13 Mei 2012

Kau Ibuku.....Kau Guruku.....

Mei adalah bulan yang amat indah dalam hidup ibu......
Bulan Mei dengan rasminya ibu bergelar ibu kerana Along lahir pada "Hari Ibu"
....dan bulan Mei ibu diraikan sebagai seorang guru.
Bukan ibu ingin mengikut budaya barat dan ibu tahu hukumnya meraikan hari ibu adalah haram.

gambar ni ibu kidnap dari FB..
Semoga kita sama2 ingat mengingati sesama kita.
Yang penting niat kita........

Tetapi tanpa sengaja Along hadir dalam hidup ibu pada tarikh orang lain meraikan hari ibu.
Dan ibu dah terangkan pada anak-anak ibu ...setiap hari adalah HARI IBU...
Bukan hari-hari tertentu kita menyambutnya......
Jangan terpengaruh dengan budaya barat.
Terkadang ibu sendiri pun terkeliru dan terikut-ikut......
Alhamdulillah anak-anak faham.....
Sekadar menginggatkan diri sendiri juga anak-anak.......

Cuma saban tahun mereka ingin mengingati hari istimewa ibu sebagai salah
seorang "bekas guru" mereka juga merangkap ibu mereka.....
Kerana ibu pernah menjadi CIKGU kepada 5F.
Mereka juga ingin ibu ingati tarikh keramat 14.5.1994 sewaktu Along hadir dalam
hidup ibu dan ayah setelah menanti begitu lama.......
Semua itu berlaku secara kebetulan.......

 Tanda ingatan dari anak-anak.
Mereka sering bagi ibu kejutan.
Kali ini ibu terima hadiah berupa hamper dari Along dan Angah.
Minyak wangi dari Naurah.
Jajan dan bedak kompak dari si bujang ibu Farouk.
(Jajan dah selamat ibu makan dan yang harunya Farouk yang "over" makan)
dan Beby maklumkan hadiah untuk ibu belum sampai.....
Yang pasti anak-anak tahu yang si ibu amat suka pada wangi-wangian......

tidak lupa kad ucapan yang sweet sangat-sangat......

Anak-anak ibu:
Ibu tidak mengharapkan semua ini.
Ibu terlalu bahagia kerana dikurniakan permata yang amat sempurna seperti kalian.
Ibu teramat bersyukur kerana dikurniakan anak2 yang baik,
 anak2 yang sempurna, 
anak2 yang sihat, 
anak2 yang cemerlang dan 
anak2 yang mendengar kata.
Yang penting, ibu bahagia dan amat bersyukur.......

Terima kasih anak-anak ibu kerana dengan kehadiran kalian 
ibu mampu bergelar ibu.
Ibu mampu berada ditahta yang tertinggi.
Ibu mampu mendapat pahala yang berganda dari Allah.
Ibu mampu rasai nikmat kebahagiaan menjadi seorang ibu......
Dan ingatlah pesan ibu.....
"Setiap hari adalah HARI IBU kerana setiap hari ibulah yang istimewa dihati kalian....."

22 ulasan:

  1. bahagia menjadi ibu dgn kurniaan anak2 yg hebat di mata kita...semoga ibu berbahagia menjadi seorg ibu...

    BalasPadam
  2. to JS
    Krn merekalah kita mampu bergelar ibu.....

    BalasPadam
  3. tak terluah dengan kata-kata kan NzA,kebahagian dan rasa syukur kerana mempunyai anak2 yang baik yang sentiasa menghargai kita,moga kebahagian milik kita bersama wahai ibu-ibu..

    BalasPadam
  4. Sweet sangat hadiah dari anak2 akak tu :)

    BalasPadam
  5. Alololo suweett nye...
    Buat tak sabar nk tgu bujang2 shima ni membesar... Camne la gaya nye mereka nanti hihi

    BalasPadam
  6. to azhan
    terima kasih azhan....

    BalasPadam
  7. to ummiross
    hilang rasa penat, bahagia bila sntiasa dihargai oleh insan2 trsyg,...moga mrk terus membesar menjadi anak yg baik....

    BalasPadam
  8. to dinas
    mmg sweetkan ........suka5X...

    BalasPadam
  9. to shima
    InsyaAllah moga si bujang tu akn menghadiahkan mamanya kasih syg yg xtrnilai.....

    BalasPadam
  10. Salam kenal ye !!

    Indah kan perasaan seorang ibu!!

    BalasPadam
  11. to mamaRIFQY
    terima kasih sudi brkunjung...

    mmg amat2 indah....

    BalasPadam
  12. selamat hari ibu.nurulpun tak meraikannya tapi apa salahnya just mengucapkan sehari sebagai hari ibu bukan menyambutnya sangatpun.heheh.betul kata akak2=)

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. to mamaQS
    TQSM...selamat hr ibu juga utk mamaQS....

    BalasPadam
  15. to Nurul
    TQSM..rasanya xsalahkan nurul cz kita bkn menyambut ttp mengingat org yg trsyg..mcm smbutan hr lahir juga......mmg xde dlm Islam ttp kita sekadar menraikan org trsyg.....

    BalasPadam
  16. Betul, Yah.. kerana anak2 kita layak bergelar ibu. Justeru menjadi tanggungjawab kita melaksanakan amanah mendidik mereka sebaik-baiknya..

    BalasPadam
  17. to kak salmi
    betul tu kak mie..tanpa mrk siapalah kitakan...dan kita telah diamanahkan utk mendidik mrk sebaik mungkin....

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah..bangga jadi ibu utk anak2 akak yg semuanya hebat2..:)

    sy suka bau alluring enchanteur tu.dr sekolah smp skang pakai yg tu je,tak reti nak tukar2.haha..

    BalasPadam
  19. to PK
    setiap ibu bahagia brgelar ibu kpd anak2 yg hebat....

    akak pn suka wangian enchanter tu..baunya mmg lembut + sweet....

    BalasPadam
  20. saya pun suka bulan mei sebab ada macam2 benda di dalamnya. hehehe...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.