13 Ogos 2012

Cuti Hujung Minggu @Topical Inn, JBharu.

2 hari menyepi ibu dah rasa kerinduan kat rakan-rakan blog..
Bukan tak boleh on9 kat sana tetapi biasanya kalau pergi bercuti ibu 
seboleh-bolehnya cuba melupakan internet seketika.
Konon-kononnya nak habiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Kami bercuti ke JB sebenarnya selama 2 hari 1 malam
di Hotel Topical Inn Johor Bahru..
Tempat penginapan kami.
Dapat tingkat 19...

Pemandangan dari bilik kami...mengadap Singapore....

Gambar tak ada motif.....hehehe....
Tak ada idea nak mengarang so tepek gambar jelah......

Bilik kami....
Pagi Sabtu kami dah bertolak ke JB.
Perjalanan lebih kurang 190-200 km dari rumah.
Kalau ikut highway dalam 2 jam sampailah ke hotel.....
Sampai je, ayah seorang yang check in.
Ibu dan anak-anak tunggu dalam kereta je.
Sebab misi pertama kami nak bershopping sampai lebam....
Aduyai.......

Hero ibu berdua ni kalau berjalan mesti berpimpin tangan.....
Ibu dah tak ada peluang la.....

Misi pertama kami ialah ke  Galleria KotaRaya.
Ayah memang seorang peminat tegar "window shopping".
Jadi tak ada masalah kalau bawa kami bershopping sebab ayah lagi "over" dari kami berlima.....
Di ground floor hanya menjual baju raya.
Harganya?????...mak aii, mahal bangat.
Paling murah baju kurung RM190 hingga RM500 sepasang.
Ibu dan 3F cuci mata jelah.
Lagi pun baju + kasut raya dah settle....

Ayah ajak ke tingkat 1.
Ada jualan mega barangan berjenama.
Aduh!!! tension sungguh ibu tengokkan handbag dan kasut kat sini.
Ada ofer gila-gila + cantik2...
Lagipun semuanya dari jenama terkenal.......
Tergoda juga akhirnya ibu dengan sebuah handbag berjenama Valentino dan kasut jenama louis...
Memang pokai....
2 barang tu dah jejak RM????...huhuhu......

Dah petang baru tiba ke bilik....
Menuju ke bilik.......

Dah penat shopping, kami terpaksa kembali ke hotel kerana petangnya ayah ada seminar.
Malamnya ada majlis dinner a.k.a berbuka anjuran Cuepecs.....

Dulu ber5 sekarang tinggal ber4.
Sedih!!!!!
Along dah cuti sejak minggu lepas.
Tetapi Along terus balik ke Kelantan.
Kami jumpa pada Khamis nanti...huhuhuhu.....
Miss Along so much....

Pukul 7 malam, ibu dan ayah menerima undangan majlis berbuka
anjuran Cuepacs Johor Bharu.
Makanan kat sini memang sedap dan terbaik.
Segan nak snap gambar.
Maklumlah makan dengan VVIP...huhuhu......
Ibu makan nasi beriyani + kambing + ayam panggang + udang + daging.
Samping ibu makan fish n chips dan aiskrim.
Anak-anak berbuka dengan nasi beriyani + kambing.....

Selepas selesai majlis makan-makan,
kami sambung lagi edisi shopping mopping nie.
Kali ini kami ke City Mall yang berhampiran dengan hotel.
Kami berjalan kaki je sebab dekat.
Anak-anak bukan main suka lagi bila melihat barangan yang di ofer kat situ.
Barangan bermacam-macam jenama terkenal ada potongan 50-70%.
Mau tak teruja anak-anak dara tu.
Dompet ibu makin kempis....huhuhu....

Si bujang dah bosan melihat gelagat ibu dan kakak2nya yang tak reti-reti nak
balik....

 Beli donut untuk di makan di bilik nanti..... .......

Lenaaaaa kepenatan......

Posing sebelum check out....
Paginya ibu terperanjat lihat muka farouk bengkak + seluruh badan gatal-gatal.
Muka dah xhendsom...huhuhu...
ibu pun tak pasti farouk kalau makan daging kambing ke tuna.....

Ce tengok muka Farouk sebelum dan selepas kena alergik tu.
Kesian!!!!!!

