31 Mei 2012

Saja Nak Tayang makanan akibat kerinduan....

Abaikan tajuk di atas.
Sekadar merawat hati yang sedang merindu dan bersedih.

 Gulai kambing kegemaran keluarga kami terutama along.

 Setiap kali ibu masak akan kedengaran suara along menyapa.
"Sedapnya bau...ibu masak apa???"
Setiap kali ibu makan, pasti along akan mendekati.
Bertepek sebelah ibu... meminta ibu suapkan untuk dia semulut dua.
Along anak yang manja.

Betapa ibu terlalu rindukan along saat ini.
Pagi tadi semasa memasak udang kegemaran Along, hampir menitis airmata ibu.
Tiada lagi kedengaran suara along menyapa ibu.........

Dan ikan celup tepung, juga kegemaran along.
Apa saja yang ibu masak, sedap ditekaknya.
Makan penuh berselera sambil memuji keenakan masakan ibu.
Alahai sedihnya hati ibu....

Setiap kali ibu sms along mesti ibu tanyakan pasal makan.
Yang paling sedih , along hanya sempat makan nasi 1x sehari.
Ibu akui along bukan seorang anak yang lasak,
along anak yang manja, amat penyabar, tuturkata dan perlakuannya penuh kelembutan.
Along bukan tahu bersesak-sesak.
Hati ibu jadi risau.....
Ah, ibu yang terlebih risau sebenarnya......

Moga Along mampu menyesuaikan diri ditempat baru.
Sabar menjalani minggu orientasi.
Ibu amat-amat rindukan along.......

p/s:
Semasa n3 ni terpapar,
ibu OTW untuk bercuti.
Mungkin ibu akan menyepi untuk seketika.....
Doakan perjalanan kami sekeluarga..

23 ulasan:

  1. Insyaallah along blh suaikan diri.. Jangan risau ye..

    Nak bercuti ke mana kali ni? Moga semuanya selamat..

    BalasPadam
  2. along masuk u mana k.nza?
    sori, tetinggal ketapi :D

    selamat bercuti.. jgn risau2 yer
    hugss

    BalasPadam
  3. InsyaAllah, Along akan baik2 saja. Suatu hari nanti dia terpaksa juga berdikari, kan? :)

    BalasPadam
  4. Sedihnyaaa saya baca. Agaknya nanti kalau anak saya masuk asrama pun saya rasa mcm tu...

    BalasPadam
  5. mula2 mmg susah nk sesuaikan diri..tp lama2 mesti OK. akak kena kuat, klu dlm phone jgn sedih2, nti along lagi sedih

    BalasPadam
  6. ala kak jgn la sedey..along g tuk masadepan kan..tak lama tu jap je..pejam celik pejam celik da grad (=

    BalasPadam
  7. anak2 apa yg ibu dia masak..mesti semua sedapkan..mcm anak2 aty jugak..

    insyallah along boleh sesuaikan diri.

    BalasPadam
  8. Selamat bercuti kak. :)

    Jangan risau sangat...saya percaya mana2 ibu pun berperasaan yang sama. Insyaallah along will be doing just fine...telefon kan ada...:)

    BalasPadam
  9. sedih plak baca entry ni..tak tau la js lepas ni sanggup ke idak nk lepaskan anak2 pergi...

    BalasPadam
  10. Alahai kesiannya ibu dia. Sabar ya ibu, anakanda merantau nak belajar tu.....



    (pandai je ckLah tu cakap...dia dulu pun macam tu. Hehehe)

    BalasPadam
  11. Jangan risua ibu, mama pasti along dapat menyesuaikan diri...

    p/s: ingat lagi 1st time berpisah dengan arwah mak, lepas tu seminggu tak dpt call dia, dapat call terus call dan dengar suara mak menangis terus kita pun nangis sama

    BalasPadam
  12. Selamat bercuti, kak Nza. Semoga Along dapat menyesuaikan diri demi mengejar ilmu.

    BalasPadam
  13. yu~begitulah kerinduan seorang ibu bila anaknya berjauhan...perkara yg wajib ditanya adalah "dah makan ker belom" mcm tu la mama abah pun...hehehe

    BalasPadam
  14. alahai Nza... sedihnya baca


    akak pun dah alaminya dulu..kalau boleh xnak masak apa yg dia suka

    sabarlah demi masa depannya

    BalasPadam
  15. sedap2nyer...
    xpela... nanti bila along balik blh la masak lauk2 febretnyer

    selamat bcuti kak

    BalasPadam
  16. sedapnye kak...
    pagi2 masuk sini terus terasa lapar perut ni.. :)

    Selamat bercuti kak..enjoy ur holiday..^^

    BalasPadam
  17. Tak aperlah, mudah2an along cepat dapat sesuaikan diri

    BalasPadam
  18. Hati seorang ibu..sedihnya bila baca ntry ni....

    selamat bercuti...

    BalasPadam
  19. Yati pun tumpang sedih, kak. Beli biskut satu tin, boleh juga buat alas perut untuk along. Sekurang-kurangnya, dapat sms kan.
    Selamat bercuti! :)

    BalasPadam
  20. sebak pula baca n3 ni.. sob sob..

    BalasPadam
  21. mmg sayu bila berjauhan.semuanya utk kebaikan along.semoga along dpt mempelajari hidup berdikari dan ok hendaknya ditempat baru..jgn risau n sedih sgt kak..doa akk sentiasa mengiringi along, Insyaallah..:)

    BalasPadam
  22. TERIMA KASIH SEMUA DI ATAS KATA2 SEMANGAT..MMG SEDIH BILA KALI PERTAMA TERPAKSA BERJAUHAN DENGAN ANAK TRSAYANG....BARU IBU RASA BAGAIMANA PERASAAN MAMA DULU SEWAKTU MELEPASKAN SATU PERSATU ANAK2NYA UTK MENGEJAR IMPIAN...APAPUN IBU PERLU KUAT DEMI ANAK2....TERIMA KASIH SEMUA DIATAS DOA2 KALIAN YG XPERNAH PUTUS2 UTK KAMI SEKELUARGA.....

    BalasPadam
  23. Ya, Saya juga sudah sejak 2008 hingga kini. Setiap tahun anak-anak 'keluar' kerana menuntut ilmu.

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.