25 Julai 2012

Master Chef Ibu + Pencinta Binatang.

Dah 5 hari kita menyambut Ramadhan.
Dan orang yang paling sibuk di dapur bila petang menjelang ialah si Farouk.
Balik dari SKAgama mulalah bising mulut dia.
"Ibu, farouk haus la, Farouk lapar la ...."
Masa nilah ibu akan tunjukkan gambar-gambar kanak2 yang kebuluran di internet.."
Farouk akan diam. Dikelopak mata ada titisan airmata.
Inilah bujang ibu....cepat sangat tersentuh hatinya...
Seorang yang amat sayangkan binatang.....

 Lepas solat Asar, inilah kerja farouk.
Tolong ibu "mengacau lauk" di atas dapur.
Tolong kecahkan dapur ibu.
Tolong kemas meja.
Tolong susun pinggan mangkuk di meja.......
Sambil tu mulutnya tidak henti bercakap.
"Ibu, nanti bila dah besar, farouk nak tolong isteri masak tau.."
Yelah tu...hehehe.......

Bak kata pakciknya, "like father, like son".
Mungkin mewaris minat ayah mencuba menu baru.
Kalau tidak sibuk, ayahlah yang akan menyediakan hidangan untuk berbuka.
Ibu sekadar masak lauk untuk dimakan selepas solat Maghrib.

 Waktu terluang Farouk habiskan masa di belakang rumah.
Memberi makan kepada rabbit dan kucing.
Haiwan tu semua bukan kepunyaan family kami tau tetapi farouk ni 
dah terlebih rajin.
Macamlah pets tu semua milik dia.
Suka suki je bagi makan.....hehehe....
Rabbit tu adalah kepunyaan cousin ayah dan kucing-kucing tu semua adalah 
pelarian yang tidak bertuan.
Farouk memang sayangkan binatang....



20 ulasan:

  1. amboi farouk...dandan nak tlg isteri tu
    hehehehe
    =)

    BalasPadam
  2. Wahhhh...bagus jugak cara cikgu erk...kalau anak2 belajar pose merungut pasal lapar....kita tunjukkan jerk gambar2 insan yg nasib nya tak sebaik kita....terima kasih atas idea tu.....ahakz

    BalasPadam
  3. amboi farouk dah pkir nak ada isteri ekkk...hehehehe

    BalasPadam
  4. Jauh pemandangan Farouk hihihi...
    Bagus tuh, kecik2 dah pandai ambil hati ibu dia...

    BalasPadam
  5. to cheqna
    2lh, xsabar nk kawin dh tu.....he...

    BalasPadam
  6. to jebateja
    itulh cr yg trbaik utk buat mereka insaf w.pn seketika.....he...

    BalasPadam
  7. to mama syaza
    farouk tu mmg su...trlalu maju ke depan....hehehe....

    BalasPadam
  8. to shima
    2lh pasal..blajar baru drjah 3 ttp dh brwawasan nk kawin..aduyai......

    BalasPadam
  9. org yang sayangkan binatang nie hatinya lembut jiwanya halus..=)

    BalasPadam
  10. to wan nurul hezrina
    yelah agaknya nurul cz farouk ni jenis seorg yg sensitif.....

    BalasPadam
  11. hehe..

    baguskan farouk ni.. Moga kekal lah begitu kan..

    BalasPadam
  12. Alahaii, ruginya tak ada anak dara. Kalau ada, boleh saya booking Farouk... hihihihi

    BalasPadam
  13. alalalala anak mithali farouk ni.rajin tlong akak.hehe.

    BalasPadam
  14. Kelakar la Farouk ni.. dah ada calon ke? hehe..
    Sayang anak dara achik dah besar2.. Kalau tak boleh ambik Farouk jadi menantu..

    BalasPadam
  15. to ena
    InsyaAllah...ameen....

    BalasPadam
  16. to aziela
    hahaha.......kalau tak boleh la brbesan kan.....

    BalasPadam
  17. to sizuka
    trkdg kerajinannya buat ibu rimas...hehehe.....

    BalasPadam
  18. to kak salmi
    itulh bujang yah sorg ni kak mie..mcm2 ragam dia nie..ttp nmpk minat gak ke dapur mcm ayah...

    Alahai rugikan....xdpt la brbesan.....

    BalasPadam
  19. mmg mewarisi ayah.good son n good future husband nie.haha

    BalasPadam
  20. to PK
    InsyaAllah, mudahan bila dh besar nnti mampu membantu isteri di rumah...cewah...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.