3 September 2014

Resepi Ringkas Shepherd Pie dan Angah

Secret resepi angah dah tak jadi rahsia.
Sejak bercuti panjang dah banyak kali Angah masakkan Shepherd Pai ni.
Memang jadi kegemaran 5F ni.
Seloyang tu akan habis tanpa pembaziran.
Meh kita intai resepi Angah...



Bahan-bahan:

Bahan A
10-15  biji kentang
4-5  sudu besar butter atau yang sewaktu dengannya
2 sudu besar lada hitam/Lada sulah
garam secukup rasa
1 tin susu cair/susu segar

Bahan B
1 paket  ayam cincang/daging
1 -2 biji bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih-kisar
1 tin sos spaggethi original prego
1 tin cendawan butang-kalau ada
2 sudu sos cili
Garam dan kuib ayam

Cara-cara:
Bahan A
1. Kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai betul-betul empuk.
2. Lenyek kentang dan tuangkan susu cair/segar sedikit demi sedikit.
3. Pastikan kentang yang dilenyek betul-betul sebati dan lembut ( bentuknya macam kentang putar tu)

Bahan B (inti)
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan daging/ayam cincang
4. Masukkan sos spagethi prego dan gaulkan sehingga sebati
5. Masukkan garam dan kuib ayam.

Cara-cara membentuk lapisan:
1.  Bahagikan kentang yang dilenyek kepada 2 bahagian.
2.  Letak lapisan kentang kat dasar loyang.
3.  Diikuti lapisan ke 2 dengan Bahan B (inti)
4.  Lapisan atas ditutup dengan baki kentang lenyek.
5.  Taburkan cheese mozarela dibahagian atas.

6.  Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 drjah celcius dalam masa 20-30 min.

12 ulasan:

  1. sy ingt kalau pai kena ade tepung..huhu

    BalasPadam
  2. wahhhh..sedapnya shepard pai..pndai angah buat..lenkali lehlah try resipi nih...^_^

    BalasPadam
  3. Kak nza kalau kentang tu dah rebus blender je boleh tak

    BalasPadam
  4. LIEYA PENAH mkn kak...mmg sedap...tgk versi angah pun nampak sedap nie...creamy nampaknye tu kak...nanti leh laa try buat versi angah plak...

    BalasPadam
  5. Oooo...ada lapis lapis rupanya yer kak. Wah...sedap2...

    BalasPadam
  6. Pantang saya kalau ada kentang ni. Saya kan minah kentang. So, rasa macam nak jumpa secret recipe Shepherd Pie Angah ni. Meleleh dah air liur ni, kak!

    BalasPadam
  7. Hah, terliur sampai typo error jadinya. Nak cuba, bukan nak jumpa :)

    BalasPadam
  8. Wahhhhhhhh..
    yum yum..
    Pandainya!!
    Rasa teruja pula..
    anak2 akak ni bukan setakat pandai dalam akademik, malah blh jd Master chef juga.. seronoknya.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. hehehehe.. boleh cuba buat jugak nanti.. tapi anak2 zura x tahu lah makan ke tidak nih.. hehehe

    BalasPadam
  10. ohh senang ni boleh cuba nanti..tq angah n ibu atas resepinya.hehe

    BalasPadam
  11. Shepard pie ni mmg lm dh nak buat tp malas. Hehe... Anak2 dh bsr dh blh msk sng skt keje mak.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.