Rutin awal pagi.
Celik mata dan check w.apps.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
perkataan yang keluar dari mulut ibu, bila ibu buka w.apps Farahs Family.
Itulah yang mampu ibu ucapkan tanda rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kerana
Allah sentiasa makbulkan doa-doa ibu.
Maklumlah result Asasi keluar berperingkat2 pada lewat malam 9.5.2014.
Result Angah keluar dah pukul 1 pagi.
Masa tu ibu dah dibuai mimpi.
Mungkin Angah tak sampai hati nak kejut ibu yang sedang lena beradu.
Mungkin Angah tak sabar nak berkongsi kegembiraan dia, so dia w.apps jelah.
TAHNIAH Angah kerana dapat keputusan Cemerlang dalam final exam asasi.
Tidak sia-sia pengorbanan ibu dan Ayah,
juga tidak sia-sia di atas usha dan kegigihan Angah selama ini.
Ibu dan keluarga sangat2 bangga di atas kecemerlangan Angah.
Terima kasih Angah kerana membahagiakan kami.
Lepas ni Angah dah mampu tidur lena dan tersenyum bahagia di atas kejayaan ini.
Syabas.....
Terima Kasih ALLAH....
Terima Kasih ALLAH....
Tahniah angah juga ibu ayah angah
BalasPadamTahniah atas kejayaan.
BalasPadamTahniah angah..tahniah jugak akak nza
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah Angah! Achik Salmi tumpang gembira..
BalasPadamTahniah juga buat Yah dan suami.
Syabas da tahniah buat angah! Terbaeeek! ^_^
BalasPadamTahniah Angah, si bakal peguam :)
BalasPadamtahniah..sejuk perut ibu...sura pun risau ni..anak2 exam tahun ni ..SPM dan PBS..:)
BalasPadamtahniah angah... semoga terus berjaya...
BalasPadamTahniah Angah.. Acik tumpang bangga~
BalasPadamHadiah yang terbaik sempena hari ibu..:)
Selamat Hari Ibu Kak~
Tahniah angah. Usaha dgn doa ibu bapa, itu yg terbaik.
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah untuk semua...
BalasPadamSalam kak,
BalasPadamBelum baca entri lagi tumpang lalu aje. Jomlah kalau free dan tak banyak buku sekolah nak ditanda, bolehlah join saya di sini tanpa unsur paksaan ya :)
http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html
salam ziarah
BalasPadamtahniah dapat keputusan cemerlang
Tahniah! Anugerah Naib Canselor tuuuu!
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah sangat2, seronok melihat anak2 NzA cemerlang, tahniah buat NzA sekeluarga.
BalasPadamAlhamdulillah, berkat berusaha dan doa ibu. Tahniah buat Angah.
BalasPadam