4 Mac 2013

Kisah Misteri Nusantara.

Minggu lepas berlaku satu kisah misteri.
Bagi yang lemah semangat baik jangan baca waktu malam ye..
Hehehe..tak delah seram sangat pun cuma sedikit misteri.

Pada malam Jumaat pada pukul 12.45 malam ibu terima 'miss call' dari seorang rakan setugas.
Seawal pagi bila check hp baru ibu  perasan ada 'miss call'.
 Maklumlah hp ibu sering bertapa dalam handbag.

Sampai di sekolah ibu bertanya M kenapa call ibu pagi-pagi buta.
M tercengang dan menatap ibu dengan confius.
M : Bukan akak ke miss call saya dulu.
Ada 2 miss call  dan satu tu akak hantar voice mail.
Voice mail tu suara macam orang lelaki dan bunyi macam deruan angin......
So saya call la akak tapi tiada jawapan.
Yang pasti masa tu ibu sedang dibuai mimpi indah.
Dan ayah pun tiada kerana outstation di KL selama 2 hari...

 Terus ibu keluarkan hp dan check 'call out..'
Pelik sebab tiada dalam senarai ibu call keluar.
Lagipun kredit ibu kurang RM2 malam tu dan tidak mungkin ibu boleh call out.
Bertambah pelik, macam mana hp dalam handbag boleh tertekan tanpa sengaja.
Lagipun kalau dah lama2, 
pastinya hp dah 'keylock' dan tak mungkin boleh buat 'call out....'

Bukan sekali hp ibu dilanda misteri.
Hp ibu pernah 2X hilang di sekolah.
Semasa hilang ibu berada di bilik guru.
2 hari kemudian hp tu ibu jumpa di atas meja kerja ibu yang terletak di blok lain.
Serius ibu cakap.
Masa tu bulu roma ibu meremang......huhuhu...
2X kejadian sama berulang.

gambar kidnap dr en google....
Handphone murah kesayangan ibu.....

Bila fikir-fikir seram juga dengan cik nokia nie tapi ibu sayang sangat kat cik nokia tu
berbanding hp ibu yang lain.
Sebab : tak tau sebab apa.....hehehe.....

Dalam fikiran mula terbayang benda yang bukan-bukan.
Hp ibu bukannya yang canggih manggih tapi ibu tetap sayangkan ia.....
Cuma hati ibu sedikit rasa keliru + confius + pelik + hairan
dengan kejadian yang berlaku...
Ah!!!! abaikan aje...........


24 ulasan:

  1. Nokia tu terlebih pintar kot! :)

    BalasPadam
  2. mgkn nokia tu tw tuannya pnt sgt so dia wakilkan diri buat call.

    serius!berkerut kening sy baca takutttt ^^

    BalasPadam
  3. huhu..kalau saya pon seram jugak kan..cer try tukar nset lain..agak2 jadik lagi tak kejadian mcm ni..hehehehe

    BalasPadam
  4. NzA..terasa juga seramnya walaupun baca di siang hari. Moga lepas ni Nokia tu taklah terlebih pintar lagi, dial sendiri.

    BalasPadam
  5. . . .Really misteri nusantara. . .

    BalasPadam
  6. arrr....seram bulu roma. bunyi desir angin pulak tu..huhu.

    nasib baik saya yang penakut ni baca di siang hari kak...

    BalasPadam
  7. misteri nusantara macam nikadang2 buat sy terfikir..adakah makhluk halus pun pandai menggunakan teknologi..dia nak pinjam je kot hp akk.hehe..

    BalasPadam
  8. Nasib baik cek baca di siang hari, okeh! Cek ni memang penakut.

    Kat tempat keja saya pun ada jugak sekali sekala terjadi misteri nusantara tapi alhamdulillah belum sampai ke tahap ambik2 hp bok sorok & jumpa kat tempat lain. Cuma ada bunyi2 saja. Err ok cukuplah tu, tak mau cerita panjang2 bab ni..

    BalasPadam
  9. @||Sis aLeaSaRa||
    hehehe..nasib baik kwn akak xangkat..nnti kluar suara sapa entah.....

    BalasPadam
  10. @Lily@MamaZaraZareef
    2lh, akak blm cuba tukar lagi sim kad tu...takut pulak kang jadi lagi....huhuhu....

    BalasPadam
  11. @ummiross
    2lh pasal ummi, trlebih pintar la kot....huhuhu....

    BalasPadam
  12. @mamaijat
    misteri nusantara menyelubungi.......

    BalasPadam
  13. @Murni Alfathunnisa
    Nasib baik bunyi angin, kalau bunyi org mengilai xtaulh nk ckp....huhuhu...

    BalasPadam
  14. @Puan Kutu
    "depa" lebih maju dr kita la PK....agaknya ict ni utk "baby kecik" depa jerr buat main kot....

    BalasPadam
  15. @Dinas Aldi
    huhuhu...2lh, 'depa' dh canggih..xmo dh bunyi2 suara ttp main2 hp pulak....

    BalasPadam
  16. Eee, menyeramkan. Baca di siang haripun rasa seram..

    BalasPadam
  17. to kak salmi
    mmg menyeramkan...huhuhu....

    BalasPadam
  18. kak ni... mmg seram citer benar ni. masa baca meremang bulu roma saya...

    BalasPadam
  19. Kena siasat ala-ala kisah 5 Sekawan (Enid Blyton) ni...siri penyiasatan kegemaran zaman budak-budak dulu.

    :D

    BalasPadam
  20. ha... jangan biarkan hidup kita diselubungi MISTERI...

    BalasPadam
  21. Eishh...misteri betul nie kak...

    BalasPadam
  22. abg ipar sy selalu jgk dpt called drpd sy yg mana sy tak called dia langsung pun. bila checked mmg tak ada nombor dia pun. dan dia kata pernah called tp lelaki yg angkt. SIL pulak pnh kata tak nak called sy lg sbb sy mcm berlakon ms dia called. padahal sy tido. husben pn tahu sy tido. checked tpon pun tak ada called drpd SIL. hmmm...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.