14 Mac 2012

Edisi Makan-makan.

Ni cerita pergi makan-makan semasa aktiviti berfoya-foya kat Melaka.
Sebenarnya kami anak-beranak jarang makan kat restaurant kecuali fast-food.
Hari tu kami nak menuju ke McD tiba-tiba lalu kat depan restaurant ni.
Nampak macam menyelerakan.
So singgahlah.

Kalau masuk ke fast-food, ibu tak akan dengar sebarang komen dari anak-anak.
maklumlah mereka ni peminat tegar fast-food.
Sedap ke tak sedap ke, di tekak mereka ok je......
Tapi bila masuk restaurant akan dengarlah macam-macam komen.
Tak sedap la, ibu masak lagi best la, banyak sangat la...bla..bla..bla...
Hish!!! anak-anak ibu.....
Macam la ibu ni teror sangat masak.....
Malas ibu nak bawa mereka ni pergi makan........
Makan kat restaurant dapur ibu lagi bagus........he....

 Jemput makan......

Along dengan air feveret dia, teh 'o' ais limau.....
Along ni bukan jenis yang cerewet..
Makan apa je yang ada depan mata.
(Rindu along...hu.hu.hu...)

 Angah ni kalau makan ciput je.
Geram ibu tengok kalau dia makan...
Kais2 macam mencari sesuatu dalam nasi tu....
Patut la badan angah sekeping je......

 Farouk makan ikut mood.
Kalau datang "hari makan sedunia" memang licin.
kalau datang angin tak ada selera, dia akan makan lauk je.....

 Bawa budak sorang ni memang senang.
Tak banyak songeh.
Makan penuh keayuan dan jarang mengecewakan....
Sedap ke, tak sedap ke...no komen...diam je....

Sharing is caring....
Order air asam boi tapi macam minum air gula...
Manis sangat2......
Terpaksa beli air mineral tambah dalam gelas tu......

p/s :
Mulai pagi ni ibu kembali ke sekolah setelah 3 hari berehat kat rumah.
Jom ramai-ramai ke sekolah......

23 ulasan:

  1. meriah mkn ramai2 mcm ni

    BalasPadam
  2. Rindu Along, rindu ayahnya jugakkan NzA, hehe..

    BalasPadam
  3. kak...biasala....fast food rasa dia tetap sama..tp restoren rasa kan lain2.. mcm family husband ila.. bila mkn kat luar.. mulut semua kecoh...last2 masakan ibu diaorg jugak yg sedap...haha

    BalasPadam
  4. anak2 mmg camtu suka komen...tp js mmg cari tmpt mkn yg menjadi peberet kita org...hehe.

    BalasPadam
  5. As salam Kak NzA,

    Masakan ibu mmg paling sedap di dunia keran dimasak dgn penuh kasih syg, betul tak... Dah besar2 anak ibu ye... Lawa2 pulak tu :)

    BalasPadam
  6. ibu.... kalau sayakan ibu memang selalu makan luar sebab malas nak masak tinggal 3 mulut nak suap je, mulut mama, ayah qs dengan sumaiyyah je.... kalau balik qayyum baru le seronok masak tapikan kalau datang rajin.... peh jangan cakap le masak je kerjanya hehehehe

    BalasPadam
  7. ....Salam dinda....
    memanglah masakan ibu yang terbaik...
    & yang buat mereka 'nak' cepat pulang bila ada cuti....
    NzA tenguklah nanti bila mereka dah mula 'berdagang' mencari ilmu...
    macam2 request sebelum tubuh badan tiba di muka pintu rumah..
    he he he...

    BalasPadam
  8. sama jugak cam anak saya. suka sgt dgn fastfood ni. sekrg mcd tgh promosi set harga murah, bermula jam 6 ptg hingga 9 mlm tapi kami tak sempat nak pegi lg

    BalasPadam
  9. macam2 style ada.meriah je tgok kerenah anak2 akk..:)

    BalasPadam
  10. LYafrina
    mmg meriah kalau ramai2....

    BalasPadam
  11. to ummiross
    he.he.he...ummi memahami....

    BalasPadam
  12. to iela
    2lh, kalau ramai mmg mcm2 ragam...at last mskan ibu juga yg depa kt sedap.....

    BalasPadam
  13. to JS
    betul tu JS..ttp kami mmg jrg sgt2 mkn luar....ayah xsuka mkn luar.

    BalasPadam
  14. to marya
    betul tu marya..ibu goreng ikan pn sedap ditekak anak2...

    Thanks, kembang kang hidung budak2 tu.....he...

    BalasPadam
  15. to mamaQS
    betul la, kalau xramai lagi jimat mkn luar je n jimat masa....kalau ramai mmg meriah....hi...
    Ibu ni trpaksa la masak cz anak2 ramai...trpaksa rajinkan diri.

    BalasPadam
  16. to mamaijat
    yelh mamaijat, mamaijat dh alami semua tu n nnti giliran nza pula.....mesti meriahkan bila mrk brkumpul..nza dpt rasai pngalaman tu bila blk kg...seronok sgt2.....

    BalasPadam
  17. to mamasyaza
    jln slamat ikut selera anak2 kan su....

    BalasPadam
  18. to PK
    budak2 tu mmg mcm2 PK..kalau dh ramai meriah sokmo...he....

    BalasPadam
  19. Setiap anak akak ada gaya masing2 nampaknya.. sy yg 2 orang ni pun kadang2 macam gaya 10 orang je karenahnya.. cepatlah besar.. (nanti besar rindu zaman kecik pulak.. huhu..)

    BalasPadam
  20. budak2 mmg suka fast food tp sy prefer nasi. nak berfast food sgt sesekali blh la kot.

    BalasPadam
  21. to zefa
    ye zefa, 5 org 5 perangai yg brbeza..ttp mrk semua penawar n penghibur hati..
    2lh, masa kecik rasa nk je mrk besar cpt ttp bila dh besar rindu pulak masa depa kecik2 dulu....

    BalasPadam
  22. to anisalya
    budak2 mcm tulh..ttp kita ni kalau xpekena nasi rasa xpuaskan....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.