26 Ogos 2013

Raya Kat Sekolah Pulak.....

Sejak 19hb ibu mula bekerja dan akan terus bersambung tanpa cuti hingga 30hb.
12 hari bekerja tanpa rehat.
Tapi tak kisahlah kan. 
Kalau ikutkan memang penat tapi situasi inilah yang dapat "top-up" semula
waktu-waktu yang mungkin ibu tercuri tanpa sedar.
Moga rezeki yang ibu dapat benar-benar berkat dan halal.....InsyaAllah.

Ibu dan Farouk posing dulu sebelum melangkah ke sekolah.
Sedondon la pulak kami kali ini.

Sabtu, Sambutan Raya Peringkat Sekolah.
Program tahunan yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak didik.
Hari inilah mereka semua mampu bergaya ke sekolah.
Semuanya cantik bergaya.

7.20-9.30 pagi murid-murid belajar seperti biasa.
Program bermula pada 10.30 pagi.
Maklumlah sekarang ni kena patuhi MMI.

 Warna warni yang ceria....

 Kuih muih yang dibawa oleh anak-anak murid.

Hidangan untuk murid-murid.
Ketupat segera + rendang + lodeh + sambal kacang.

 Dan cikgu jugak dah kelaparan.
Menu untuk cikgu pun lebih kurang sama dengan murid cuma ada ayam masak merah.
Motifnya: ada beberapa orang rakan guru tak makan daging.

 Farouk yang dah mula serabai.....alahai.

 Ada persembahan lagu raya.
Suka tengok persembahan budak-budak nie.
Penuh warna warni dan santai.
Sweet je.

Ada pertandingan busana cantik + bergaya.

 Farouk pun join jugak tapi tak menang pun...he3X...

Pertandingan marhaban.

Program berakhir tepat pukul 1 petang....
Hari Ahad ada program lagiiiiiiiiiiiiiii......

14 ulasan:

  1. teringat zaman sekola dulu. hihi

    :D

    abah kite pun cikgu, hari jumat lepas kat sekolah abah kite pun majlis sambutan hari raya. hihi

    BalasPadam
  2. Sama dgn anak akak, hari sabtu cikgu sambut merdeka raya... sekali sambut merdeka utk sabtu dpn...

    Meriah sungguh sambutan raya di sekolah NzA ye ;-)

    BalasPadam
  3. Masa time sekolah dulu paling best sambutan hari guru, hari raya dan jamuan hujung tahun

    BalasPadam
  4. samalah sek akak pun buat sambutan raya juga tp digabungkan sekali bacaan Yassin dan solat hajat untuk UPSR... meriah dlm keletihan

    BalasPadam
  5. Meriah nyer sambutan raya..best semua nyer ader paling best dapar makan ketupat ngan rendang..

    BalasPadam
  6. Kami belum lagi. Tapi ada 2 kali sambutan hari raya untuk tahun ni...

    BalasPadam
  7. Penuh warnawarni..ceria.. :-)
    Teringatbplak kenangan dolu2x.. hee...

    BalasPadam
  8. seronoknya zaman kanak2 kan.. nak nak ada sambutan hari guru dan raya di sekolah.. seharian makan makan makan.. heheh..

    BalasPadam
  9. Aduhai....seronoknya. Siap ada pertandingan tu...hehehehehe

    BalasPadam
  10. anak-anak saya pun sama jugak sambut hari raya kat sekolah..puas maknya ni memikir nak bawak apa...

    BalasPadam
  11. Bestnya siap ada sambutan raya peringkat sekolah. Kami takda pun macam ni..

    BalasPadam
  12. kelabu gitukan ... comeijer mak ngan anak... syiok gak raya kat sekolahkan..

    BalasPadam
  13. meriahnya raya..kuih raya kemain byk lg..yg paling penting ibu n farouk sedondon.hehe

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.