23 Jun 2012

JJCM di Pasar Malam.

Beberapa hari ni n3 ibu agak kurang.
Entahlah ye.
Nak kata sibuk memang sibuk sokmo.
Tetapi ibu rasa kebelakangan ni ibu tidak begitu mampu menguruskan masa sebaik mungkin.
Masa ibu banyak dihabiskan dengan melayan badan yang tak begitu sihat.
Ibu lebih suka lepak2 + baring2 dan malas nak fikir apa-apa.
Mood nak mengadap lappy pun melayang......Entahlah....

Petang  semalam tergerak hati nak ke pasar malam kat Serom 3.
Teringin sangat nak makan nasi kerabu.
Nasi kerabu kat situ memang terbaik kerana dimasak oleh orang Kelantan ori.
Slang bercakap pun pekat sangat-sangat...he.he.he...

Kalau ikutkan hati malas nak drive ke sana.
Ayah pula outstation kat Putra Jaya.
Tinggal la kami berlima kat rumah.
Saat macam ni ibu akan rindukan Along.
Kalau along ada bolehlah dia drive.......hu.hu.hu....

 Peneman setia ibu, Beby....
Angah dan Naurah tunggu dalam kereta je.

Farouk dah botak dan kurus......
Kebelakangan ni pun farouk tak sihat.
Kena athma attack.
Masa raptai perbarisan hari tu Farouk hampir pengsan kat tengah padang.
Pucat lesi mukanya...
Kesian farouk....

 Kami cuba beli pizza yang dibakar segar di situ.
Dah beberapa kali kami ke sana tetapi asyik tak jadi nak beli sebab ramai orang.
Harganya cuma RM14 dan bersaiz XXL.
Tak sangka, sedapnya pizza tu mengalahkan pizza hut.
Memang terbaiklah...dengan isinya dan keju melimpah ruah.
Patutlah ibu lihat ramai orang beratur digerai tu.
Lagipun pembuat pizza ni terdiri daripada 2 orang jejaka hendsom....he.he.he....
Sekelip mata pizza ni dah habis.....
Bayangkan!!!!!

 Lepas makan pizza, kami lumba-lumba acara makan nasi kerabu pulak.
Nasi kerabu terbaik.
Sedap.
Makan sampai licin...
Cuma farouk sorang yang makan ayam goreng...

Perut ibu dah sendat dan mengetat dengan makanan.
Tengok kebab ni dah lain macam.
Tulah, tamak sangat.
Kalau tengok makanan semua nak beli.
Tapi alhamdulillah, Angah, Beby dan Naurah yang habiskan.
Anak-anak ibu ni nampak je kurus tetap kalau makanan kegemaran mereka,
memang makan tak hinggat.......

Dalam pukul 1 pagi tiba-tiba ayah muncul kat rumah.
Alahai ayah ni pun.
Kalau outstation selalu macam tu.
Seboleh-boleh berkejar balik juga rumah walaupun jauh.
Sanggup berulang alik.......
Masa ayah balik ibu dah.............zzzzzzzz........

23 ulasan:

  1. Kalau tak kita tentu boleh berjumpa la Kak Nza.. Nama aje satu daerah tp kita belum ketemu lagi! huhuhu..
    Shima pegi juga smlm tp lps maghrib. Niat mmg nk pegi awal tp kul 5ptg kami ke muar dulu ada urusan sikit :)) Pizza tu pun selalu gak shima beli.. Biasanya beli separuh je kak. shima ngan aqil je yg mkn.. Nasi kerabu blom try lagi.. sedap ye?

    BalasPadam
  2. sedapnye...js nk g psr mlm bangi lah arini...jln2 cari mkn...hehe

    moga kak nza cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  3. to shima
    alahai ruginya xdpt jumpa ye shima..akak ni kalau p pasar mlm biasanya suka pergi awal sikit cz masa tu blm sesak lagi...
    InsyaAllah kalau brksmptan kita jumpa ye.....

