23 November 2012

Kerja Baru Farah Najdah...

Sepanjang cuti sekolah ni ibu tengok si Beby a.k.a Farah Najdah bukan main sibuk lagi.
Di siang hari dia pergi kerja@kursus masakan.
Sejak berkerja@kursus masak memasak ni,
 si ibu semakin tembam kerana jadi tukang merasa setiap kali Beby masak...
hehehehe......
Macam-macam resepi yang dia belajar dan dipraktikan di rumah.
Tak sangka dia sudah pandai masak samosa, karipap lapis yang rangup, kek, kimchi,
dan macam-macam lagi kuih muih yang ibu sendiri pun tak pandai.
Beby memang minat masak dan kalau mengadap FB dia sanggup mengadap youtube
berkaitan masakan berjam-jam......

Sehari dua ni pula Beby ada hobi baru.
Balik dari kursus masakan dia sanggup mengadap kain felt untuk
hasilkan kraf tangan yang comel.....
Ini sebahagian kraf tangan yang Beby hasilkan.
Client pertama adalah dikalangan adik beradik.....hehehe...
Ibu ada tempah keychain untuk bagi cenderahati pada pustakawaan tahun 6.
Sanggup dia bersengkang mata dan search kat internet untuk dapatkan pelbagai pattern.
Yang ni mungkin dia menurun dari ibu kot sebab ibu memang meminati bidang kraf tangan.
Tapi bab-bab memasak bukan minat ibu.....
Ibu belajar masak pun setelah berkawin dengan ayah..
Budak hingusan lagi masa tu......
Ayahlah tenaga pengajar dan masterchef ibu masa tu.........hehehe......

Sekurang-kurangnya Beby habiskan cuti sekolah dengan
mempelajari sesuatu yang berfaedah.
Yang paling best bila dia praktikkan di rumah....hehehehe....
Tapi jangan lupa, tahun depan Beby pula yang akan duduki SPM........
Alahai tak habis-habis la jantung ibu berdegup kencang.
Setiap tahun anak-anak ibu duduki peperiksaan awam.....Fuh!!!!

p/s:
Untuk perhatian kepada Cho Zila, sila tinggalkan link kat blog ibu ye sebab ibu tak dapat jejaki blog cho zila....

32 ulasan:

  1. Wah, rajinnya Beby. Kreatif sungguh.

    BalasPadam
  2. Rajinnya Beby. Minat yang mendatangkan hasil. Bagus tu. :)

    BalasPadam
  3. boleh la buka tempahan lepas nih...

    mana la tau ramai yang nak...

    BalasPadam
  4. salam
    Nak usik fara nadjah..pg jumaat ni.

    BalasPadam
  5. NzA, ummi rasa Beby dapat bakat seni tu dari NzA, rajin dan kreatif, macam NzA juga, ke mana tumpahnya kuah kan NzA..

    BalasPadam
  6. .....nampaknya menurun dari bakat dinda anakanda ni...
    dah sah keluarga 'SENI'....

    BalasPadam
  7. to aziela
    minat semula jadi kot....

    BalasPadam
  8. to kakcik
    2lh xsangka dia brminat ke arah itu.....

    BalasPadam
  9. to muhammad syahmi
    betul tu.......masyukkkkk!!!!!

    BalasPadam
  10. to lily
    bbrapa thn ni akak baru prasan dia tu kreatif jugak.....xsangka......he...

    BalasPadam
  11. to tiranaaduka
    boleh aje...hehehe...

    BalasPadam
  12. to ummiross
    mungkin bakat seni dr nza ttp bab2 masak tu ikut atok mamanya kot cz ibunya xminat masak....hehehe....

    BalasPadam
  13. to mamaijat
    agaknya kot ttp tang masak tu ikut atok mama kot...hehehe....

    BalasPadam
  14. tahniah Bebi... hehehe jgn ibunya naik kg sudahlah sbb asyik jadi tukang rasa je

    BalasPadam
  15. bagusnyer bebi.. dah belajar praktikan lak yerk.. tapi tuler kena gak ingat tahun depan periksakan..
    ps thanks bagitau .. memang semenjak masalah gambartu kan buat email baru lepastu perasan gak..
    ok linknyer http://ikhlas-atilia.blogspot.com

    BalasPadam
  16. wah..bagusla... jahit felt ni orgnyer mesti kreatif..

    BalasPadam
  17. salam,

    wah, nnti boleh masuk masterchef malaysia...

    tk sangka kan kak, beby yg 'keras' tp lembut tangannya :)

    BalasPadam
  18. to ibuintan
    mmg dh naik kilo ni kak...risau gak......

    BalasPadam
  19. to cho zila
    2lh...yg xtahan ibu la yg asyik makan dan makan dan makan je nie...dh la cuti sk.....

    Moga2 dia dpt kekalkan kecemerlangannya mcm masa UPSR n PMR dulu.....aminn....

    BalasPadam
  20. to ilah
    kreatif n ada minat.....

    BalasPadam
  21. to areef
    mmg kalau boleh dia nk join sama.....hehehe...

    Siapa sangka kan org yg agak ganaz pndai masak n kreatif....hehehe....

    BalasPadam
  22. wah aunty mama nak tempah la....hehehehe

    BalasPadam
  23. to mamaQS
    boleh3X....hehehe...si ibu yg penyibuk lak tlg jwb....

    BalasPadam
  24. to totie@tomy
    2lh xsangka Beby kreatif....

    BalasPadam
  25. lreatif betul beby... sama cam ibunya juga!

    BalasPadam
  26. to izan
    sbb minat kot izan.....

    BalasPadam
  27. beby ni sungguh kreatif n berbakat..calon menantu yg sesuai juga sbb pandai memasak.hehe..

    BalasPadam
  28. Amboi, rajinnya Beby! Susah nak jumpa anak dara minat kedua-duanya sekali; memasak & kraftangan. Lepas ni boleh belajar menjahit dgn ibu pulak.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.