26 Mei 2012

Semoga "AYahnda Jusoh" Tenang di sana....


Di awal pagi Jumaat yang hening (4.40 pagi ) ibu terima perkhabaran sedih.
Ayahnda "angkat" ibu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Terkedu dan tersentap seketika.
Beristifar sambil membaca Al-Fatihah.
Tak diduga arwah ayahnda Jusoh pergi meninggalkan kami secepat itu.

Sedih tak terkata kerana sudah lama ibu tidak mengziarahi ayahnda Jusoh.
Seorang ayahnda yang ibu anggap macam ayah sendiri.
Ayah kepada rakan baik ibu, Hasnah.
Keluarga arwah ayahnda amat rapat dengan keluarga ibu.
Kami saling kunjung mengunjung dan bertanya khabar.....

Masih terkenang di zaman persekolahan.
Bila berkesempatan dihujung minggu
ibu mengambil kesempatan mengunjungi ayahnda.
Semasa itu ibu dan Hasnah belajar di sebuah sekolah berasrama di Kota Bharu.
Sehinggalah ibu jalani latihan mengajar di Bandar Jertih ,Terengganu.
Dan setiap kali arwah ayahnda tahu ibu mahu berkunjung,
ayahnda akan sediakan makanan kegemaran ibu, ikan pekasam yang ayahnda proses sendiri.

Arwah ayahnda amat baik.
Seorang ayah yang amat-amat penyayang.
Terlalu mengambil berat.
Bila ibu datang kami akan bersembang hingga larut malam.
Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.
Indahnya saat itu.....
Tapi apakan daya, ajal ayahnda sudah tiba tanpa diduga.
Dengan redha kami relakan pemergian Ayahnda Jusoh.

Ya Allah, Kau tempatkan Ayahnda Jusoh dikalangan orang-orang beriman.
Kau limpahkan rahmatMu ke atas ayahnda Jusoh.
Semoga Ayahnda tenang brsemadi di sana.
Al-Fatihah......

19 ulasan:

  1. Takziah buat Hasnah dan keluarga(NzA..Hasnah kawan NzA yang order kain dengan ummi tu ke?
    Sedihkan menerima berita kematian orang yang rapat dengan kita,tambahan kalau lama tak berjumpa. Sabar ye NzA..

    AlFatihah.Moga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  2. to ummiross
    Thanks ummi...sedih dpt berita ni...xsabar nk blk jumpa family angkat nza tu...
    BUkan ummi.....hasnah adik bradik angkat nza ni rakan prsekolahan. smpai skrg kami rapat..ttp hasnah yg order kain dgn ummi tu kenalan blogger...nza pn blm smpt brsua dgn dia.....

    BalasPadam
  3. Innalillahhiwainnalillahirajiun.... Al Fatihah.... Semoga Kak ibu sekeluarga tabah dengan berita ini... dan semoga roh arwah di tempatkan bersama mereka yang beriman

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah utk arwah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orng yg beriman....

    BalasPadam
  5. AlFatihah.Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
    Takziah buat Hasnah & keluarga..

    BalasPadam
  6. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. takziah!!!

    BalasPadam
  7. to mamaQS
    InsyaAllah....amin....

    BalasPadam
  8. to MP
    Al-fatihah...mudahan begitulh...amin...

    BalasPadam
  9. to kak samli
    InsyaAllah...amin.

    BalasPadam
  10. to anisalya
    InsyaAllah...amin...

    BalasPadam
  11. to h4ni3
    TQSM hanie..al-fatihah.

    BalasPadam
  12. Takziah & Al-Fatihah..
    Moga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...

    BalasPadam
  13. Salam Nur,

    Sabar dengan ujian Allah.

    Al Fatihah untuk roh almarhum ayahanda Jusoh Nur. Semoga Allah masukkan rohnya dalam golongan orang2 yang sodhigin dan solihin.

    BalasPadam
  14. AlFatihah.. moga ditempatkan di kalangan yg beriman

    BalasPadam
  15. to lily
    TQSM.....amin..amin..amin....

    BalasPadam
  16. to kunang-kunang
    mudahan begitulah hndaknya kak ani...sedih dgn pemergiannya.....

    BalasPadam
  17. to syiela
    InsyaAllah...amin..amin..amin...

    BalasPadam
  18. mmg terasa bila kita kehilanan org yg rapat dengan kita.Alfatihah buat aruah

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.