18 Jun 2012

Misi Berjaya

Weekend  lepas pihak kolej membenarkan pelajar pulang.
Setiap hari ibu dan along menghitung hati.
Kerinduan yang sarat didada tak dapat digambarkan.....

Tiba-tiba hari Jumaat Along call tak boleh pulang kerana 
terpilih mewakili kolej dalam 1 program peringkat negeri.
Dalam esak tangisnya along call ibu......Dan hati ibu  hanya Allah saja yang tahu....
Sedih dan kecewa namun tetap redha.....

Tiba-tiba pagi Sabtu Along call lagi...
"Ibu, petang ni Along boleh balik tau...program tamat petang."
Nanti ibu cakap kat ayah jemput along ye......"
Hati berbunga riang.
Walaupun dalam hati berkira-kira....
Bukan dekat jarak kolej along tu dari rumah.
Pergi/balik untuk Sabtu dan Ahad memakan masa hampir 8 jam.
Demi anak dan kerinduan ini, Ayah dan ibu sanggup.
Rupanya dalam diam, Ayah juga menanggung kerinduan pada Along.
Tak sangka rupanya setiap hari Ayah akan call along.
Alahai ayah....lebih dasyat dari ibu rupanya.....

Lebih kurang pukul 2 ptg Sabtu kami bertolak.
Pukul 4.10 petang kami tiba di Asrama B1 KMM-Kolej Matrikulasi Melaka....

 Along sudah tercegat di tepi dinding asramanya.
Meluru memeluk dan mencium ibu.......
Badan Along agak susut.......
Dan yang paling along sedih bila adik kesayangan merangkap best friendnya, Angah tiada.
Angah terpaksa menghadiri kem kecemerlangan SPM selama 3 hari 2 malam....
Sebab tulah angah beria-ia nak menarik diri........

di depan asrama....
Wajah Along berbunga riang.

 OTW bertolak balik, along meminta ayah singgah di TESCO..
Ibu dah agak mesti Along dah rindu nak makan sushi.....

Beli 6 paket sushi.
Bukan setakat sushi, along minta nasi lemak, pizza, roti kopi dan macam-macam.
MasyaAllah, kesiannya ibu tengok Along makan.
Macam orang Ethopia yang kebuluran.
Tersentuh hati ibu bila Along beritahu dah 3 hari dia tak makan nasi sebab demam dan tak
larat nak ke cafe...hu.hu.hu.......

 Si Farouk pun pengemar sushi....Kalau setakat 1 paket tu sekali makan je....

dan rutin biasa bila Farouk bershopping dengan ayah.
Dapat 4 biji "hot wheels" tiruan nie.......
Kalau dengan ibu maaf le, confirm tak dapat.....

Sampai rumah dah 9 malam.
Badan penat sangat.
Esoknya along request nak makan macam-macam.
katanya dah 1 bulan rindukan masakan ibu.....

 ibu masakkan spaghetti carbonara.
Sosnya ibu beli yang dah siap dalam tin....
MasyaAllah, Along makan tak toleh kiri kanan.
Minta ibu bekalkan ke kolej lagi...

 Along juga teringin nak makan kerabu kaki ayam....
Resepinya klik sini .

dan ayam masak merah.....
Disamping tu ibu bekalkan makanan ni untuk along.

Pukul 2.30 petang kami jemput angah yang baru tiba di sekolah,
Beby ke Muar kerana hadiri pre ujian "black belt" (next n3).
Lebih kurang pukul 4.45 petang kami tiba di kolej setelah 2 jam perjalanan.
Sekali lagi Along memeluk ibu erat.
Mukanya mula berubah sedih.
Hati ibu sayu......ibu menahan air mata ini.
Takut jadi drama sedih pulak nanti....

Selamat tinggal Along.
Sebulan lagi kita akan bertemu InsyaAllah.
Walaupun baru berpisah beberapa jam, 
kerinduan pada Along terus menyesak di dada.....hu.hu.hu...
Take care ye Along....

26 ulasan:

  1. Demi anak, seorang ibu sanggup buat apa saja. :)

    Kesian Along...

    BalasPadam
  2. itulah mama tanggung setiap hari tahun lepas kak... masa tulis komen ni menitis air mata mama, mama amat memahami perasaan kekanda ku ini...

    BalasPadam
  3. sabar la. mmg mcm tu br2 msk. tp ada jgk yg homesick lm gila. tp lm2 mst ok punya la. mkn tu biasa jugak. kdg2 mkn kdg2 tak.

