13 Januari 2013

Trip ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Salam semua.
Terima kasih semua kerana mendoakan ibu.
Alhamdulillah ibu dah kembali.....
Cuma sekarang ni ibu demam dan selsema.....

Ibu pergi membawa diri ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Ibu pergi bersama Angah dan family adik.
Beby, Naurah dan Farouk ibu tinggalkan  kerana ibu pergi hari bersekolah.
Ayah pula terbang untuk berseminar....
InsyaAllah kalau ada rezeki Naurah dan Farouk akan ibu bawa ke Disneyland Hong Kong,
Along nak ke Beijing dan Beby nak ke Korea bersama unclenya.....

Untuk kaki shopping macam ibu, Vietnam adalah tempat yang paling sesuai.
Tapi untuk yang nak pergi makan angin memang tidak sesuai ke sini.

Yang penting bawa stok duit banyak-banyak .....
Kalau yang kaki shopping, kat sinilah boleh kita release tension..
Ibu ke sana pun sekadar untuk bershopping sampai lebam.

 Penerbangan ibu pada jam 12 tengahari dari LCCT.
Kami tiba pada pukul 1.35 petang waktu Malaysia ( 12.35 petang waktu Vietnam).
Penerbangan mengambil masa 1jam 55 minit tetapi penerbangan kami mengambil masa
cuma1 jam 35 minit... 

 Lapangan terbang Ho Chi Minh....

Airport Ho Chi Minh City......

Ibu, Angah, Iman dan Baby Balqis.....

Bas mini dah siap menanti kami.
Ibu pergi group family 12 orang termasuk 2 orang Baby dan 1 orang kanak-kanak montel....
Dengan bas mini inilah kami dibawa ke setiap destinasi.
Sangat-sangat selesa.....

Pemandu pelancong kami yang dipanggil Ellan.
Sangat fasih berbahasa Melayu walaupun antara sebutnya mengundang gelak ketawa kami.
Dia sangat friendly...Dia jadi mangsa kutukan kami semua....tapi dia tak kisah pun dikutuk....hehehe......
Ellan peminat fanatik Siti Norhaliza....

 Bandaraya  motosikal.
Kat sini tak banyak kereta tapi dipenuhi ribuan motosikal.
Mungkin kos minyak yang tinggi menyebabkan rakyatnya memilih motosikal sebagai pengangkutan.
Sesak sangat-sangat.
Ngeri je tengok depa bawa motorsikal.
Jangan sesekali nak melintas jalan kalau tak ada pengalaman.
Mereka tidak heran dan tidak teragak-agak melanggar kita nanti......
Kat bandar ni jarang kita jumpa trafik light tapi sentiasa telinga binggit dengan bunyi hon.......
Mereka amat cekap membawa motosikal....


 Sebahagian yang sempat ibu snap.
Bandar Ho Chi Minth yang bersih dah tersusun.
Walaupun sesak dengan motosikal tetapi kebersihan terjaga......
Hari pertama di Vietnam kami habiskan dengan aktiviti shopping..........
Memang best sangat-sangat......hehehe...

22 ulasan:

  1. wah, shoping sampai lebam tu.... moga tension yg dibawa dulu dah ditinggalkan di sana, bawak balik yg indah2 je!


    BalasPadam
  2. Bestnya Yah...mesti shopping mcm2 ni.., lps ni fresh lah nak keje balik..hehe

    BalasPadam
  3. Ooo... Lari ke Ho Chi Minh...

    Jalannya takde line. Mungkin sebab ramai yang guna motorsikal, bukan guna kereta.

    BalasPadam
  4. Wow....lagi...lagik...gambaq shopping....tak sabaq nak tgk...

    BalasPadam
  5. sy klu berjalan, slalu pilih tpt yg byk pemandangan cntek n mendamaikan..jarang pilih tpt yg utk shoping. 1st maybe sbb both sy n hubby suka tgk tpt2 cntek utk release tension. 2nd sbb kumpul modal ckp2 utk berjalan. x dan n shoping gila2 ..kekeke

    BalasPadam
  6. wow kak, saya pun tak penah sampai lg. tapi kalo en. abah pegi mesti ada ole2 yg menarik utk saya. best

    BalasPadam
  7. yeayyy sis dh balik...hihi..
    yg pasti duit pun smpi lebam...hikhik

    BalasPadam
  8. ...Alhamdulillah dah selamat pergi dan balik...
    bila agaknya next visit plak???

    BalasPadam
  9. Tengok sesak dengan motosikal tu, sudah macam Jakarta pulak. Saya tingin gak nak pi Vietnam, belum pernah sampai lagi.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah kak Nza dah selamat pergi & balik :)

    BalasPadam
  11. salam sis
    Suka tgok gambr motor tu..kat sana x byak kete ke?

    BalasPadam
  12. Waa bestnya shopping sampai lebam.
    Ummi tak pernah lagi pergi Vietnam NzA, tapi memang selalu gak dengar member cerita memang best shopping kat sana.

    BalasPadam
  13. bestyer tgk gambar..of course best if pegi ngan family.. (ayah yu)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah selamat sampai..

    wah bestnye kak, jln2 tempat orang, yg pntg byk tmpt soping..yeaaa! hehe~

    pompuan gitulah, soping adalah plg best =P

    BalasPadam
  15. Nak tengok brg2 shopping .. hehe. Nanti akak story ek tempat shopping yg best2 kat sana.

    BalasPadam
  16. yes, kalau pergi vietnam memang kena persiapkan diri dgn segala aktiviti shopping..rambang mata kann...syok ni...sambung lg kak..

    BalasPadam
  17. utgla ibu dapat shoping smpai lebam.. hehe

    BalasPadam
  18. nikmatnya hisup dpt shopping smp lebam..si ellan tu cakap melayu msti macam say who MLM cakap utara.haha

    BalasPadam
  19. Wah, sampai2 terus shopping yer...hihihihi

    BalasPadam
  20. kat vietnam ni lebih kurang macam indonesia la yer..nanti blh minta tip dari akak kalo saya nak shopping kat sana..

    BalasPadam
  21. ohhh vietnam... x penah jejak lg.... bestnye shoppinggg :)

    BalasPadam
  22. Salam..
    Kak, boleh saya dapatkan contact no/email ellan (Pemandu pelancong)tersebut.Saya sekeluarga akan kesana pada hujung jun 2013.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.