25 Februari 2012

Semoga Auni Terus Sihat.

Semalam genaplah umur Qaisara Balqis @ Sara Auni 1 bulan.
Setiap hari ibu tidak jemu-jemu bertanya khabar dalam
erti kata lain memantau Auni dari jauh.

Alhamdulillah, ibu bersyukur kerana Allah makbulkan doa2 kita semua.
Auni semakin sihat walaupun masih alami komplikasi muntah-muntah dan paru-paru berkahak.
Si kecil Auni terus kuat melawan penyakitnya setelah 10 hari + 2 hari di ICU.
Ibu percaya Auni akan membesar menjadi kanak-kanak yang
kuat semangat dan tabah kerana diusia 4 hari Auni telah diuji dengan
berbagai penyakit.

Sentiasa lesu tidak bermaya kerana setiap kali minum susu Auni akan muntah-muntah.
Badan Auni sekarang cuma 2.6 kg berbanding semasa lahir beratnya 2.8 kg....
Lihatlah betapa kecilnya jemari Auni....
Tabahlah sayang...terus kuatkan semangatmu melawan semua ini......
Ibu tidak putus-putus mendoakan Auni.....

Gambar yang di mms oleh mama Auni malam tadi.
Wajah Auni agak cengkung.
Inilah kali pertama ibu melihat mata besar Auni.
Walaupun badan Auni susut, ibu tetap bahagia menatap wajah suci Auni.

Ya Allah, lindungilah Auni.
Kurniakan kesihatan yang baik buat Auni.
Kabulkan doa-doa kami Ya Allah....
Amin.....

Semoga sayang ibu terus sihat dan ceria.
Ibu tidak sabar-sabar ingin mengucup pipimu sayang.....
Kisah Auni , klik sini, sini , sini dan sini .

p/s:
Hari ni ibu tetap bekerja.
Perlu menyampaikan ceramah untuk Kursus Kepimpinan pula.
Sejak sekolah baru 2 kali ibu bercuti hari Sabtu.
Terima kasih anak-anak ibu kerana memahami kesibukkan ibu dan ayah.

27 ulasan:

  1. Semoga Auni terus Sembuh..... Comel dan besarnya mata Auni...

    Qayyum pun cuti minggu ni (balik rumah) tapi pagi tadi seawal pukul 7 dah gerak ke USIM ada latihan memanah

    BalasPadam
  2. semoga auni cepat sembuh
    comel mata besar auni..

    BalasPadam
  3. .....Ya Allah,kau sembuhkanlah kembali Auni...berilah dia kekuatan melawan kesakitannya....
    amin.

    **bolatnyer mata.....
    teringat mamaijat ,along pun dilahirkan hanya seberat 2.6 kg...

    BalasPadam
  4. Comelnya Auni..
    Akak dapat rasakan apa yang Yah & keluarganya rasakan tambah2 bila melihat matanya yang besar tu.. Tersentuh sungguh hati ni..
    Moga Auni terus kuat..

    BalasPadam
  5. Aminnn.. semoga bayi sekecil ini terus tabah dan kembali ceria.

    BalasPadam
  6. Comelnya Auni tapi sayu ummi tengok wajahnya yang terpaksa menanggung kesakitan. Moga Auni cepat sembuh..

    BalasPadam
  7. semoga auni cepat sembuh dan ibunya terus tabah...menitis air mata tengok matanya..teringat mcmana kasarnya misi masa anak ditahan kerana prolong jaundis...sama2 kita doakan auni

    BalasPadam
  8. Touching pulak baca n3 akak ni..

    Moga auni kembali sihat ye sayang..

    BalasPadam
  9. Insyaallah...harap Auni sihat walafiat lepas ni..Amin...

    BalasPadam
  10. moga auni bertambah sihat ya..doa kami utk baby auni..kesian kan lama lama kat hospital...sedih tgk baby auni..harap mama dan abah nya sekeluarga dapat bersabar dgn ujian Allah ini..sama sama lah kita mengutuskan doa..

    BalasPadam
  11. terus kuat auni sayang..ucapan doa sentiasa mengiringi auni...

    BalasPadam
  12. to mamaQS
    hati mana yg xsayu bila menatap mata besar sikecil ini..thanks mamaQS krn sntiasa mendoakan baby Auni...

    Skrg mcm2 program mamaQS...brtuah anak2 skrg krn byk program yg boleh mrk ikuti....

    BalasPadam
  13. to cheqna
    Thanks di atas doa2...moga Allah makbulkan dia2 kita.....amin...

    BalasPadam
  14. to mamaijat
    Terima kasih mamaijat krn sntiasa mendoakan kesejahteraan buah hati nza...semoga Allah makbulkan doa2 kita..

    mesti kecik comel je along masa tukan.....

    BalasPadam
  15. to k.mie
    thanks k.mie krn trlalu memahami..hati mana yg xsayu menatap wajah suci itu....InsyaAllah semoga Allah terus beri kami kekuatan n ketabahan agar Auni terus sembuh....amin....

    BalasPadam
  16. to azieazah
    thanks azie di atas doa2.....

    BalasPadam
  17. to ummiross
    mmg sayu bila menatap gmbar auni..pndangan mata auni seolah2 meminta sesuatu......thanks ummi krn xjemu2 brdoa utk buah hati nza...

    BalasPadam
  18. to suri
    thanks suri..semoga dgn doa2 rakan2 dpt memenangkan kami skluarga...
    Mmg sedih bila dilayan acuh xacuh....sdgkan kita adalh pelanggan yg memerlukan perkhidmatan yg sebaiknya......

    BalasPadam
  19. to ena
    thanks ena..mmg sedih bila trkenangkan sikecil ini....

    BalasPadam
  20. to mamalieyna
    InsyaAllah eina..itulh hrpan semua..ingin melihat auni membesar dgn sihat...

    BalasPadam
  21. to saniah
    mmg sedih bila anak sntiasa sakit...kesian tgk mama dan papanya..Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yg baik utk auni.....thanks saniah....

    BalasPadam
  22. to PK
    Amin...amin...amin...itulh doa2 kita buat auni...thanks PK.

    BalasPadam
  23. semoga adik Auni terus sihat. amin.... kecil2 lg sudah diduga. saya yang anak masuk wad usia dua bulan pun dah rasa macam mana peritnya. perit bila dengar apa yang pakar kata dan rasa tak puas menyusukan dia. harapnya mama Auni tabah dan sabar ye.

    BalasPadam
  24. to anisalya
    Terima kasih anis krn mendoakan auni...mmg perit utk terima ujian ni ttp berkat doa rakan2 alhamdulillah Allah beri kekuatan utk kami lalui semua ini...thanks.....

    BalasPadam
  25. cutenya Sara Auni ... bibir dia seksi mcm Lisa Surihani :-)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.