    BalasPadam
  4. to JS
    sbb tgk blog JS la ni tringin nk p pasar mlm....he.he.he...

    wah mlm ni p lagi ye...

    BalasPadam
  5. .....hai dinda...
    kanda dah dapat bayangkan juadah untuk berbuka Ramadan nanti.....
    agak2nya cam ni juga ka?????
    ha ha ha.....
    gurau aje..
    kanda pun terliur gak tgk nasi kerabu tu....

    pagi ni kami 3 beranak beriya2 jogging bakar lemak..
    Al maklumlah..dah x dapat di hide2 kan lagi dah...perut tu...
    he he he...

    BalasPadam
  6. to mamaijat
    biasanya juadah brbuka kami amat2 simple...1 jenis lauk + sayur + kuih-muih...2 je kanda......he.he.he....

    wah xtvt yg amat2 bagus tu..dinda ni xtaulh bila nk bakar lemak...sejak 2 menjak ni asyik trbaring lesu jerr....hu.hu.hu.....

    BalasPadam
  7. Berani Along bawa kereta. Bagusnya dia.

    Anak ckLah Dia, baru je lulus ujian Khamis lepas. Dah habis Asasi baru dia nak ambik lesen. Lepas SPM dulu, tak mau dia walaupun kawan kawan sebaya semua pakat ambik. Skrg ni tgh tunggu nk buat lesen motorsikal pulak. Penakut di jalan, bukan main...

    BalasPadam
  8. Dah lameeee sgt x gi pasar mlm.rindulah plak rase

    BalasPadam
  9. to ummiross
    ye ke gitu ummi....

    BalasPadam
  10. to cklah
    along mmg berani..lepas SPM terus blajar.....dpt lesen dia dh berani bwk ke melaka malah smpai ke kelantan dia sorg yg drive....sy pn xsangka along seberani itu....

    "Dia" mcm angah yg agak penakut...sy trpaksa belikn motor utk angah utk biasakan dia tu..skrg ni p sk dia bw moto sndiri dh...lama2 oklh...

    BalasPadam
  11. to lily
    akak pn dh lama jugak xkesana..sbb tu skali beli smpai lupa diri....

    BalasPadam
  12. smuanya nampak sedap le kak ibu, mama dan qayyum memang pengemar nasi tukar warna ni (qayyum masa kecik dulu panggil nasi kerabu nasi tukar warna) pizza tak payah cakap le memang kegemaran juga.... lapar le pulak...

    BalasPadam
  13. to mamaQS
    citarasa kita anak branak samakan mamaQS....cuma along je yg xmkn nasi kerabu tu...katanya pelik tgk warna yg kelabu...hi.hi.hi......

    BalasPadam
  14. Terliur tengok nasi kerabu tu.. Tiap kali pasar malam di sini, akak pasti beli.. Orang kelantan juga yang masak..

    BalasPadam
  15. salam ke sini.mohon maaf lama benar tak walking2.hehe

    kebab...makanan arab yang popular benar di Malaysia. mmg sedap...lebih digemari daripada burger.

    BalasPadam
  16. to kak salmi
    2lh, kalau org pndai masak mmg menepati selera kak mie..nasi kerabu ni kalau masak kena ckup syarat baru ada omph....

    BalasPadam
  17. to azhan
    2lh, akak tgh blog azhan dh jrg update mcm dulu..mesti skrg tramat sibuk dgn dunia pndidikan hingga kita hilang mood utk menulis....

    2lh, kebab mmg dh jadi mknan kegemaran semua kaum...

    BalasPadam
  18. alahai kak, nasi kerabu, feveret saya tu. tunggu bulan puasa nanti, hari2 saya mkn nasi kerabu waktu berbuka

    BalasPadam
  19. to mamasyaza
    dulu akak xsuka nasi kerabu ttp skrg dh jd mknan feveret lak su...

    BalasPadam
  20. Sedapnya pizza tu.. memang nampak meyelerakan.. :D

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.