Budak yang dah bosan.....

Sebelum balik ayah bawa lagi ronda-ronda pusing JB.
Ayah offer ibu pergi shopping lagi..
Hai ayah, macam perli ibu jerrr..........huhuhu
Ibu dah hampir muflis dikerjakan anak2....

Ibu candid dari jauh je.....

Sempat main kais2 pasir....

UPSR candidate......

Tiba di rumah dah petang........

21 ulasan:

  1. kesiannya kat anak bujang akak tu...makan apalah tu ye sampai naik bengkak mcm tu...huhu...

    sekarang dah ok ke?

    BalasPadam
  2. farouk dengan aunty serupa le tak blh salah makan.... pasti akan menyesal hehehehe

    BalasPadam
  3. Olala..!!bercuti sakan, bestnya bercuti ramai2 anak beranak, pasti meriah. Hehe..yang penting shopping sakan juga, nanti tunjukklah beg dengan kasut yang jenama glamer tu, mesti cantik sangat tu NzA, berhabis pun takpe, yang penting hati suka.

    Kesian pulak tengok muka Farouk tu, tapi takpe, janji tetap ceria..

    BalasPadam
  4. ish..kesian tgk muka farouk...
    kak..tq untuk penanda buku yang sweet tu =)

    BalasPadam
  5. salam kak..bulan puasa pun sempat lagi bercuti..huhu..cantik jugak bilik hotel tu ye..johor jer satu2 negeri yg belum saya sampai..teringin sgt nak ke sana..

    BalasPadam
  6. owh..akak cuti ke JB ye..kalau tau boleh jumpa akak..dah dekat tempat ktorg...

    Sian Farouk kena alergik..bengkak muka dia..

    BalasPadam
  7. wah, weekend holiday sambil shopping. Best tu. :)
    Kesian Farouk, dia allergik apa kak?

    BalasPadam
  8. Best cuti satu family! Takpalah Alongpun dengan family jugak di Kelantan tu kan.

    Kesianla tengok muka Farouk..

    BalasPadam
  9. to wahida
    2lh, xpernah dia kena mcm nie...risau akak tgk...blm pasti dia kalah apa....

    BalasPadam
  10. to mamaQS
    muka dinda akn bengkak mcm tu jugak ke kalau salah mkn???? ni 1st time farouk kena tau...huhuhu....

    BalasPadam
  11. to ummiross
    ayah mmg mcm tu ummi, kalau brcuti mesti diangkutnya anak2 dia tu.....hehehe....

    2lh, bila shopping xsedar diri...blk bilik tgk duit dh habis la ummi...huhuhu...segan la nk tayang ummi...nnti org salah sngka lak.....

    2lh, trperanjat kami pagi tu tgk muka farouk.....

    BalasPadam
  12. to cheqna
    2lh, buruk no muka dia kan....huhuhu...

    sama2...tnda ingatan utk cheqna...

    BalasPadam
  13. to kasih salina
    ayah mmg mcm tu salina..suka suki je bwk kami xkira masa n ketika....ngee...

    oooo...ye ke??? nnti kalau brkesmptan bolehlh shopping kt johor....

    BalasPadam
  14. to lily
    2lh, xprasan lak lily ada kt JB kan....

    BalasPadam
  15. to yati
    smbil tmankan ayah tu yati smbil cuci dompet...huhuhu...

    entah la yati....akak pn xpasti farouk allergik daging kmbing ke tuna cz dia mkn kedua2 tu serentak....

    BalasPadam
  16. to dinas
    saat indah bila bersama org trsyg....2lh, xpelh, along pn cucu kesygan atok...

    2lh, kesian tgk muka dia tu....

    BalasPadam
  17. mmg risau dibuatnya
    tgk muka anak camtu kan

    BalasPadam
  18. to maiyah
    mmg risau maiyah...xtau punca jd mcm tu...

    BalasPadam
  19. sis mmg shopping smpi lebam ni...hihi.


    **maybe farouk xblh mkn seafood kot..kesian...^^

    BalasPadam
  20. to JS
    shopping smpai lebam + muflis...huhuhu....

    BalasPadam
  21. Bestnya dpt bercuti satu family.
    Kesiannya tgk Farouk tu..

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.