26 Mac 2013

Cuti-cuti Malaysia @ Kelantan.

Salam rindu semua.
Dan selamat bercuti bagi yang bergelar pelajar dan guru (tak semuanya cikgu bercuti ye....)

Sekarang ibu berada di kampung @Kelantan.
Mungkin ibu bercuti di kampung selama 1 minggu.

 Kami melalui highway yang masih belum siap.
Lama juga highway ni dibina tapi masih belum siap sepenuhnya.
Ibu pun tak pasti bila ianya akan siap untuk menghubungkan Bukit Besi ke Kuantan

 Inilah pemandu baru ibu.
Walaupun baru 1 bulan dapat lesen tapi Angah mampu menjadi
driver dengan jayanya.....Kami bergilir-gilir memandu kerana
perjalanan yang jauh memakan masa antara 10-12 jam.......

Ayah dah terbang ke tempat seminar selama 1 minggu.
Jadi terpaksalah ibu balik dengan anak-anak je....huhuhuhu.....

Keadaan sesak di Bandar Jertih...

Kami bertolak pagi dan menjelang Maghrib baru tiba di kampung.
Perjalanan yang memakan masa 10-11 jam......penatttttt............

p/s:
Maaf ye jika ibu tak dapat bw seperti biasa maklumlah
sekarang ibu berada di kampung.

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah kak Nza dapat bercuti, saya tumpang seronok walaupun saya belum start cuti lagi, hehe.

    BalasPadam
  2. best le akak dah ada driver baru. have a nice n happy holiday ye kak

    BalasPadam
  3. to dinas
    TQSM...bkn slalu brpeluang brcuti begini dinas...2 pn ahli keluarga kami tak lengkap.....huhuhu....

    BalasPadam
  4. to mamasyaza
    Alhamdulillah, rasa lega sikit dpt gilir2 dgn angah...TQSM su....

    BalasPadam
  5. Setuju. Bukan semua guru bercuti.

    Kalau saya, perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu, menjadi seronok, sebab dapat berjalan- jalan.

    BalasPadam
  6. selamat b'cuti kak..
    wah..kiranya 1st time angah memandu jauh la ni?

    BalasPadam
  7. balik ganu ke kak? hehehe..selamat bercuti yer!

    BalasPadam
  8. Happy holiday kak... :-) nasib la ada driver lain blh gilir2 drive :-)

    BalasPadam
  9. Selamat bercuti kak..enjoy ur holiday..^^

    BalasPadam
  10. Salam rindu-rinduan NzA, dah balik kampung rupanya, happy holiday for happy family...

    BalasPadam
  11. bestnya kak NzA dpt blk kampung..

    BalasPadam
  12. Amboi, lama di kampung! Tentu seronok..

    BalasPadam
  13. nasib sis dh ada driver ganti...kalau js mau kejang smua otot2...hihi

    BalasPadam
  14. Tak kesampaian hsjat kita nk jumpa Kali ni ye yah..akak pun mulanya nk lalu ikut kelantan, last minit tukar plan ikut b.kayu hitam plk..:)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah...boleh harap dah anak2 akak...comel bace tang gilir2 drive tu heheheeh

    BalasPadam
  16. solutelah kt anak2 akk,baru dpt lesen dh berani drive jauh2..sy ni dh bertahun dpt lesen pun bawak dekat2 jer..drive jauh lgsung tak pernah.hiks..

    Selamat bercuti n selamat balik kmpg kak..:)

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. sampai gak ... saya selalu balik kampung sendirian.. 3-4 jam perjalananjer..
    seronoknye duk kampung.. saya lebih suka kalau suami tak ikut panjang sikit langkah... ha.. ha..

    BalasPadam
  18. seronoknya bercuti di kampung halaman sendiri... moga selamat semula ke rumah dan berhati2 bila balik nanti

    BalasPadam
  19. walaupun ibu dah selamat sampai ke rumah tapi dinda tetap nak ucap... Selamat bercuti hehehehe

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.