16 Oktober 2012

Naurah Yang Ceria + Ibu Yang Stress!!!!!

Salam rindu semua.
Ibu masih dalam keadaan "kebizian" yang melampau.
Terkejar-kejar dengan bermacam-macam kerja yang perlu disiapkan.
Rakan-rakan sealiran, Mamaijat, Kak Sami, MPayau, Hasnah, juga Dinas, Cklah
(cikgu sekolah menengah) dan yang lainnya sedia maklum....huhuhu...
LINUS, KSSR, Kursus, Mesyuarat, Program, peperiksaan dan macam-macam.
Redha jelah.
Penat macam mana pun kami masih mampu "tersenggeh" bahagia.....weeeeee..

Pagi-pagi buta ibu dah berpeluh.
Minggu lepas key-in i-NILAM, key-in Rakan Pembaca dan 
menyediakan sijil-sijil NILAM yang tertangguh hampir berbulan-bulan.
Walaupun bukan kerja mutlak ibu tetapi ibu terpaksa redha menyiap kerja orang lain..
Dalam keterpaksaan ibu kena buat....
Ibu tidak suka bersuara lebih dari 2X.....
Itulah ibu.....
Takpelah...ibu redha jika itu yang ibu kena lalui........
Dah..dah..jangan nak merungut.....

Dan menyelesaikan key-in "band" KSSR untuk 2 kelas.
Menjalankan ujian LINUS Lisan dan bertulis.
Berkejar ke luar sekolah sebagai Fasi PSS Daerah.
Menyiapkan sistem fail Panitia (7 buah),
Menyiapkan Fail PSS ( 15 buah) untuk pemantauan.
Kemas kini  bilik BBM.
Balik ke sekolah menyiapkan program READ 2012 untuk minggu depan.....
Menyiapkan bahan KSSR sebelum meninggalkan sekolah selama 4 hari
bermula Rabu......
Ah......macam ibu seorang je sibuk...
Orang lain tak kecoh pun.....

Kakak Naurah menerima hadiah kemenangan untuk kesekian kalinya.
Ini Program Kemerdekaan Anjuran PSS....
nilah hasil kerja Naurah...

Itulah, dalam menyiapkan setiap tugasan ibu cuma memohon agar Allah
beri ganjaran yang terbaik buat anak-anak ibu.
Biarpun terkadang diri terasa amat penat + stress + letih dan hampir tersungkur namun...
Allah masih beri ibu kekuatan.
Ibu masih mampu tersenyum, masih dikurniakan kesihatan yang baik, dan
yang penting anak-anak yang mampu membuat ibu tersenyum bahagia..
Alhamdulillah ibu amat bersyukur dengan segala kurniaan......

Naurah juga menerima sijil NILAM -KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Sepanjang berada di SKPK Naurah membaca hampir 1800 buah buku....
Dan dia pernah meraih TOKOH NILAM Daerah.....
Klik SINI

Antara penerima Anugerah NILAM..... Naurah no 4 dari kiri...Kecik pulak budak nie.....

p/s:
Mood : Stress!!!!!!

21 ulasan:

  1. Ummi dengar pun letih NzA..begitulah guru, bekerja sedaya upaya, moga Allah jua yang membalas segala jasa.

    Tahniah Naurah, cantik sungguh lukisan Naurah tu NzA, memang layak menang!

    BalasPadam
  2. ya Allah kak...takut lieya dengar...mmg super duper busy akak...seb baik akak wanita cemerlang...rumahtanggan dan kerjaya akak bejaya manage dgn baik....

    tahniah naurah....hasil warna yg sgt2 cantik!

    BalasPadam
  3. salam kak..cantiknya hasil lukisan naurah..kena asah bakat dia kak..sangat berseni la dia..

    BalasPadam
  4. PBS, pecutan akhir SPM, Program Post PMR....dan langkah-langkah memenuhkan tanda tangan pada senarai serahan tugas akhir tahun. Hehehe...pitam.

    BalasPadam
  5. ...sedikit sebanyak terubat penat lelah bila anak2 beri kejayaan..kan,dinda...
    dah separuh gila kita kan dinda menbuat kerja skul...
    x per..dalam kecoh2,siap juga...semuga semua nya di berkati Allah....
    uuurrrmmm...canner nak elak dari BISINg...nanti jatuh x ikhlas plak!!!!!
    he he he

    BalasPadam
  6. Saya paham kak! Semoga terus tabah :)

    BalasPadam
  7. to ummiross
    Ummi pernah rasai semua ini kan...keadaan skrg makin kritikal la ummi...trkdg trfikir jugak nk brsara awal....huhuhuhu....

    Alhamdulillah 4F siberi bakat seni ttp tidak bagi farouk....huhuhu....

    BalasPadam
  8. to lieya
    trpaksa bahagikan masa sebagai seorg anak kpd mama n abah, seorg isteri kpd suami, dan ibu kpd anak2 juga kpd kerjaya yg diminati sejak kecillll...InsyaAllah semoga akak terus diberi kekuatan lalui semua itu....

    TQSM lieya.....

    BalasPadam
  9. to Kasih Salina
    4Farah ada bakat seni ttp semua brkubur bila naik sk menengah...nk buat mcm manakan..keadaaan yg menghalang minat mrk...

    BalasPadam
  10. to CKlah
    mmg pitam....huhuhu.....

    BalasPadam
  11. to mamaijat
    Alhamdulillah, mrklah pengubat kedukaan hati..merekalah penawar dikala sedih dan mrklh segala2nya....

    trkdg bising jugak kanda bila dh xlarat ttp byk mendiamkan diri.....

    BalasPadam
  12. to dinas
    Saling faham memahami.....

    BalasPadam
  13. sis jgn la stress tau...be cool...^^

    BalasPadam
  14. akak jgn stress ok. memang keja cikgu sekrg ni sibuk sgt

    BalasPadam
  15. to JS
    InsyaAllah........cuba kawal diri...

    BalasPadam
  16. to mamasyaza
    huhuhu...trkdg rasa amat2 penat su ttp InsyaAllah akak cuba brtenang....

    BalasPadam
  17. ok..semput dilla dengar keje2 akak...dilla yg duk opis ni pun tak sesibuk tu..huhu

    BalasPadam
  18. akak... izan yg baca pun dah lelah dibuatnya. moga akak terus diberikan kekuatan utk terus menyumbang bakti pada anak bangsa.

    sula tgk hasil kerja kakak naurah. cantik!!!

    BalasPadam
  19. to dilla
    mmg smput dilla....trkdg rasa nk tumbang...huhuhu...

    BalasPadam
  20. to izan
    TQSM izan..mudah-mudahan masih diberi kekuatan....

    BalasPadam
  21. Tahniah Naurah..mmg cantik lukisan tu..she deserved it..:)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.