31 Disember 2012

Hobi@Kerja Baru Beby a.k.a Farah Najdah

Sekarang bukan main tekun Beby dok mengentel sesuatu.
Tekun sampai larut malam.

Keychain dan pin ni dibuat daripada kain felt.
Kalau tak silap ibu sebiji Beby jual cuma RM2.50-RM3.00 .
Kalau ada sapa-sapa rakan blog nak tempah boleh juga.
Ibu tolong promosi je...ngee....

Ini ada lagi sebahagian yang telah Beby siapkan.
 Sanggup dia bersengkang mata demi menyiapkan semua ni.
Asalnya Beby buat semua ni kerana minat tetapi ramai kawan-kawan
berkenan dan membuat tempahan.
 Alhamdulillah, banyak juga keuntungan yang Beby dapat.

 Koleksi kain felt yang Beby beli di kedai bunga dan ada sebahagian dibeli secara on9.

Hasil yang dibuat malam tadi.
Beby sedang menyiapkan tempahan dari kawan-kawan Along di Matrik.
2 minggu lepas mereka dah tempah sebanyak RM220.
Leka juga ibu tengok.....Cekap sungguh Beby mengunting dan menjahit.

Pelanggan tetap...
Farouk tempah pin baju berbentuk kereta....
dapatlah diskaun dari Kak Nana @Beby.....

Ibu tak sangka Beby minat memasak dan kraftangan.
Bila ibu cadangkan agar Beby memilih bidang ini,
cepat je Beby menjawab :"Beby nak jadi pensyarah BInggeris la ibu, Ini sampingan je...."


22 ulasan:

  1. ayah yu~alaaa comelnyerrr...hehehe...tak sangka pulak bb ni pandai masak n kretif...ayah yu nak tempah anak kucing tiga ekor boleh?simpan nanti balik malaysia k...hehehehehe

    BalasPadam
  2. to Yu
    2lh, xsangka Beby ada bakat juga dlm bidang kreatif nie..nnti kak suruh Beby wat utk yu.......

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. MasyaAllah, berbakat sungguh Beby ni, masak pandai, kraftangan pun pandai, beruntung NzA..

    BalasPadam
  5. to ummiross
    sejak besar baru nmpk kelebihan yg dia miliki cuma dia xrajin baca buku la ummi....huhuhu.......

    BalasPadam
  6. Kreatif !!! Hobby yg boleh create duit.

    BalasPadam
  7. to TH
    betul tu TH....yg pnting minat...

    BalasPadam
  8. wahhh lame da kite tak jahit2 felt ni . comelnyee :D

    BalasPadam
  9. to yasmin
    yasmin minat kraftangan jugak ye....

    BalasPadam
  10. berbakat sungguh beby nie..pastu pandai gunakan bakat yg ada utk berbisnes..pandai carik duit sendiri.hiks..

    BalasPadam
  11. Rajin & kreatif Beby.. Beruntung ibu & ayah..

    BalasPadam
  12. to PK
    Kelebihan yg Allah berikan pd Beby..Alhamdulillah..akak pn xsangka dia pndai cari duit sndiri....

    BalasPadam
  13. to kak salmi
    adalah ikut jejak langkah yah kot.....minat dlm kraftangan...minat kita brsama jugak....

    BalasPadam
  14. Ni mesti menurun ibunya ni., kreatif Dan rajin sgguh..baguslah, kecik2 dh pandai cari Wang saku..

    BalasPadam
  15. Kreatif sungguh beby ni..
    masak pun pandai..untung akak..

    BalasPadam
  16. to kasih salina
    Alhamdulillah, kelebihan yg Allah berikan pd Beby...

    BalasPadam
  17. to adriana
    TQSM...ttp dia lagi advance cz pandai cari duit dr hasil kraftangan tu kak..si ibu dok gentel utk diri sndiri....ngee...

    BalasPadam
  18. to lily
    entahlah...minat yg berbeza dgn perwatakan dia tu....

    BalasPadam
  19. to muhammad syahmi
    TQSM syahmi...

    BalasPadam
  20. comelnye hasil kerja... kreatifff

    boleh wat biz ni

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.