6 Disember 2014

Selamat Kembali Farouk

Baby Boy ibu dah kembali..
Ehhh....macam la Baby boy ibu dok obesi.....over la ibu ni.
Sapa tak rindu anak kanzzzz.....

Bermula 21.11.2014 hingga 5.12.14 Farouk mengikuti
KSQ (Kem Smart Quran) 
di sebuah madrasah.
Dalam ber KSQ sempat jugak
ibu dan ayah pergi kidnap Farouk 4hari 4malam bawa pergi bercuti.
Suka suki je kami ni buat macam program sendiri.
Rasa rugi sangat-sangat tapi ibu/ayah tak sampai hati nak tinggalkan Farouk.

Macam biasa ibu menghitung hari  untuk bertemu si bujang.
Pernah ibu pergi intai-intai Farouk 2x di sana pada suatu petang.
Akhirnya ayah dapat menghidu perilaku ibu...
Ingatkan ayah nak warning ibu, rupanya ayah pulak sibuk selidik apa yang
Farouk sedang lakukan masa ibu curi-curi ke sana...
Walah.....ibu tahu ayah pun amat rindukan Farouk.....

Petang semalam diadakan majlis penutup.
Sejak pagi mata ibu asyik melihat jam.
Ayah pun sama...sejak malam tadi sibuk pujuk Naurah ikut serta....

Pukul 2 Ayah dan bersiap...ha3x....
Exitednya mengalahkan ibu..
Majlis penutup diiringi dengan persembahan anak-anak di sini.
Peserta terdiri daripada pelajar berusia 9-16 tahun.
Sejuk hati melihat anak-anak disini....

Majlis penyampaian hadiah.
Farouk juga mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Laungan Azan bawah 12 tahun......
Alhamdulillah banyak ilmu akhirat yang Farouk dapat di sini.
Ilmu yang ibu dan ayah tak mampu berikan sebaik ustaz/ustazah di sini berikan.
Menghafal surah2, Qiamulai, bacaan rawi/Qasiddah., menghafal ayat2 suci..
belajar tajwid, tarannum, belajar fardu ain dan kifayyah.....bla,bla,bla....


Hadiah, sijil dan rekod yang Farouk dapat.........
Bayaran yang dikenakan RM330 selama 2 minggu rasanya tak ternilai
dengan ilmu-ilmu yang diberi......
Syukur Alhamdulillah.....semoga anak-anak ibu seimbang
ilmu dunia dan akhirat....InsyaAllah.....

Farouk ada tulis sepucuk surat cinta untuk ibu/ayah (petikannya):


Punyalah berterabur ayat BM dan BI tapi ianya cukup buat ibu
rasa sayu hati......walah.....mulalah ibu nak berdrama airmata.

Petangnya dah tertonggeng-tonggeng layan gajet yang ditinggalkan
selama 2 minggu.....
Kejap meniarap......

Kejap dudukkkkk........
Lepas tu berhenti kejap bila Azan Maghrib berkumandang...
Bekejar ke surau untuk solat dan sambung balik....alahai..anak.

Selingan :
Ni himpunan gambar Tahun 2013 semasa tahun pertama Farouk
dihantar ke KSQ.
Baru je ibu dapat koleksi gambar-gambar ni dari FB Madrasah tu..
Yang terkini belum ada lagi......
Takpelah...tepek2 yang ni  dulu sebagai  kenangan.
Rasanya aktiviti pn lebih kurang sama.
 Riadah sebelah petang.
Ibu tengok  pelbagai acara dan permainan dijalankan.
Nampak sangat seronok.....

 Ini entah aktiviti apa.....masing-masing basah dan pastu main baling-baling kain pelikat....

Ni santai-santai dengan kawan-kawan...
Ceria je muka masing-masing.....

 Masa untuk belajarrrrr....


Bergambar bersama peserta lelaki...
Setiap sesi dalam 30orang .

p/s:
Jap lagi nak ke Melaka pulak...adeh....
Malam ni dah nak terbang cuti2.....belum packing pun lagi.

17 ulasan:

  1. Memang berbaloi2 kak.program mcm ni. Farouk dah berada atas.platform yg betul. Insya Allah

    BalasPadam
  2. Semoga Farouk jadi anak yang soleh. Touching nye, surat Farouk tu.

    BalasPadam
  3. @Aziela
    itulah yg kami hrpkan..mudah2an ianya memberi seribu manafaat buat farouk.....

    BalasPadam
  4. @Yati
    InsyaAllah...amiin....2lh yati, w.pn ayat berterabur tapi rasa sgt terkesan dihati....

    BalasPadam
  5. Ayo... Lepas gian dan rindu kat gadget...

    BalasPadam
  6. @Muhammad Syahmi
    Itulah pasal....smpai je rumah meluru msuk bilik cr gadjet dia....adeh.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum

    Progrem yg bagus ... Tahniah menyertai

    BalasPadam
  8. mcmana kalau farouk duk asrama form 1 nanti ya..mak and ayah gi ngintai hehe..Selamat bercuti ..terbang mana kak...

    BalasPadam
  9. anak bujang dah makin besar..dia sorg boy mesti manjanya lebih,bongsu pulak tu..bila berjauhan mesti la rindu..sapa tak syg anak oi..hehe

    oh ye selamat bercuti!

    BalasPadam
  10. @mamawana
    Mmg bagus sbb padat dgn pelbagai aktiviti keagamaan.

    BalasPadam
  11. @ayu Ismail
    Xtaulh nk ckp ayu mcm mana. Rasa berat hati la. Jgn2 ibu ayah pn sibuk dok ulang alik intai ank..

    Tqsm ayu.

    BalasPadam
  12. @Puan Kutu
    2lh..cpt sungguh masa brlalu..tiba2 rasa farouk dh besar...huhuhu....mmg xsnggup brpisah lama2...

    BalasPadam
  13. Dh lm kena tggl maunya x rindu. Bujang sorang plk tu.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.