29 September 2012

Along + Spaghetti.

Semalam ibu masak spaghetti bersos tomato.
Licin hingga menjilat jari.
Anak-anak ibu memang suka makan spaghetti.


Pagi ini ibu masak spaghetti bersos cheese + herba pula.
Rasa macam tak menyelerakan pulak.
Ayah suka beli sos berperisa yang pelik-pelik........

Bila masak spaggeti mesti ibu akan rindukan along.
Motif buat n3 ni sebenarnya kerana rindukan Along...huhuhu...


Spaggeti bersos cheese + herba......

Hujung bulan ni Along mungkin tak balik.
Sekarang dia sibuk dengan study.
Maklumlah budak-budak matrik sekarang tak macam zaman kita dulu.
Kalau dulu waktu belajar 2 tahun tetapi sekarang dipendekan selama 1 tahun je.
Jadinya tiap-tiap 2 minggu Along ada exam.
1 bulan lagi Along akan hadapi final exam untuk semester 1.

Ini gambar  Along balik semasa cuti Hari Malaysia.
Pelajar kolej yang masih manja..
Makan nak bersuap...........
Perangai manjanya buatkan ibu terlalu merindui Along.

Ni semasa kami singgah ke Tesco Melaka.
Menu wajib yang kami beli sudah semestinya sushi bersama stok makanan
Along di sana.

Along, Angah dan Naurah.
Siapa sangka Naurah yang kecil keding dah mula meninggi.
Ketinggiannya dah hampir sama dengan Along.
Agaknya kalau dah naik sekolah menengah nanti Naurah pun akan memiliki ketinggian 
macam angah dan Beby juga kot.
Maklum la baka sebelah ibu semuanya tinggi lampai....hihihi.....

p/s:
Minggu depan Along exam Muet.
Doakan Along ye......

13 ulasan:

  1. Ye lah NzA kan, kalau anak berjauhan, tiap kali makan mesti teringatkan mereka, terutama bila makan makanan kegemaran mereka.

    Ummi doakan agar Along berjaya dengan cemerlang dalam exam MUET nya nanti...

    BalasPadam
  2. to ummiross
    2lh, kerinduan seorg ibu kan ummi...huhuhu...

    TQSM ummi krn xpernah jemu brdoa utk nza sekeluarga....Moga Allah sntiasa memberkati hidup ummi sekeluarga......amin.

    BalasPadam
  3. to maiyah
    betul tu maiyah...huhuhu....

    BalasPadam
  4. Suka mkn spaghetti campur sos prego traditional tu..sedap.. ^^

    Angah tinggi dr Along ye kak..Naurah pun macam Angah juga ni..tinggi lampai...

    BalasPadam
  5. to lily
    anak2 akak pn suka spaghetti sos tradisional...masam2 ...sedap.

    a..ha..Angah n Beby lebih tinggi dr Along....hehehe....

    BalasPadam
  6. Anak2 akak pun suka spaghetti terutama along & ude..

    Moga along cemerlang dlm ujian muet nanti..

    BalasPadam
  7. Anak2 akak pun suka spaghetti terutama along & ude..

    Moga along cemerlang dlm ujian muet nanti..

    BalasPadam
  8. to kak salmi
    citarasa ank2 skrg dh xsama dgn kita kan kak mie..

    TQSM kak mie...Mudahan....amin.

    BalasPadam
  9. Dua orang anak dara saya belajar dan duduk berasingan dari keluarga. Jadi saya faham perasaan itu.
    Saya tak masak kegemaran anak-anak tu kalu depa takda. Cedih!

    BalasPadam
  10. to azieazah
    2lh cpt masa brlalu....giliran kita pula ditinggalkn...

    makanan kegemaran mrk buat kita sedih....

    BalasPadam
  11. Kalau sos cheese dan herbs tu, Yati lebih suka guna macaroni dari spagetti. Cer kak Nza try. :)
    Semoga Along berjaya dalam pelajarannya. Amin...

    BalasPadam
  12. ok kak, dilla doakan along cemerlang nnti..

    ala, sian die rindu kat along ye..

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.