28 Mei 2012

Taman Hutan Legenda@ Gunung Ledang + JJCM

Destinasi 1
Hari kedua cuti dipenuhi dengan aktiviti menternak lemak-lemak dibadan.
Destinasi pertama kami ke kenduri kahwin anak kenalan rapat ayah, 
Tn Pengarah Pendidikan Negeri Johor ,JPNJ.
Sesi memenuhi ruang perut yang masih kosong.

Hanya 2F yang selalu ikut ibu dan ayah ke jemputan kahwin.
Makanan semuanya sedap-sedap.
Ada nasi minyak, lauknya macam-macam ada..
Ibu makan sedikit satey + nasi minyak + gear-box.
Sedikit ruang dalam perut perlu dikosongkan untuk ke destinasi JJCM yang seterusnya...
he.he.he...

Destinasi ke 2
Selesai menjamu selera ayah terpaksa bergegas untuk ke Taman Hutan Legenda
bagi merasmikan majlis penutupan perkhemahan unit beruniform SMKS.

 2 orang kanak-kanak rebina di pintu masuk.
Inilah kali pertama ibu jejaki kaki ke sini. 
Dah 10 tahun ibu menetap di kawasan berhampiran sini.
Dasyatkan!!!!!
Biasanya ibu masuk pintu ke 2 untuk ke Gunung Ledang.
Rupanya tempat ni pun cantik.
Disediakan tapak perkhemahan dan ada chalet untuk percutian keluarga.
Ayah cadangkan sekolah ibu buat kamping kat sini nanti......

 Sementara ayah hadir ke majlis perasmi tu, ibu dan 2F ronda-ronda kepersekitaran  kawasan ini.
Deretan pokok2 orkid digantung dengan menggunakan batang kayu....

 Di taman orkid

 Kolam ikan....2F leka melihat ikan-ikan besar berenang-renang....

 Puteri Gunung Ledang sedang bersantai-santai tepi kolam...he.he.he....

Hulubalang utusan Sultan Melaka datang untuk meminang puteri gunung ledang
tapi yang ada cuma ikan-ikan dalam kolam....confius jap........

di pintu masuk ke pejabat penerangan.

 sekitar kawasan Taman Hutan Ledang.

Destinasi ke 3
Selesai majlis di sini, kami bergegas untuk
ke destinasi seterusnya di sempadan Muar-Batu Pahat.
Perjalanan hampir 1 jam setengah memang sesuai
untuk kami mengisi balik perut yang dah mula lapar.
Kami hadiri jemputan di rumah cousin ayah.

Makan lagi..kat sini pun tema biru.....
Naurah dah jadi macam sesumpah....he.he.he....

ibu dapat cenderahati ni dan ayah dapat beg.
Kat dalam tu ada kerepek, bunga telur/telur masin + kerepek + telur pindang + air kotak
Ayah punya dah tak sempat nak snap sebab dikerjakan oleh si farouk tu..
Isi kat dalamnya sama jugak cuma bezanya bekas untuk lelaki lain.
Nasib baik dapat sorang 1.
Kalau tak maunya berebut 2F tu...alahai.....

OTW balik singgah ke beberapa tempat untuk cuci dompet.
Tak lupa singgah ke Pasar Besar Parit Jawa yang terkenal
dengan seafood yang murah + segar.
Sampai rumah dah dekat Maghrib.
Bising 3F di rumah interview ibu sebab seharian tak balik ke rumah.
Kebetulan hp ibu tertinggal kat rumah...alahai......

p/s:
Hari ni ada program seterusnya kt Matrikulasi Melaka................

31 ulasan:

  1. ...wah...memang banyak lemak akan di ternak gitu dinda....
    .....kita lumba nak,siapa punya lemak lagi banyak selepas2 minggu ni..
    ha ha ha...

    uuurrmmm,mamijat teringat zaman mendaki Gng Ledang 30 tahun yang lalu..zaman dikolej dan masih 'melidi'gitu...

    .....selamat menjadi warga melaka along....
    best of luck....

    BalasPadam
  2. Statement cuci dompet tu sangat menarik...hihihi

    BalasPadam
  3. hehehhe.. best je acara cuci dompet tu

    BalasPadam
  4. sepanjang hari JJCM ye kak..alahai..best nya..