    BalasPadam
  4. bestnye kak, ada macam2 menu utk along. takpelah kak jangan bersedih ok. lagi sebulan boleh jumpa lagi. kita sama2 doakan semoga along ok kat kolej

    BalasPadam
  5. to kakcik
    betul tu kakcik, demi krn mereka....

    BalasPadam
  6. to mamaQS
    TQSM dear krn kita sama2 alami kisah yg serupa cuma mamaQS lebih awal dr akak......itulah kasih seorg ibu kan....

    BalasPadam
  7. to anisalya
    2lh, dulu pn kita prnah lalui semua tu ttp mungkin masa zaman akak xmcm anak2 skrg..anak2 skrg lebih manja n xbegitu kuat mcm org dulu....

    BalasPadam
  8. to mamasyaza
    demi anak si ibu snggup lakukan apa saja trutama ttg mknan tu...InsyaAllah moga kami makin kuat lalui semua nie.....

    BalasPadam
  9. .....membaca sambil biarkan aje tears drop....

    .....cos,kanda dah melaluinya.....

    the key words..'SABAR' & "DOA"....

    BalasPadam
  10. to mamaijat
    hu.hu.hu....sakit menanggung kerinduan...apa pun tetap sabar n redha...cuma trkdg kerinduan tak mampu ditahan.......

    BalasPadam
  11. Kakak mu ini cukup memahami kerana dah bertahun melaluinya. Tahun ni kerinduan berganda..

    BalasPadam
  12. Demi mereka kan.. Anak saya kecik2 lagi.. huhuhu kang mesti camni juga

    BalasPadam
  13. Terubatlh sedikit kerinduan ye..demi ank2 kita kena kuat walaupun dlm hati hanya tuhan yg tahu..
    Wah..mcm2 yg along nk mkn ye..mknn yg x de di kolej dan air tgn ibu yg palibg mahal tu..

    BalasPadam
  14. kak... kelakarlah along. Memang betul akak cakap mcm Ethopia kebuluran. Rindu benar dia dgn akak & masakan akak ye.

    BalasPadam
  15. along pun nampak happy je dapat balik jumpa ibu ayah.. :-)

    duduk kampus memang makan tak memuaskan hati..tak sama macam mak hidangkan..

    BalasPadam
  16. alalala rindu sangat lama tak jumpa.nampak muka along happy je bila dapat jumpa akak :D

    BalasPadam
  17. Sayu sangat dengar 3 hari Along tak makan nasik sebab demam dan tak larat nak ke cafe..sedih..

    BalasPadam
  18. to kak salmi
    hu.hu.hu....sedihkan menanggung rindu pd anak..Mungkin tahun dpn n thn seterusnya yah akn brada ditmpt kak mie skrg krn anak2 kita lahir jarak yg rapat.......

    BalasPadam
  19. to syiela
    putaran masa dik...pasti kita akn lalui semua tu.....itulh perasaan ibu/bapa kita....

    BalasPadam
  20. to ariana
    2lh, trubat kerinduan kami walaupun seketika....

    airtangan ibu tetap terbaik di tekak anak2 kan kak.....

    BalasPadam
  21. to TH
    akak pn trperanjat tgk along mkn..katanya xkenyang w.pn mkn mcm2..kebulur betul budak tu...hu.hu.hu......

    2lh kasih ibu pd anak....

    BalasPadam
  22. to murni
    mmg hepi sgt2..sepjg prjlnan xhenti2 dia brcerita...mcm2 dia nk kongsi....

    betul tu..masakan ibu yg trbaik kan....

    BalasPadam
  23. to sizuka
    2lh hepi sgt2 dia...xtaulh kalau dia dok oversea mcm izzati dulu...agaknya ibunya yg over sedih...hu.hu.hu...

    BalasPadam
  24. to dinas
    2lh kesian sgt2...masa call dia xde pn ckp xmkn nasi selama 3 hr..bila jumpa baru dia ckp cz takut ibu sedih...hu.hu.hu....

    BalasPadam
  25. Tentu seronok kan NzA dapat jumpa Along walaupun sekejap. Ummi pun anak lelaki yang bongsu tu,sejak ummi balik semenanjung, hampir tiap minggu balik ke Bangi.Kalau takde tiket kami pulak sanggup ke sana..begitulah kasih ibu ayah kan NzA..

    BalasPadam
  26. to ummiross
    mmg seronok sgt ummi bila dpt jumpa anak2 ttp skrg ni kerinduan brtandang lagi....Anak ummi blajar kt UKM ek????

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.