Hari ini result SPM dah diumumkan.
Hilang segala debaran dijantung ibu sekeluarga.
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Angah mampu memperolehi result cemerlang
walaupun dia tidak berjaya melepasi target meraih straight A.
Apapun itu tetap bangga dengan kejayaan Angah.
Ibu mohon maaf kerana ibu tidak dibenarkan mencatatkan keputusan sebenar
di atas permintaan tuan punya badan.
Ibu akur dengan permintaannya.
Katanya cukuplah hanya "kami" saja yang tahu .
Juga pesanan dari angah agar ibu sampaikan ucapan jutaan terima kasih
kepada rakan-rakan blog yang tidak putus-putus mendoakan dia.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa-doa kita semua.....
Apapun perjalanan Angah masih jauh.
Petangnya ibu berkejar ke sekolah Angah kerana
diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari yang sama.
Syukur Alhamdulillah....
Sesungguhnya ibu amat-amat bangga dan bersyukur dengan kejayaan anak-anak ibu.
Semoga Angah juga mampu melangkah lebih jauh lagi.......
Bersama rakan-rakan yang cemerlang dalam SPM 2012.....
Sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas..........
Angah menerima Anugerah Cemerlang SPM 2012 daripada YB Ir Hamim Samuri
Bergambar bersama pelajar cemerlang 2012
Zoom sikit.....Angah bersama best friendnya juga anak seorang rakan guru....
serius je muka Angah masa nie.......
Sekeping gambar kenangan bersama ibu...
Angah....
Cover sijil yang angah dapat.
Sijil Anugerah Cemerlang.
Plak
YA ALLAH....Ibu amat bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan
pada anak-anak ibu.
Kejayaan ke 2 yang anak hadiahkan pada ibu pada bulan ini....
Juga jutaan terima kasih di atas doa-doa yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga.......
Hanya Allah yang akan membalasnya.....
Tahniah buat kak ibu dan angah.....
BalasPadam@Joanna Yunus
BalasPadamTQSM dear....
alhamdulillah..tahniah utk angah krn mjadi salah sorang y cemerlang...
BalasPadamank sedara lya pon 2 org ambik spm arini & alhamdulillah, 2-2 dpt anugerah cemerlang
ayah yu~of course i'm proud of you...welcome to the new step..hehe..all da best angah....
BalasPadamTahniah buat Angah!
BalasPadamJuga buat ibu dan ayahnya.
Moga terus cemerlang ye Angah..
Alhmdulillah....
BalasPadamTahniah utk Angah...
Pehhh..terbaek lah...siap dpt anugerah lagik.....Taniah
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah Angah! Sejuk perut ibu mengandungkan dia. Semoga berterusan kecemerlangannya, amin :)
BalasPadamTahniah angah !
BalasPadamTumpang bangga... :-)
Alhamdulillah. kejayaan ini langsung tidak membuatkan saya terkejut kerana komitmen ibu dan ayah menyumbang kepada kecemerlangan anak2 disamping usaha mereka yang gigih.
BalasPadamSaya emmang yakin Angah, Baby, Naurah dan Farouk akan mengikut jejak langkah Along. Amiin.
tahniah... terasa bersemangat saya untuk mendidik anakni... seronok dengar kejayaan anak2 blogger...
BalasPadamTahniah Angah..
BalasPadamTahniah. Itulah antara hadiah yang berharga seorang anak kepada kedua ibu bapanya.
BalasPadamTahniah Angah dan ibu jua moga terus sukses
BalasPadamtahniah..mg terus gemilang dan cemerlang
BalasPadamTahniah angah..sy tumpang hepy sambil buat lompat bintang!
BalasPadamtahniah angah dan tahniah jugak buat sis...
BalasPadamtahniah buat angah...moga angah berjaya mencapai cita-citanyer pulak...kagum la kak dapat anak yang cemerlang..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam. . .Tahniah buat anakanda dan ayahanda bonda.syukur ke hadratNya. . .
BalasPadamTeruskan usaha yang baik.semoga anakanda akan betjaya dunia akhirat,in sha Allah.
Tahniah buat angah!
BalasPadamTahniah buat Angah dan Kak Nza juga. Yati tumpang gembira. :)
BalasPadamSyukurrr! Tahniah ya untuk Angah dan Zakiah sekeluarga.
BalasPadamWalaupun tergelincir sikit dari target straight As, tapi tetap cemerlang tu. Tumpang bangga!
tahniah buat angah...syukur alhamdulillah. :-)
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah angah dan akak jua....in sha Allah, perjalanan baru bermula...moga angah terus2 kecapi kejayaan dan kecemerlangan...amin
BalasPadamAlamak ummi ketinggalan ni. Tahniah Angah, tahniah juga buat NzA n 'ayah', yang berjaya mendidik anak dengan cemerlang,tahniah juga buat guru2 sekolah Angah. Ummi tumpang gembira dan bangga NzA, syukur Alhamdulillah.
BalasPadamTahmiah angah Dan kedua ibu bapanya juga..sejuk perut ibu mengandung..rasa nak Tanya apa rahsia Yah mendidik ank2, semuanya berjaya..;)
BalasPadam