7 Februari 2012

Sambutan Birthday Naurah + Update Tentang Qaisara.


Tiada sambutan dibuat.
Sekadar keluar makan-makan bersama family.
Besday girl.....Makan chix a licious combo chicken mushroom sauce....

 Kelaparan tahap maksimum.
Balik sekolah terus lunch di sini.
Petangnya Naurah, ibu dan Farouk ke sekolah untuk
Kem Ibadah dan Program Motivasi UPSR selama 2 hari.

 Makan dan makan...Farouk makan chicken mushroom....

 Kami order ini dan.....

2 set fish n chips untuk Angah dan Beby.....

 2 set chicken blackpepper untuk ibu dan along........

Sempat main guling-guling kat Marryland....

Dan sebelum ayah bertolak ke KL,
ayah hulurkan duit untuk belikan kek kegemaran Naurah.
 Kek blueberry kegemaran Naurah.
Ibu beli selepas pulang dari  program Kem Ibadah.

 Muka budak yang dah penat.
Kakak2nya kejut untuk potong kek.
Masih blur dan mamai.......

Mini kek kegemaran Naurah dan Farouk.

p/s :
Keadaan Baby Qaisara masih membimbangkan.
Bantuan pernafasan terpaksa diberi.
Alami jangkitan kuman dalam paru-paru.
Keadaannya masih kritikal.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkaulah yang Maha penyayang dan maha mengetahuai.
Ya Allah, Aku mohon padaMu....Kau  sembuhkanlah Baby Qaisara Qalqis.
Kurangkan penderitaan yang dialami oleh Qaisara.
Berikan peluang untuk Baby Qaisara untuk terus sihat disisi insan yang tersayang.
Berikan ketabahan kepada mama, papa dan kaum keluarga Qaisara
dalam hadapi ujian dariMu.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.....
perkenankan doa-doa kedua ibu bapa Qaisara,
doa-doa kami,
doa-doa rakan-rakan kami.
Hanya padaMu tempat kami memohon...
Ya Allah.......
Amin.......


Kisah Qaisara:
klik sini , dan sini .

12 ulasan:

  1. ...happy belated birthday Naurah..
    insyaallah,bersama kita terus berdoa agar si kecil kuat dan sihat semula..
    amin.

    BalasPadam
  2. nampak sedap je kek Naurah tu.hehe.

    semoga Qaisara cepat sihat.Aminn~

    BalasPadam
  3. Sedap pulak nampak kek tu, mintak sikit Naurah...

    Amin,amin,amin..moga Allah makbulkan.

    BalasPadam
  4. to mamaijat
    thanks mamaijat utk doa2 itu.....trlalu sedih mendengar tangisan mama qaisara.....

    BalasPadam
  5. to sizuka
    mmg sedap..lemak brkrim....

    Thanks di atas doa......itulh hrpan kami...amin....

    BalasPadam
  6. to ummiross
    kami pn suka perisa tu...sedap...

    thanks ummi..terus brdoa utk qaisara ye....

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir untuk Naurah. Masih berdoa untuk Qaisara.

    BalasPadam
  8. to Dinas
    thanks dinas...hnya Allah yg akn membalas segala kebaikkan.....

    BalasPadam
  9. Happy belated birthday utk Naurah. Moga terus cemerlang

    BalasPadam
  10. to k.mie
    thanks k.mie..InsyaAllah berkat doa semua.....amin...

    BalasPadam
  11. hepi besday naurah .. ni yg buat aunty teringin2 nk mkn Marrybrown ni.. ade kat sini tp jauhhh sikittt ...

    moga jd ank solehah slalu yer ;)

    utk bby qaisara,moga cpt sembuh ! lebih kurang kes ank sulung hanie aritu..sedih sgt tgk masuk NICU ...

    BalasPadam
  12. to ummihanie
    kt sini KFC n Mbrown bbrapa langkah je dr rumah...sbb tu slalu mkn kt sana...ngee..

    Alhamdulillah Qaisara dh bransur sihat....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.