12 Jun 2013

Penghijrahan Angah ke Kuantan.

Pada 2.6.2013 Angah telah selamat mendaftar di UiTM Jengka dan
pada 8.6.2013 Angah dan rakan-rakannya di pindahkan
ke UiTM Kampus Kuantan setelah selesai minggu orientasi.

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga ke Kuantan untuk menjenguk Angah.
Maklumlah semasa pendaftaran di UiTM Jengka ibu tiada disisi angah......
Dalam kesempatan itu ayah bawakan sekali stok bekalan makanan
ringan untuk Angah serta beberapa jenis barang keperluan yang lain..
Tidak lupa bantal kesayangan Angah,  "Cici" dan "pinky"..........

Kami bertolak dari rumah seawal 7 pagi dan tiba di bandar Kuantan pada
pukul 10 pagi. Perjalanan memakan masa  selama 3 jam antara Muar-Kuantan.

 Model UiTM.....
Dan juru gambarnya sudah pasti ayah.
Ibu dan 3Farah menunggu dalam kereta je sementara bas yang membawa Angah sampai......

Zoom sikittttt................

 Hampir 1 jam lebih menunggu, barulah bas yang mengangkut angah dan rakan-rakan tiba.
Perjalanan dari UiTM Jengka ke UiTM Kuantan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Pelajar diangkut dengan menggunakan beberapa buah bas milik UiTM.

 Angah dan rakan-rakan.....

 Pakguard sedang menunjuk arah kepada para pelajar baru dan
ayah tak sudah-sudah merakam  setiap inci pergerakan angah......
Masa tengok pic ni ibu rasa nak gelak pulak...
Macam PATI pulak gaya Angah dan rakan-rakannya nie....ngeh.ngeh.ngeh....

 Tinggi betul anak ibu nie.
Kurus pulak tu....Boleh jadi model ni....hehehe.....

 Baldi dan beg di tangan.
Ini barangan sampingan yang kecik je.
Angah bawa 4 buah beg besarrrrrrrrrrr......

 2 buah lori UiTM digunakan untuk mengangkut beg-beg pelajar.
MasyaAllah, macam bagasi kat airport pulak ibu tengok....
Maklumlah pelajar perempuan, aduyai....

Angah ditempatkan di aras 1.
Alhamdulillah, tak perlu mendaki tangga hingga ke tingkat 5.
Asrama ni ala-ala apartmen.
Ada ruang tamu, 3 bilik tidur, 4 bilik air dan dapur (cuma tak dibenarkan memasak...hehehe..)
Amat selesa.

Kolej ni betul-betul berada di kawasan bandar.
Dekat dengan gerai makan, pusat membeli belah (jalan kaki pun dah sampai), 
stadium negeri, terminal bas dan deretan kedai di hadapan.
Banyak kemudahan di kawasan ini.

Ibu cuma berkesempatan berjumpa Angah selama 1 jam sahaja kerana
petangnya Angah ada program dan 
Ayah perlu hadir seminar di Johor Bharu pada sebelah malamnya.
Walaupun perjalanan memakan masa 6 jam pergi dan balik ,
kepenatan ibu terubat bila dapat menatap wajah Angah.

Ibu sentiasa doakan agar  Angah terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar impiannya...
InshaAllah.....

p/s:
OTW balik ibu kehilangan kamera untuk kesekian kalinya.
Kamera ni baru 3-4 bulan ibu beli. Dah tak de rezeki ibu. Ibu redha.
Habis gambar kenangan sewaktu di Vietnam dan Bandung lesap sekelip mata.
Gambar2 di atas tu ibu ambil dari dslr ayah.
Ibu seorang yang agak cuai..........

*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen.
Kalau ada masalah klik SINI....

14 ulasan:

  1. Kak Ibu hilang kanera lagi.... ish3x...nanti nak suruh abg ayah rotan ni hehehe

    Semoga angah cemerlang dan berjaya mengapai cita2

    BalasPadam
  2. ibu tertinggal kemera di mana tu, sekelip mata je dah takde ye

    BalasPadam
  3. Selamat berhijrah untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang, Angah. :)

    BalasPadam
  4. Moga Angah cemerlang di sini.
    Tentang kehilangan kamera tu, ujian sebenarnya tu agar Yah lebih berhati-hati. Juga ujian Allah di saat kita gembira dan bahagia..

    BalasPadam
  5. selamat jadi org kuantan lah yer... Hari2 saya lalu depan uitm tu antar cik bieha. Kamerea tu tak ada rezeki lah ibu. nnti beli kamera baru yer...hehe

    BalasPadam
  6. kok begitu berpindah randah?mmg ada gaya PATI.hehe yg paling penting kampus dekat dengan bandar.selamat menempuhi hidup diperantauan buat angah.semoa terus cemerlang..:)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah selamat belajar yer Angah, semoga terus berjaya

    BalasPadam
  8. All the best to Angah di tempat baru, semoga terus cemerlang seperti biasa, amin :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.... lepas nie Kuantan pu;a la destinasi akak kan...hehehehhehe. Sama macam saya...yeayy!

    BalasPadam
  10. Rugilah kamera hilang. Kalau kamera saya hilang, memang menyesal tak sudah macam kucing hilang anak...

    Dalam banyak-banyak gambar, saya suka gambar yang ada lori tu...

    BalasPadam
  11. wahh seronok tgk bebudak masuk asrama tau.. rasa nak join sekali je..rasa nak sambung study jerkkk

    BalasPadam
  12. Hikhik.. paparazi betul si ayah :-)

    Happy dpt jumpa anak kan..walaupun sekejap..

    Alahai kak, sayangnya hilang camera :(

    BalasPadam
  13. ingatkan si kecil tuh duk asrama.hihihihi rupanya angah..tahniah dapat masuk itm.teringat zaman2 studi itm dulu=)

    BalasPadam
  14. SEWA KERETA MURAH BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan

    Mohon maaf jika mengganggu Blog Anda

    Perkenalkan kami dari ADELTRANS 81 Bandung Tour & Transport.
    Sebuah Compeny Sewa Kereta Murah Bandung yang memberikan perkhidmatan tour di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Joom tempah Sewa Kerata Murah ADELTRANS 81 Bandung :

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 350.000

    # Toyota Innova (7 seat) / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 500.000

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 625.000

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 800.000

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 825.000

    HARGA SUDAH TERMASUK:
    @ kereta
    @ Petrol
    @ Parking
    @ Driver
    @ FREE DRINK DALAM KERETA

    #UNTUK PICK UP JAKARTA HARGA BEZA#
    SILA CALL COMPENY ADELTRANS 81:
    Call :+6281572435003
    WA :+6281910422636
    WA :+6281809692300
    Email :ADELTRANS81@GMAIL.COM

    Semoga Info Sewa Kereta Murah ADELTRANS 81 Dapat bermanfaat bagi Tuan/Puan yang ingin bercadang cuti di Bandung OR Jakarta

    Terima Kasih

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.