31 Julai 2012

Kenapa Ibu Sering Curiga....

Entah mengapa hati ibu sering curiga bila melihat Farouk di bulan puasa.
Terkadang timbul rasa bersalah.
Perasaan sebegini tidak pernah ada di hati ibu sewaktu 4F berpuasa diusia Farouk.
Ibu bukan apa, curiga melihat keadaan Farouk yang tidak menunjukkan tanda-tanda lapar atau haus.
Ah......terkadang ibu rasa bersalah kerana sering curiga pada farouk.............
huhuhu.....

 Balik sekolah, sempat belek dan baca Al-Quran sebelum ke SAgama sesi petang.

Farouk : Ibu, ustaz kata kalau tengok Al-Quran pun dah dapat pahala ek???
Ibu : Yelah, kalau farouk baca makin banyak dapat pahala, 
ibu dapat, ayah pun dapat, kakak2 pun dapat pahala....Nanti sejuk perut ibu....
Farouk : Best la kalau macam tu ,
perut ibu dah rasa sejuk ek sekarang sebab farouk dah baca al_quran.
Ibu:  yelah, sejuk sangat......(alahai, macam-macam budak sorang nie...)

 Balik Sekolah Agama sesi petang Farouk layan game pulak.
Sambil-sambil tu sempatlah Farouk temankan ibu di dapur.....
Terkadang rimas jugak ibu bila dia nak tolong ibu.
Banyak sangat pertanyanya......penat nak layan....

Sebelah malam selepas berbuka farouk suka duduk di kaki ibu.
Itulah kerjanya sebelum pergi surau berterawih.
Suka dibelek-belek, disapunya losyen, dikebek2, di gosok-gosok kaki ibu.......
Bila ibu tanya, farouk cari apa kat kaki ibu tu.
Farouk : Farouk cari syurga di tapak kaki ibu....
Ustaz kata syurga di bawah tapak kaki ibu........
Kuat juga pengaruh seorang ustaz ye......
Alahai farouk....
Terkadang dialah racun dan dialah madu buat ibu.......

24 ulasan:

  1. ...alahai anak omak.....nan sorang!!!

    kanda pun tu lah aje sorang bujang lawa tempat manja2....
    he he he.....

    BalasPadam
  2. to mamaijat
    2lh, manjanya mengalahkan kakak2nya yg lain.....
    hehehe.....

    BalasPadam
  3. Begitulah gayanya si bongsu. Macam Faiq juga. Walaupun layanan kita sama macam yang lain tapi pandai je dia manja-manjakan diri..

    BalasPadam
  4. Macam itulah perangai anak2. Kadang2 membuatkan kita tersenyum kadang2 diam2 kita menangis kerana mereka. :)

    BalasPadam
  5. Bertuah sbb ada ank bujang..moga jd anak yg soleh..jgn lh diragui kejujurannya lg..insyaallah Farouk tentu lh puasa tu ibu..:)

    BalasPadam
  6. kesian kt farouk ibunya was2..hihi..

    BalasPadam
  7. Alahai anak bujang manja.. Mesti mulus kaki ibu hari2 farouk sapu losyen. Hehe.. :-)

    BalasPadam
  8. Sweetnya anak bujang sorang nih. Mesti halus gebu kaki ibu kena sapu losen selalu :)

    BalasPadam
  9. alahai farouk.bahagia akak ada anak mcm farouk ni :)

    BalasPadam
  10. tak baik cikguuu...was2 dgn si budak bujang tu....sian dia....ahakz

    BalasPadam
  11. to kak salmi
    itulh, dia yg sering manjakn diri dia...suka bertepek je....

    BalasPadam
  12. to kakcik
    yelh kakcik, mrklh racun, mrklh penawar kita.....trkdg kita mampu trsenyum bahagia n trkdg kita menangis....

    BalasPadam
  13. to ariana
    Alhamdulillah syukur krn Allah kurniakn juga seorg si bujang nie..penguat semangat kami maklumlah 4F perempuan.....

    hehehe...trkdg confius tgk keadaan farouk yg segar je tu.....

    BalasPadam
  14. to JS
    2lh, xtau la kenapa...huhuhu....

    BalasPadam
  15. to zefa
    bujang yg mengalahkan kakak2nya tu..kerjanya duduk brtepek je kt ibu...bukan jadi mulus ttp habis dikopek2nya smpai melecet......huhuhu....

    BalasPadam
  16. to dinas
    hehehe......dh xgebu bila smbil2 sapu losyen habis kaki ibu dikopek2....pedih tau....

    BalasPadam
  17. to sizuka
    trkdg dia membahagiakan n trkdg dia buat akak gerammmmmmmmmmm....

    BalasPadam
  18. to jebateja
    maunya xcuriga bila tgk segar semacam jerr....hehehe....

    BalasPadam
  19. perut ibu dh sejuk tu, jgn curiga lg ok.hehe

    BalasPadam
  20. Alahaiii...sweetnya. Tapi yer lah kak..anak bijang saya tu pun suka gentel kaki saya juga. Entah apa yang dicarinya...

    BalasPadam
  21. kak ibu dulu mama pun sama, selalu syak je pada qayyum kalau dia tu keluar bilik air walaupun tahu qayyum ni tak akan buat sebab dia ni penggeli, mana mahu minum air paip kemudian ingat lagi soalan qayyum masa umur dia 5 tahun baru balik dari tadika..."mama nak tgk leg kejap". lepas tu dia suruh duduk dan tengok tapak kaki mama , bila tanya "Nak tengok SYURGA" hehehehe

    BalasPadam
  22. to PK
    hehehe....sentiasa curiga dgn farouk..huhuhu......

    BalasPadam
  23. to aiela
    hehehe..agaknya budak2 lelaki skrg lebih manja kot....

    BalasPadam
  24. to mamaQS
    ye ke??? agaknya budak lelaki ni lain sikit kot...kita je yg asyik curiga kt dia padahal dia puasa.....huhuhu...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.