalah. Anak-anak saya macam tulah. Jarang demam tapi kalau dah kena, memang tak larat nak buat apa-apa. Kesian kita menengoknya.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.