Hari ke 2 di Perak, Kami ke Pantai Teluk Batik.
Bukan main seronok lagi kanak-kanak rebina nie.
Perancangan awal nak ke wet world tapi budak2 lebih suka ke pantai.....
Seawal 9.00 pagi abang long bawa kami berkelah di sini.....
Bujang ibu yang penakut.
Suka main air tapi penakut......
Di sana, abang long ( anak-anak ibu panggil Baba) yang mengantikan ayah.
Melayan kanak-kanak rebina mandi dan main pasir...
Anak-anak ibu amat rapat dengan Baba dan Ummi (kak long dan abang long).
Sejak kecil mereka dibawa ke sana ke sini memandangkan masa tu kak long belum ada
rezeki untuk mendapatkan cahayamata....
dapat setelah mereka berkawin lebih 11 tahun.....
Di bawah terik matahari mereka berempat bergelak ketawa..
Terpekit-pekit ...terjerit-jerit...bila Baba mengusik....
Baba @abang long jadi mangsa buli kanak-kanak rebina......
Sabar jelah....
Entah apalah Naurah dan Yaya main.....
Bukan main berselera mereka makan.....
Kak long (baju oren) masakkan bermacam-macam makanan untuk di bawa ke sini...
Ada meehoon goreng, nasi, lauk ayam masak kicap, gulai udang besar, sambal tumis n macam2.
Kak Long memang teror memasak.....
Terbaik!!!!!!!!
Lepas makan sambung mandi lagi.
Farouk berlari sebab Baba usik nak campak dia ke laut...Kelakar betul....
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami berangkat pulang.
Masa tu hujan turun dengan lebatnya.
p/s:
Hari ni ibu dah mula ke sekolah hingga sesi persekolah bermula...
Meeting...meeting...meeting...
Nampak cantik pantainya. :)
BalasPadamwahhhh..beshnye piknik tepi pntai..nmpak sakan budak2 tu mandi laut n main pasir..mujur ada pak long tukang ganti tpt ayah ya..=)
BalasPadamnmpk cam ok je laut dia..takde la mcm musim tengkujuh kan...
BalasPadamhurmm...panas tak sis time kt sana...^^
Ummi pernah ke Pantai teluk Batik ni, cantik juga pantainya.
BalasPadamTumpang seronok tengok budak2 tu enjoy mandi manda, makan pun bukan main berselera.
Selamat kembali ke sekolah ye NzA..hehe.
Nampak seronok jer budak² tu mandi laut..
BalasPadamala lama tak mandi di teluk batik.. nak gak bercanda disitu kalau balik kampung nanti..
BalasPadamRinduuu sangat dengan cerita2 akak. Welcome back kak...
BalasPadamSaya melihat keluarga bahagia!
BalasPadamkemain derang mandi dekat teluk batik.kami singgah gak teluk batik tp tak mandi pun
BalasPadamSiannya kat Farouq, takut air ye...
BalasPadamKlu pegi pantai lagi best. Pergi wetworld kene bayar... hehehe
Selamat kembali bekerja. Saya dah mula kerja Isnin lepas.
Bestnya dapat berendam di laut. Anak2 akak memang susah nak naik kalau dah berendam macam ni..
BalasPadamSeronoknya bdk2 tu ye...sporting betul baba dorang tu.
BalasPadamSlmt kembali bertugas yah..:)
main air laut kat pantai dan pasir2 tu memang seronok tp tak tahan dgn panas nya tu..
BalasPadambest kan main di pantai dan mandi laut !
BalasPadamkami ke tanjung bidara itu hari.. tp belum update ;)