    BalasPadam
  5. Itu baru di awal cuti.. Nak tunggu habis cuti, entah byk mana lemak yg diternak tu.. hehe

    Apa2 pun, acara cuci dompet juga yg best..

    BalasPadam
  6. Kalau berjalan memang juara cikgu kita ni :)

    BalasPadam
  7. Shima pun byk juga dpt jemputan tp tak dpt pegi sebab tgh jaga en.ayah yg tgh sakit tuh..
    Shima pun br hr tu pegi g.ledang itu pun sebab adik beradik nk sgt gi mandi sana.. Hihihi nama je dok muar ekk tp tak penah pegi hhihii

    BalasPadam
  8. woiiii kak, JJCM sampai tak ingat rumahtangga. Memang sesuai ternak lemak dan cuci dompet.

    BalasPadam
  9. cantik la baju biru puteri gunung ledang tu!
    :D

    BalasPadam
  10. Waa banyaknya destinasi. Bestnya dapat attend kenduri kawin, ternigin nak makan nasi minyak!Cantik taman tu NzA..

    BalasPadam
  11. Time cuti sekolah memang ramai yg buat majlis...musim untuk menternak lemak juga.. :)

    BalasPadam
  12. to mamaijat
    selamat menternak lemak utk kanda jugak....he.he.he......

    skrg ni g.ledang dh byk brubah tau..

    TQSM..sedih n rindukan dia.....hu.hu.hu...

    BalasPadam
  13. to aziela
    he.he.he....mmg menarik n pastu stress....

    BalasPadam
  14. to syiela
    he.he.he...mmg best.

    BalasPadam
  15. to siti murni
    mmg best ttp yg xbestnya masa nk timbang....

    BalasPadam
  16. to kak salmi
    yg tu plg risau...nk tunggu 12 hr lg nie utk acara JJCM...hu.hu.hu...

    he.he.he....acara yg plg best...teraphi minda tu.

    BalasPadam
  17. to cikli
    he.he.he....ye ke???

    BalasPadam
  18. to shima
    kalau cuti mcm tulh...1 hr 2-3 tmpt....

    kalau g.ledang slalu pergi ttp kt tmn hutan ni xprnah smpai.....maklumlah tmpt org camping...

    BalasPadam
  19. to TH
    2lh pasal..smpai anak2 kerinduan kt ibu n ayah....

    BalasPadam
  20. to h4ni3
    TQSM.....sesuai utk tuan puteri....ngee...

    BalasPadam
  21. to ummiross
    cuti ni mmg xmenang perut la ummi...he.he.he...

    mmg cantik ummi cz blm trcemar...sejuk je prsekitarannya,

    BalasPadam
  22. to lily
    yelh lily...risau la kalau brterusan camni....

    BalasPadam
  23. walau pun orang Johor, Gunung Ledang tak pernah jejak lagi.. sedih kann..

    BalasPadam
  24. seronok tgk destinasi2 akak....mkn pun sedap2....tempat pun cantik2...boleh rehat kan mate tgk pemandangan yg cantik2 tuh....anak2 akak pun sporting ikut....

    BalasPadam
  25. to azian
    biasalah mcm tu.....he.he.he...jom p mandi mandi kt g.ledang...

    BalasPadam
  26. to lieya
    pemandangan kt situ mmg cantik lieya.
    skrg ni tinggal 2F je yg slalu ikut ibu n ayah ke mana2...3F lebih suka trperap kt rumah layan tenet....

    BalasPadam
  27. hanya 2F ye la yang ikut. anak2 dah besar senang sikit rasanya. kalau yang kecik2 ni la susah sikit.

    BalasPadam
  28. Oh....My Diet (ibu ikut nada Oh...My English

    BalasPadam
  29. to anisalya
    kalau anak2 dh besar camtulh,...sikit lg tinggallh ayah n ibu brdua je.....

    BalasPadam
  30. to mamaQS
    ooooooooooooooooooooo...TIDAK!!!!!! huk.huk.huk...

    BalasPadam
  31. kemain naurah n farouk berposing..farouk sellau buat muka blur.haha kakak naurah pandai bergaya..:)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.